kebas kaki

5 Sebab Utama Kebas Kaki Dan Rawatan Yang Anda Boleh Lakukan Di Rumah

“Nak buat kerja rumah tapi kaki kebas”

“Kebasnya kaki, susah nak jalan!”

Adakah masalah kebas kaki sering menghalang aktiviti harian anda? Dan pernahkah anda tertanya apakah punca kebas kaki terjadi?

Rasa kebas kaki sering mengganggu keselesaan seseorang dan ia kerap kali berlaku apabila duduk bersimpuh atau bersila buat masa yang lama.

Hal ini terjadi kerana apabila kaki berada pada posisi yang salah, saraf di bahagian kaki akan terhimpit. Namun, terdapat juga punca-punca lain yang tidak sepatutnya dipandang remeh. 

Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan membantu anda mengenal pasti punca-punca kepada masalah kebas kaki yang sering terjadi agar gejala ini dapat dikurangkan dan dielakkan. 

5 Sebab Kebas Kaki Terjadi

Antara sebab-sebab menyumbang kepada kebas kaki adalah:

  1. Kencing Manis
kebas kaki

Kencing manis bukan sahaja mampu merosakkan saluran darah kecil di bahagian hujung kaki, malah ia juga merupakan salah satu penyumbang kepada masalah kebas kaki. 

Kandungan gula yang tinggi akan merosakkan sedikit demi sedikit saraf sekali gus menghindar pesakit daripada merasa kesakitan apabila mengalami kecederaan. 

Keadaan ini adalah merisaukan kerana ia akan mendorong kepada jangkitan kuman dan amat sukar untuk pulih. 

Maka, tidak hairanlah sekiranya kaki pesakit terpaksa dipotong untuk mengelakkan daripada kuman terus merebak ke anggota badan yang lain. 

  1. Slipped Disc
kebas kaki

Slipped Disc atau “tulang rawan tergelincir” terjadi akibat daripada masalah pada cakera tulang belakang yang terkeluar sehingga menghimipit saraf tunjang di dalam tulang belakang.

Saraf tunjang memainkan peranan yang penting dalam menyambung bahagian otak dengan kaki serta ke seluruh anggota badan yang lain.

Oleh itu, sekiranya bahagian tersebut terhimpit, maklumat rangsang daripada kaki ke otak tidak dapat disampaikan, lalu menyebabkan pesakit merasa kebas pada bahagian kaki.

  1. Kecederaan pada saraf tunjang
kebas kaki

Tidak dapat disangkal lagi, tulang belakang yang patah boleh memberi kecederaan kepada bahagian saraf tunjang.

Sama seperti Slipped Disc, sekiranya saraf tunjang terputus atau terhimpit, bahagian yang terlibat akan merasa kebas. 

  1. Kayap

Kayap, atau Herpes Zoster merupakan sejenis penyakit kulit dan saraf berpunca daripada jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). 

Seseorang yang mengalami kayap akan mendapati badan atau kepala mereka ditumbuhi tompok-tompok kemerahan seperti gelembung air dan ia adalah amat menyakitkan. 

Penyakit ini sering terjadi disebabkan oleh kelemahan sistem imun seseorang dan antara tanda-tanda awal kayap yang telah dikenal pasti adalah:

  • Rasa kebas, sakit dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat
  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit kepala

Walaupun kayap jarang-jarang terjadi pada bahagian kaki, tetapi sekiranya ia terjadi, pesakit akan merasa sakit yang amat dan kebas pada bahagian tersebut. 

  1. Multiple sclerosis

Multiple Sclerosis merupakan penyakit autoimun di mana sel badan dan tisu saraf akan diserang oleh sel imun badan.

Anggota badan yang terlibat dengan saraf tersebut akan merasa  kebas apabila tisu saraf tidak berfungsi seperti biasa. 

Sekiranya tisu saraf gagal boleh berfungsi seperti biasa, bahagian badan yang terlibat dengan saraf berkemungkinan mengalami kebas.

Bukan itu sahaja, pesakit juga berdepan dengan risiko kelumpuhan. 

Rawatan Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Merawat Kebas Kaki

Setelah meneliti punca-punca rasa kebas kaki terjadi, mari kita lihat cara-cara yang anda boleh lakukan di rumah sebagai usaha untuk mengurangkan gejala kebas kaki. 

  1. Rehat yang cukup
kebas kaki

Sekiranya rasa kebas pada bahagian kaki anda disebabkan oleh kecedaraan pada bahagian tersebut, anda seharusnya mendapatkan rehat yang cukup.

Dengan ini, anda dapat membantu anggota yang tercedera untuk sembuh dengan lebih cepat sekali gus mengelakkan kecederaan bertambah serius. 

  1. Meletakkan ais pada bahagian yang kebas

Selain itu, rasa sakit dan kebas pada anggota kaki juga boleh dikurangkan dengan meletakkan ais pada bahagian tersebut. 

Namun, harus diingatkan, pastikan antara kulit anda dan ais terdapat lapisan lain seperti kain dan elakkan daripada meninggalkan pek ais lebih daripada dua puluh minit.

  1. Menuam haba pada bahagian yang kebas

Tambahan pula, meletakkan haba pada bahagian kaki yang kebas juga dapat membantu dalam melegakan otot kerana bekalan dan aliran darah dapat dinaikkan. 

Selain menggunakan pad pemanasan atau tuala yang telah direndam dengan air suam, anda juga boleh mandi air panas bagi melegakan gejala kebas kaki.

  1. Mengurut 

Cara lain yang anda boleh praktikkan untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian kaki adalah dengan berurut. 

Ia akan membantu merangsang saraf dan otot kaki, dan secara tidak langsung memperbaiki fungsi masing-masing.

  1. Mengambil Vitamin B
kebas kaki

Pengambilan Vitamin B sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan gejala kebas kaki.

Namun, ia perlu dilakukan secara teratur dan kerap kerana badan kita tidak menyimpan vitamin B untuk jangka masa yang lama.

Selain supplement, anda juga boleh mendapatkan sumber vitamin B daripada salmon, telur, tiram, kerang dan daging.

Konklusinya, kita semua disarankan untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan memeriksa paras gula dalam darah.

Ini adalah bukan sahaja untuk mengurangkan gejala kebas kaki tetapi juga bagi mengelakkan komplikasi kencing manis dan penyakit lain yang berbahaya. 

Sekiranya anda mendapati keadaan kebas kaki makin teruk, bersegeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. 

Jika anda ingin mencari alternatif lain bagi membantu mengurangkan kebas kaki dan memulihkan masalah otot, Physiomobile sedia membantu!

Physiomobile menawarkan rawatan khas yang menggunakan teknik “hands-on” dan ia berbeza dengan terapi lain yang menggunakan alatan atau mesin.

Antara servis-servis rawatan yang anda boleh dapatkan adalah:

  • Sports Injuries Treatment
  • Children Treatment
  • Knee Pain Treatment
  • Stroke Treatment
  • Shoulder Pain Treatment
  • Back Pain Treatment
  • Neck Pain Treatment

Ahli fisioterapi Physiomobile akan membantu anda dengan menggunakan teknik manual terapi yang melibatkan pergerakan sendi ke arah tertentu dengan kadar pergerakan berbeza.

Ini bukan sahaja untuk membaik pulih keadaan otot pesakit, malah dapat meregangkan otot dan juga mengembalikan keupayaan fizikal seperti sedia kala.

Manfaat-manfaat lain yang boleh diperolehi daripada rawatan ini adalah, menghilangkan kesakitan tubuh badan, meningkatkan keupayaan fizikal dan meningkatkan kadar pergerakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *