RAWATAN FISIO OSTEOARTHRITIS

 RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK PENYAKIT OSTEOARTHRITIS LUTUT ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA PEMBEDAHAN

. Menurut satu kajian yang baru dijalankan, rawatan fisioterapi bagi pesakit yang menghidap osteoarthritis degeneratif pada lutut adalah lebih baik daripada prosedur pembedahan. Hal ini kerana, rawatan fisioterapi lebih menggalakkan senaman atau aktiviti fizikal ringan dalam merawat penyakit tersebut. . Kajian tersebut yang telah disiarkan dalam British Medical Journal mengatakan bahawa prosedur pembedahan yang melibatkan penebukan lubang pada lutut atau lebih dikenali sebagai arthroscopy lutut tidak seharusnya dicadangkan kepada pesakit lutut degeneratif sekiranya pesakit berkemampuan dan sesuai untuk melakukan rawatan fisioterapi. . Ahli panel yang terdiri daripada pakar-pakar pembedahan, ahli fisioterapi dan pengamal perubatan yang lain telah sebulat suara membuat penilaian yang menyatakan arthroscopy lutut untuk sesetengah kes bukanlah pilihan yang paling terbaik bagi mengurangkan kesakitan dan memulihkan keadaan pesakit dalam jangka masa panjang. . Sebaliknya, aktiviti atau senaman ringan yang disyorkan oleh ahli fisioterapi boleh dikatakan sebagai pilihan terbaik. Walaubagaimanapun, pilihan-pilihan lain juga perlu diambil kira sekiranya rawatan fisioterapi tidak memberikan hasil akhir rawatan seperti yang diharapkan. . Berdasarkan analisis hasil keputusan 25 kajian yang berkaitan kesan arthroscopy terhadap kesakitan dan fungsi lutut, ahli panel telah membuat kesimpulan bahawa atthroscopy lutut hanya memberikan kesan jangka pendek pada pesakit. Bukan itu sahaja, arthroscopy lutut juga memerlukan kos yang besar dan memberikan kesakitan tambahan serta ketidakselesaan kepada pesakit. . Pesakit juga melaporkan kesakitan yang mereka hadapi hanya berkurang sedikit sahaja dalam masa tiga bulan selepas pembedahan. Malah, ramai yang mengadu bahawa lutut mereka kembali sakit seperti sebelum pembedahan dalam tempoh dua tahun selepas pembedahan. . Hasil keputusan arthroscopy telah dibandingkan dengan rawatan selain pembedahan (konservatif) yang melibatkan rawatan fisioterapi dan meditasi. Analisa menunjukkan aktiviti fizikal ringan dan nasihat perubatan yang bersesuaian menampakkan hasil yang lebih baik dalam mengurangkan kesakitan lutut di samping meningkatkan fungsi pergerakan sendi untuk jangka masa yang lama. . Jurucakap Arthritis Research UK, Professor Mark Wilkinson berkata , kajian terdahulu menunjukkan prosedur arthroscopy lutut adalah tidak digalakkan bagi mengurangkan simptom kesakitan, malah ianya juga boleh mengganggu fungsi sendi pesakit yang menghidap penyakit lutut degeneratif. . Pesakit yang mengalami sakit lutut ataupun kehilangan fungsi sendi boleh memilih untuk mengubah gaya hidup mereka, melakukan senaman, melakukan rawatan fisioterapi, mengambil ubat penahan sakit yang bersesuaian atau menjalani penukaran sendi kepada artificial.  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *