BELL’S PALSY- OTOT MUKA LUMPUH

BELL’S PALSY

PENGENALAN

  • Bell’s palsy adalah keadaan di mana otot muka mengalami kelemahan sementara atau lumpuh.

  • Ia boleh terjadi apabila saraf yang mengawal otot muka mengalami keradangan, membengkak atau terhimpit.

  • Bell’s palsy terjadi apabila saraf cranial ke-7 menjadi bengkak atau terhimpit menyababkan otot muka menjadi lemah atau lumpuh.

  • Penyebab utama ia terjadi ini masih tidak diketahui, tetapi ramai pengkaji perubatan percaya Bell’s palsy dirangsang dengan jangkitan virus (viral infection).

  • Keadaan ini menyebabkan sebelah bahagian muka jatuh atau menjadi kaku. Anda mungkin mengalami kesukaran untuk senyum atau menutup mata pada bahagian yang terlibat.

  • Bell’s palsy boleh terjadi pada pelbagai peringkat umur, tetapi keadaan ini sering berlaku pada mereka yang berumur antara 16 hingga 60 tahun.

Simptom-simptom Bell’s palsy

  • Simptom-simptom Bell’s palsy boleh terjadi dalam masa seminggu dua selepas demam, jangkitan telinga (ear infection) atau jangkitan mata (eye infection).

  • Simptom ini sering terjadi secara tiba-tiba dan anda mungkin akan mendapati perubahan pada muka anda ketika bangun pagi atau ketika anda cuba makan atau minum.

  • Bell’s palsy juga dapat dikenalpasti dengan keadaan muka yang jatuh pada sebelah bahagian dan kesukaran untuk membuka atau menutup mata pada bahagian yang terlibat.

Tanda-tanda dan simptom-simptom lain Bell’s palsy termasuklah:

  • Air liur meleleh

  • Kesukaran untuk makan dan minum

  • Kesukaran untuk senyum atau mengerut muka

  • Otot muka menjadi lemah

  • Otot muka bergerak-gerak tanpa dapat dikawal

  • Mata dan mulut menjadi kering

  • Sakit kepala

  • Sensitif kepada bunyi

  • Keradangan mata (eye irritation)

Gejala-gejala ini boleh menyerupai penyakit lain seperti strok dan ketumbuhan dalam otak.

Risiko-risiko Bell’s palsy

Risiko anda mendapat Bell’s palsy meningkat jika anda:

  • hamil

  • mempunyai masalah kencing manis (diabetes)

  • jangkitan kuman pada paru-paru (lung infection)

  • sejarah keluarga

Rawatan Bell’s palsy

  • Simptom-simptom Bell’s palsy selalunya sembuh tanpa memerlukan rawatan yang spesifik.

  • Tetapi ia memerlukan beberapa minggu atau bulan untuk otot muka kembali mendapat kekuatan normalnya

  • Ubat-ubatan dan rawatan di rumah dapat membantu proses penyembuhan.

Ubat-ubatan

  • ubat anti keradangan seperti corticosteroid dapat mengurangkan keradangan

  • ubat antiviral atau antibakteria perlu diberi jika virus atau bakteria adalah puncanya

  • ubat tahan sakit bagi melegakan kesakitan.

  • ubat mata bagi mengurangkan kekeringan mata

Rawatan di rumah

  • pelekap mata (eye patch) bagi mengurangkan masalah kekeringan mata

  • letakkan tuala suam ke atas muka bagi melegakan rasa sakit

  • urutan muka (facial massage)/ menggunakan ais (ice massage)

  • terapi fizikal bagi merangsang kembali otot muka

Komplikasi Bell’s palsy

Kebanyakan episod Bell’s palsy akan sembuh tanpa ada komplikasi. Bagaimanapun, komplikasi boleh terjadi pada mereka yang mengalami masalah Bell’s palsy yang serius.

  • Mengalami kerosakan pada saraf cranial ke-7 yang berfungsi mengawal otot muka.

  • Anda mungkin mempunyai masalah kekeringan mata yang teruk yang membawa kepada masalah jangkitan mata, ulcer atau buta

  • Anda juga mungkin akan mengalami synkinesis iaitu keadaan dimana apabila anda melakukan suatu pergerakan, bahagian anggota muka anda yang lain juga akan bergerak tanpa dapat dikawal. Sebagai contoh, anda hanya akan dapat menutup mata hanya ketika anda senyum.

Prognosis

  • Tempoh penyembuhan bergantung pada tahap kerosakan saraf anda. Secara amnya, mereka yang mengalami masalah Bell’s palsy akan menunjukkan peningkatan dalam masa 2 minggu.

  • Kebanyakan mereka akan sembuh sepenuhnya dalam masa 3 ke 6 bulan, tetapi ia mungkin mengambil masa yang lama bagi mereka yang mengalami tahap yang lebih serius.

  • Simptom-simptom Bell’s palsy boleh sembuh atau menjadi kekal.

  • Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mempunyai tanda-tanda masalah Bell’s palsy.

  • Rawatan awal dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan menghalang komplikasi daripada berlaku.

ANDA MENGALAMI MASALAH BELL’S PALSY? DAPATKAN RAWATAN SEGERA DARIPADA PHYSIOMOBILE MALAYSIA DENGAN MENGISI BORANG MAKLUMAT RINGKAS ANDA.

Related Post

sakit belakang di tempat kerja
Uncategorized

Sakit Belakang di Tempat Kerja: Punca dan Cara Rawatan

Sibuk bekerja di pejabat, seharian menghabiskan masa di hadapan komputer sehingga sakit badan dan lenguh-lenguh. Sakit belakang di tempat kerja boleh mengganggu produktiviti anda. Ramai yang mengalami sakit belakang di

kecederaan acl
Kecederaan Sukan

Kecederaan ACL: Mimpi Ngeri Pemain Bola Sepak dan Futsal

Tengah seronok bersukan, tiba-tiba terdengar bunyi ‘pop’ di lutut. Kecederaan ACL sememangnya ditakuti oleh mereka yang aktif bermain bola sepak dan futsal. Bersukan dan beriadah merupakan aktiviti yang sangat digalakkan.

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top