Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Slip Disc?

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah slip disc boleh menyebabkan lumpuh.

Bagi anda yang tertanya-tanya tentang punca dan cara rawatannya, boleh baca di sini untuk mengetahui apa kata doktor ini.

Apa Itu Slip Disc?

C:\Users\User\Desktop\apa itu slipped disc.jpg

“Bongkok lama sikit mulalah rasa sakit belakang badan ni bila nak duduk tegak. Sakitnya tangkap sampai ke bawah pinggang. Kalau sapu minyak panas pun sekejap je lega.”

Itu keluhan yang biasa kita dengar di kalangan mereka yang berdepan masalah slipped disc.

Slipped disc terjadi akibat kedudukan postur badan yang tidak betul, dikaitkan juga dengan sejarah keluarga dan lebihan berat badan.

Dalam istilah perubatan, ia dipanggil masalah intervertebral disc (cakera intervertebra) yang semakin menua, kandungan cakera yang terkeluar dan menghimpit saraf di sekeping tulang belakang.

Malah koyakan pada cakera intervertebra mengakibatkan keradangan di sekeliling kawasan saraf tulang belakang dan menyebabkan rasa sakit belakang dan kebas pada kaki.

C:\Users\User\Desktop\penyebab.jpg

Sebagai informasi tambahan, cakera intervertebral berperanan menyerap hentakan, menambah ketinggian individu dan menjadikan tulang belakang fleksibel.

Cakera tersebut diselaputi oleh lapisan fiber annulus fobrosus yang mengandungi nucleus polpopsus.

Nucleus poplopsus boleh terkeluar dan menghimpit saraf di kawasan tulang belakang sekiranya berlaku koyakan di annulus fibrosus.

 

Masalah Slipped Disc Dan Penyebab Pergerakan Terbatas

Jika dahulu masalah slipped disc banyak dikaitkan dengan faktor usia.

Ini kerana cakera intervertebral mempunyai banyak cecair ketika seseorang itu di usia muda.

Namun, jangan terkejut jika dilaporkan kini golongan muda juga ramai menderita masalah slipped disc sehingga menyukarkan pergerakan seharian.

Di antara punca slipped disc di kalangan golongan muda:

apa itu slip discc
apa itu slip disc
apa itu slip disc

1.Pernah mengalami kemalangan / trauma / jatuh

2.Lebihan berat badan hingga beri tekanan pada disc

3.Kerja berat selepas mengangkat barang

4.Sering membongkok

5.Kurang bersenam

6.Selalu memandu jauh dalam tempoh masa yang lama

 

Simptom Slipped Disc

Ada beberapa petanda yang menunjukkan anda mungkin berdepan dengan masalah slipped disc.

1.Sakit pada bahagian kaki terutama di bahagian punggung, betis dan peha. Sakit boleh dirasai dalam keadaan bersin atau menunduk.

2.Sindrom sciatica iaitu sering berasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah badan.

3.Rasa kebas dan menyucuk.

 

Apa Kata Doktor?

C:\Users\User\Desktop\apa kata doktor.jpg

Sekiranya anda mengalami gejala-gejala yang dinyatakan di atas, adalah dinasihatkan untuk anda segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan atau nasihat.

Kami kongsikan pandangan Dr Khairul Mohammad Kamar berkenaan masalah slipped disc ini.

  • Adalah penting untuk orang ramai ketahui bahawa tidak semua masalah slipped disc memerlukan pembedahan untuk merawatnya.
  • Pembedahan hanya dilakukan jika keadaan seseorang itu sangat teruk dalam tempoh yang lama.

 

  • Untuk kes-kes biasa, doktor akan memberikan suntikan steroid di belakang badan (epidural steroid) bagi melegakan keradangan dan kesakitan belakang badan.
  • Untuk menguatkan otot dan tulang belakang, sila lakukan fisioterapi secara berkala. Anda boleh dapatkan perkhidmatan fisioterapi.
  • Ramai orang pergi berurut apabila mengetahui dirinya mengalami masalah slipped disc. 
  • Urutan hanya memberi kelegaan dalam tempoh pendek namun langsung tidak memberi kesembuhan dan menolak disc yang telah terkeluar dari tempat asal.

 

Jika anda gagal mendapatkan rawatan awal atau berjumpa doktor dengan segera, anda akan berdepan dengan beberapa komplikasi slipped disc :

1.Lumpuh pada bahagian kaki.

2.Seseorang itu juga gagal mengawal pembuangan aur kecing dan besar.

 

Benar, seseorang yang mengalami masalah slipped disc pasti merasa derita kerana sukar melakukan pekerjaan berat, cepat dan dalam tempoh yang panjang.

C:\Users\User\Desktop\fisioterapi.jpg

PhysioMobile menawarkan kaedah rawatan fisioterapi buat anda yang telah sekian lama mengalami masalah slipped disc.

Rawatan fisioterapi terbukti dapat mengurangkan rasa sakit, menguatkan otot belakang dan abdominal, mengekalkan dan meningkatkan julat pergerakan badan seseorang.

Lebih dari itu, rawatan fisioterapi bertujuan membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa mengadu rasa sakit.

Sekarang anda sudah tahu apa itu slip disc, mungkin anda ingin dapatkan rawatan silp disc?

Di PhysioMobile, anda akan dirawat oleh ahli-ahli fisioterapi terlatih dengan kaedah Physio Manual Therapy, satu keunikan yang hanya ada di pusat rawatan ini.

Biarpun mempunyai pusat rehabnya tersendiri, PhysioMobile juga menawarkan khidmat fisioterapi dari rumah ke rumah untuk memberi keselesaan kepada pesakit mengikut waktu bersesuaian.

PhysioMobile kini bukan sahaja menjadi pilihan pesakit di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, malah turut dikenali di negeri-negeri lain.

Turut ditawarkan adalah perkhidmatan fisioterapi untuk masalah neurologi, kecederaan sukan, pediatrik, geriatrik dan juga pesakit yang telah menjalani pembedahan.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *