Setiap tahun, lebih 17 juta orang di seluruh dunia mengalami strok. Daripada jumlah itu, enam juta mati manakala lima juta lagi mengalami kecacatan. Strok juga direkodkan sebagai punca kematian kedua paling tinggi di Malaysia.

“Apabila strok berlaku, ramai pesakit mengalami tekanan perasaan kerana perlu berdepan hakikat kepayahan diri untuk meneruskan kehidupan seharian. Dengan pergerakan terhad dan keupayaan bercakap terjejas, pesakit tiada pilihan selain bergantung kepada bantuan orang lain.”

Pengurus Besar PUSAT STROK MALAYSIA – NASAM

rawatan strok berkesan ke rumah

Pemeriksaan:
Pertama sekali, therapist akan bertanya beberapa soalan yang berkaitan dan merekodkan kesemua sejarah kesihatan anda dan bagaimana kecederaan yang anda alami boleh berlaku. Seterusnya, therapist akan memeriksa anda secara objektif melalui pemerhatian dan ujian-ujian fizikal berdasarkan ‘outcome measure’ tertentu

Rawatan:
Rawatan untuk masalah strok akan berfokus pada memulihkan pesakit kepada tahap fizikal mereka yang paling optimum menggunakan kaedah rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan program senaman yang berstruktur dan berfokus. Selain itu, sesi rawatan juga akan berfokus pada memastikan pesakit dapat kembali hidup berdikari berdasarkan target atau matlamat seseorang pesakit (contohnya boleh kembali bekerja/ ‘return to work’ atau boleh berjalan sendiri). Sesi rawatan juga akan berfokus untuk mengajar pesakit untuk mengubahsuai cara hidup bersesuaian dengan keadaan pesakit. 

Konsultasi:
Dalam sesi konsultasi pula, therapist akan menerangkan kepada pesakit dan penjaga tentang kondisi pesakit termasuk punca masalah yang dialami pesakit berdasarkan ilmu anatomi dan fisiologi, cara mengelakkan masalah tersebut berulang dan preskripsi senaman di rumah

Waktu rawatan yang fleksibel, 9 pagi hingga 10 malam

Rawatan bergerak ke rumah anda atau ke klinik kami

Rawatan berkesan dengan menggunakan manual technique physiotherapy

Therapist yang terlatih & berkelulusan ijazah Sarjana Muda dalam fisioterapi

Rawatan 1-to-1, satu therapist untuk satu pesakit
Pesakit wanita hanya dirawat oleh therapist wanita & sebaliknya
Lokasi klinik yang strategik dan mudah dicari oleh semua
Mendapat 4.9/5 ratings daripada lebih 10, 000 pesakit

Biar kami bantu pulihkan keadaan anda supaya anda kembali ceria dan cergas seperti anda yang dulu! 
Kami di PhysioMobile Malaysia menawarkan rawatan pemulihan STROK yang terbukti memberikan kesan positif kepada anda. 

Telah Ramai pesakit strok yang mendapatkan rawatan daripada kami kini beransur pulih. 
Yang dahulunya terlantar kini…sudah mampu duduk sendiri.. 
Yang dahulunya hanya duduk tercongok..kini sudah mampu berdiri dengan kaki sendiri..
Kalau dahulunya berdiri kaku..kini sudah mampu melangkah berjalan walaupun bertongkat..
Kalau dahulunya jalannya bertongkat…kini sudah berjalan sempurna dan tersenyum gembira.. 

Anda atau ahli keluarga anda mengalami strok?? Dapatkan rawatan segera, kami di Physiomobile Malaysia sedia membantu anda.

Ingin Mendapatkan Rawatan Untuk Sakit Bahu Anda?