HALLUX VALGUS

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ‘HALLUX VALGUS’?

  • Hallux valgus atau dikenali sebagai bunion adalah kecacatan pada sendi ibu jari kaki.

  • Keadaan ini boleh menyebabkan sendi tersebut sakit dan sukar mencari kasut yang bersesuaian.

  • Struktur yang terlibat selalunya ialah sendi ibu jari kaki, tendon, kapsul sendi dan otot betis (calf).

  • Ketepatan permukaan sendi amat penting bagi memastikan jari kaki berada  dalam kedudukan yang betul.

  • Perubahan pada struktur sendi dan tulang yang terlibat akan menyebabkan rasa sakit pada kaki.

  • Kebanyakan pakar merasakan pemakaian kasut tumit tinggi dengan ruang yang sempit atau ketat pada bahagian jari kaki tidak menyebabkan kecacatan.

  • Tetapi, kebanyakan daripada mereka juga ada yang bersetuju bahawa pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan akan menyebabkan jari kaki berada dalam keadaan hallux atau teralih daripada keadaan asal.

  • Hallux valgus boleh terjadi disebabkan biomekanikal, trauma dan faktor metabolik.

  • Terdapat juga kes daripada kongenital (kanak-kanak).

  • Ketidakseimbangan biomekanikal adalah penyebab yang paling biasa dan dikaitkan dengan tapak kaki rata (foot flat), pengecutan otot betis (calf), fleksibiliti berlebihan pada otot, forefoot varus dan bentuk tulang yang tidak normal.

  • Keadaan arthritis, masalah berkait dengan tisu penghubung, masalah neuromuscular dan trauma juga boleh menyebabkan hallux valgus.

Simptom-simptom hallux valgus   

  • Rasa sakit pada bahagian yang terbonjol di ibu jari kaki.

  • Bursa (kantung yang berisi cecair berfungsi mengelakkan geseran pada sendi) membesar dan menyebakan keradangan pada kulit atau kalus.

  • Rasa sakit ketika melakukan aktiviti.

  • Peningkatan saiz kecacatan.

  • Kesukaran mencari kasut yang sesuai dan selesa.

Rawatan konservatif

  • Matlamat utama untuk merawat hallux valgus adalah untuk mencari resolusi kepada gejala-gejala hallux valgus.

  • Rawatan konservatif seperti memakai kasut yang mempunyai ruang yang besar untuk jari atau yang mumpunyai tapak yang dalam dapat mengurangkan rasa sakit pada bahagian yang terbonjol dengan memberi ruang kepada kecacatan jari kaki.

  • Pembahagi jari (toe spacers), splint hallux valgus dan pengalas bunions boleh digunakan bagi merawat kecacatan bunion.

  • Malangnya, tiada rawatan konservatif yang dapat merawat atau membetulkan kecacatan hallux valgus secara kekal.

Rawatan pembedahan

  • Pembedahan dilakukan apabila mempunyai sakit yang tidak dapat dilegakan dengan menukar kasut atau rawatan konservatif lain.

  • Matlamat pembedahan adalah untuk membetulkan kedudukan tulang dan tisu lembut sekitar sendi jari yang terlibat.

Konklusinya

  • Hallux valgus adalah kecacatan yang biasa terjadi, menyebabkan rasa sakit pada tapak kaki dan kawasan buku lali.

  • Kebanyakan kecacatan hallux valgus dapat di rawat dengan rawatan konservatif seperti modifikasi pada kasut, ortotik dan bunion splints.

  • Pembedahan akan dilakukan untuk melegakan rasa sakit dan untuk mengembalikan fungsi.

ANDA MENGALAMI MASALAH HALLUX VALGUS? INGIN MENDAPATKAN RAWATAN UNTUK MASALAH ANDA?

HUBUNGI PHYSIOMOBILEMY DI 018-9889642

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *