Sakit bahu adalah rasa sakit atau rasa tak selesa di bahagian bahu yang mungkin menyebabkan pergerakan bahu menjadi terhad. Sendi bahu merupakan salah satu sendi yang sangat kompleks yang membolehkan pelbagai pergerakan dilakukan oleh sendi bahu.

rawatan sakit bahu

Oleh disebabkan itu, jika sendi bahu bermasalah, pastinya aktiviti harian kita juga akan banyak terganggu dan boleh mengahlang keupayaan kita untuk menggunakan tangan seperti biasa.

  •  

SAKIT BAHU KEBIASAANNYA BERLAKU DENGAN BEBERAPA SEBAB, ANTARANYA IALAH:

  1. Frozen shoulder
  2. Amalan postur badan yang kurang betul dalam aktiviti seharian
  3. Masalah pada otot rotator cuff
  4. Ketidakstabilan bahu
  5. ‘Shoulder impingement syndrome’
  6. Osteoarthtritis bahu

 

 
  • Kesukaran untuk melakukan aktiviti harian seperti memakai baju, menyikat rambut, mencapai barang dari tempat tinggi dan sebagainya
  • Kesukaran untuk memandu tanpa rasa sakit
  • Sakit ketika memasak
  • Kesukaran untuk mendukung anak atau mengangkat barang
  • Kesukaran untuk melakukan sebarang pergerakan yang memerlukan pesakit untuk mengangkat tangan

Pemeriksaan:
Pertama sekali, therapist akan bertanya beberapa soalan yang berkaitan dan merekodkan kesemua sejarah kesihatan anda dan bagaimana kecederaan yang anda alami boleh berlaku. Seterusnya, therapist akan memeriksa anda secara objektif melalui pemerhatian dan ujian-ujian fizikal berdasarkan ‘outcome measure’ tertentu

Rawatan:
Rawatan untuk masalah sakit bahu akan berfokus pada mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan sendi bahagian bahu anda dengan menggunakan kaedah rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan program senaman yang berstruktur dan berfokus. Selain itu, sesi rawatan juga akan berfokus pada menambahbaik postur badan pesakit sekaligus mengajar anda untuk mengubahsuai cara hidup bersesuaian dengan keadaan anda. 

Konsultasi:
Dalam sesi konsultasi pula, therapist akan menerangkan kepada pesakit dan penjaga tentang kondisi pesakit termasuk punca masalah yang dialami pesakit berdasarkan ilmu anatomi dan fisiologi, cara mengelakkan masalah tersebut berulang dan preskripsi senaman di rumah

Waktu rawatan yang fleksibel, 9 pagi hingga 10 malam

Rawatan bergerak ke rumah anda atau ke klinik kami

Rawatan berkesan serta merta dengan menggunakan manual technique physiotherapy

Therapist yang terlatih & berkelulusan ijazah Sarjana Muda dalam fisioterapi

Rawatan 1-to-1, satu therapist untuk satu pesakit
Pesakit wanita hanya dirawat oleh therapist wanita & sebaliknya
Lokasi klinik yang strategik dan mudah dicari oleh semua
Mendapat 4.9/5 ratings daripada lebih 10, 000 pesakit

PHYSIOMOBILEMY adalah pilihan terbaik anda!! Kami menawarkan rawatan fisioterapi terbaik untuk masalah sakit bahu anda menggunakan ‘manual technique physiotherapy’ yang digunakan secara meluas di Negara-negara maju dan dijamin berkesan! 

Kami akan bantu kurangkan sakit bahu anda, mengurangkan rasa tegang di bahagian tengkuk, mengurangkan rasa kebas yang anda alami dan membantu anda untuk kembali ke tahap aktiviti harian yang optimum! 

Dapatkan Rawatan Segera Untuk Kesan Yang Terbaik!! Lebih cepat anda mendapatkan rawatan, lebih tinggi harapan anda untuk pulih sepenuhnya!