neck pain freepik
rawatan sakit leher

Sakit leher adalah suatu keadaan apabila pesakit berasa sakit, lenguh atau rasa tak selesa di bahagian leher dan kadangkala sakit boleh membawa ke bahagian bahu dan boleh juga mengakibatkan sakit kepala. Dalam sesetengah keadaan, pesakit mungkin akan berasa kebas ke tangan, jari atau kepala apabila ada saraf yang terlibat.



  • KECEDERAAN WHIPLASH Kecederaan whiplash berlaku apabila otot di bahagian leher kita mengalami ketegangan melampau disebabkan pergerakan kepala ke belakang dan ke depan dalam keadaan yang laju. Biasanya perkara ini berlaku ketika kemalangan kenderaan, jatuh atau terhantuk. Pesakit yang mempunyai masalah ini akan mengalami masalah sakit dan tegang leher, sakit kepala, pening dan kabur penglihatan.

  • CERVICAL SPONDYLOSIS Cervical spondylosis kebiasaannya berlaku dalam kalangan dewasa yg berumur lebih daripada 35 tahun. Ia berlaku disebabkan ‘wear and tear’ yang berlaku pada tulang rawan dan tulang leher anda. Pesakit yang mempunyai masalah ini biasanya akan mengalami sakit leher yang teruk dan ketegangan leher.

  • CERVICAL SLIP DISC Slip disc pada bahagian leher berlaku apabila sebahagian disc terkeluar di antara tulang leher kita. Pesakit akan mengalami sakit dan ketegangan leher. Dalam keadaan yg lebih teruk, ia boleh menghimpit saraf dan menyebabkan sakit kepala berserta kebas ke tangan.

  • POSTUR Haaa, yang ni punca yang paling kerap berlaku kepada kita. Postur yang kurang betul (kepala terlalu menunduk/ terlalu kehadapan) semasa menggunakan komputer atau handphone, akan menyebabkan otot leher terlebih tegang. Leher juga terpaksa bekerja lebih untuk menampung berat kepala.Ia seterusnya menyebabkan leher menjadi sakit dan tegang. Lama-kelamaan boleh menyebabkan sakit kepala.

  • TENSION HEADACHES Tension headache merupakan salah satu jenis sakit kepala yang kerap berlaku. Pesakit yang mempunyai masalah ini akan mengalami kesakitan di bahagian kepala, rasa tegang di leher dan sakit di bahagian belakang mata.

Pemeriksaan:
Pertama sekali, therapist akan bertanya beberapa soalan yang berkaitan dan merekodkan kesemua sejarah kesihatan anda dan bagaimana kecederaan yang anda alami boleh berlaku.
Seterusnya, therapist akan memeriksa anda secara objektif melalui pemerhatian dan ujian-ujian fizikal berdasarkan ‘outcome measure’ tertentu.

Rawatan:
Rawatan untuk masalah sakit leher akan berfokus pada mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan sendi tulang tengkuk anda dengan menggunakan kaedah rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan program senaman yang berstruktur dan berfokus. Selain itu, sesi rawatan juga akan berfokus pada menambahbaik postur badan pesakit sekaligus mengajar anda untuk mengubahsuai cara hidup bersesuaian dengan keadaan anda. 

Konsultasi:
Dalam sesi konsultasi pula, therapist akan menerangkan kepada pesakit dan penjaga tentang kondisi pesakit termasuk punca masalah yang dialami pesakit berdasarkan ilmu anatomi dan fisiologi, cara mengelakkan masalah tersebut berulang dan preskripsi senaman di rumah.

Waktu rawatan yang fleksibel, 9 pagi hingga 10 malam

Rawatan bergerak ke rumah anda atau ke klinik kami

Rawatan berkesan dengan menggunakan manual technique physiotherapy

Therapist yang terlatih & berkelulusan ijazah Sarjana Muda dalam fisioterapi

Rawatan 1-to-1, satu therapist untuk satu pesakit
Pesakit wanita hanya dirawat oleh therapist wanita & sebaliknya
Lokasi klinik yang strategik dan mudah dicari oleh semua
Mendapat 4.9/5 ratings daripada lebih 10, 000 pesakit

“Saya memang rasa down bila diberitahu saya ada sakit leher dan slip disc di bahagian leher. Saya kena ketika saya sedang bekerja.Alhamdulillah saya bertemu PhysioMobile selepas saya berjumpa di facebook dan tengok review. Setelah beberapa kali rawatan, saya rasa banyak perbezaan.” – En Amirul Anuar

“Saya memang ada masalah bahagian tengkuk. c4-c5-c6-t1-t2. Dah menjalani rawatan RF di Hospital, namun sakit saya masih lagi tak hilang sepenuhnya. Apa yang saya nak, Ahli fisioterapi disini memang boleh buat. Migrain pun boleh buat! Blik treatment saya rasa lega. Macam MAGIC HAND pula!”- Puan Jamaliah

PHYSIOMOBILE adalah pilihan terbaik anda!! Kami menawarkan rawatan fisioterapi terbaik untuk masalah sakit leher anda menggunakan ‘manual technique physiotherapy’ yang digunakan secara meluas di Negara-negara maju dan terbukti berkesan! 

Ahli Fisioterapi di sini akan bantu kurangkan sakit leher anda, mengurangkan rasa tegang di bahagian leher, mengurangkan rasa kebas yang anda alami dan membantu anda untuk kembali ke tahap aktiviti harian yang optimum! 

Dapatkan Rawatan Segera Untuk Kesan Yang Terbaik!! Lebih cepat anda mendapatkan rawatan, lebih tinggi harapan anda untuk pulih sepenuhnya!

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile