sakit leher

5 Petua Mengurangkan Sakit Leher

Pernahkah anda berasa sakit leher sama ada mengadap komputer atau tidur di bahagian satu sisi dalam tempoh yang terlalu lama? Rasa sakit di leher berkemungkinan berpunca daripada tendon, otot, saraf, capsul, bursa atau ligamen. Sakit di bahagian berkenaan juga boleh melibatkan bahagian kepala, muka dan bahu, malah menyebabkan kebas di tangan.

Perasan atau tidak, ramai orang suka membunyikan leher jika terasa tegang di kawasan berkenaan. Jangan lakukannya lagi kerana ia berbahaya. Sakit leher boleh mengganggu pergerakan dan aktiviti harian anda, malah menyebabkan bahagian leher menjadi tegang dan terhad.

Bagaimana terjadinya sakit leher?

  1. Cervical Slip Disc – masalah ini terjadi akibat sebahagian disc di antara tulang leher terkeluar. Ia akan menyebabkan pesakit berasa sakit dan tegang di leher. Jika dibiarkan, disc tersebut akan menghimpit saraf sekaligus mendatangkan sakit di bahagian kepala dan kebas sehingga ke tangan.
  2. Cervical Spondylosis – biasanya menyerang golongan dewasa yang berusia 35 tahun ke atas. Masalah ini berpunca dari ‘wear and tear’ pada tulang rawan dan tulang leher. Pesakit akan sering merasa sakit di leher yang amat sehingga menyebabkan ketegangan.
  3. Kecederaan Whiplash – pergerakan kepala ke depan dan ke belakang yang terlalu laju akan menyebabkan otot di bahagian leher menjadi tegang. Masalah ini terjadi apabila seseorang itu terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan hentakan, terhantuk atau terjatuh. Gejala masalah ini antaranya sakit dan tegang di leher, pening dan kabur penglihatan.
  4. Salah Postur – ini antara yang biasa menjadi punca kepada sakit leher. Menunduk terlalu lama atau posisi leher yang sama dalam tempoh panjang, misalnya ketika mengguna telefon dan komputer mengakibatkan leher menampung beban kepala dan terpaksa bekerja lebih sekaligus menimbulkan rasa tegang di kawasan berkenaan.
  5. Tension Headache – Ada sesetengah orang mengalami sakit kepala yang kerap dan menyakitkan. Selain berasa sakit di kepala, ia juga boleh menyebabkan sakit di belakang mata.

Cara-Cara Untuk Mengurangkan Sakit Leher?

  1. Regangan – Lakukan secara relaks dengan menolak bahu ke hadapan dan belakang, kemudian tekan kedua-dua lengkungan bahu secara bergilir dari kiri ke kanan.
  2. Urutan – Dapatkan khidmat dari mereka yang pakar supaya sakit di leher tidak bertambah teruk.
  3. Pek sejuk dan panas – Dua cara ini boleh dilakukan secara bergilir-gilik. Pek sejuk memabntu mengurangkan radang di kawasan leher, manakala pek panas pula melancarkan peredaran darah di bahagian leher yang sakit.
  4. Stress-free – Tekanan hanya menyebabkan kesakitan fizikal pada badan, terutama di leher jika anda memaksa bahagian berkenaan bekerja dengan keras dalam tempoh yang lama. Kurangkan tekanan dengan membuat aktiviti santai seperti bercuti atau mendengar musik.
  5. Akupunktur – Seringkali pesakit memilih kaedah ini jika mereka merasa sakit di mana-mana bahagian badan. Tidak terkecuali untuk anda yang kerap mengalami sakit leher. Jarum-jarum halus akan dimasukkan di titik-titik tertentu untuk mengurangkan rasa sakit.

Jika anda masih merasa sakit di bahagian leher setelah melakukan pelbagai kaedah, apa kata dapatkan rawatan di PhysioMobile Malaysia – yang menawarkan rawatan fisioterapi yang berkesan secara manual, rawatan ke rumah, ‘in site’ dan konsultasi.

Mereka mempunyai 12 ahli fisioterapi yang pakar dengan pelbagai masalah neorologi, pediatrik, geriatrik, trauma akibat kecederaan dan kemalangan, juga mereka yang pernah menjalani pembedahan.

PhysioMobile Malaysia mula beroperasi pada Ogos 2016 di Shah Alam dan mampu membantu pesakit yang mempunyai masalah sakit leher. Pakar terapi akan menemubual pesakit dan bertanya sejarah kesihatan untuk mengetahui jenis kecederaan sebelum melakukan pemeriksaan secara objektif melalui pemerhatian dan ujian fizikal.

Perlu diingat, rawatan ini bertujuan mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan sendi tulang leher dengan rawatan ‘manual technique physiotheraphy’ dan senaman berstruktur dan berfokus. Sesi konsultasi bersama pakar pula sebagau penerangan untuk mengelakkan sakit berulang dan cara senaman yang sesuai.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *