cara menghilangkan sakit belakang

6 Cara Menghilangkan Sakit Belakang dengan Cepat dan Berkesan

Anda akan mengetahui semuanya yang berkaitan tentang cara menghilangkan sakit belakang.

Sekiranya sakit menyerang dan anda tak tahu nak buat apa-apa, di sini kami kongsikan cara menghilangkan sakit belakang dengan pantas dan berkesan.

Teruskan membaca sehingga tamat.

Kenapa Berlaku Masalah Sakit Belakang?

Ketika melakukan aktiviti seharian, pernahkah anda rasa tidak selasa di bahagian belakang?

Kadangkala sampai rasa sakit untuk bergerak. Jika ya, mungkin anda mengalami masalah sakit belakang.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sakit belakang merupakan rasa sakit dan tidak selesa di bahagian belakang badan. Masalah ini sering tertumpu di bahagian bawah belakang badan.

Keadaan ini boleh memberi kesan buruk pada tubuh badan anda kerana membataskan pergerakan dan mengganggu aktiviti kehidupan.

Usah risau, terdapat cara menghilangkan sakit belakang. Sebelum itu, mari ketahui punca sakit belakang.

Punca sakit belakang

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan sakit belakang. Antaranya seperti kecederaan pada tulang belakang dan otot sekitarnya.

Selain itu, terdapat juga punca lain seperti:

1.Angkat barang berat

cara menghilangkan sakit belakang

Aktiviti mengangkat barang berat boleh memberi tekanan pada bahagian belakang.

Ramai yang mengangkat berat dengan cara membongkokkan badan. Itu cara salah sebenarnya.

2. Kerap membongkok

Posisi badan membongkok adalah tidak baik untuk belakang anda.

Posisi ini memberikan tekanan pada bahagian belakang dan bahu. Lalu, ia boleh menyebabkan otot anda keras.

3. Kerap memakai kasut tumit tinggi

Ini merupakan faktor yang menyebabkan ramai wanita menderita sakit belakang. Kasut tumit tinggi memberikan tekanan pada tulang belakang.

4. Stres

Masalah mental seperti stres boleh dikesan melalui simptom fizikal. Ia termasuk sakit belakang.

Selain itu, gangguan tidur dan juga kurang rehat boleh menyebabkan sakit pada belakang.

5. Menghidap penyakit lain

Kebiasaannya penyakit ini berkait rapat dengan bahagian belakang badan seperti masalah urat saraf, jangkitan pada tulang belakang dan kanser.

Selain itu, sakit belakang juga boleh berlaku disebabkan oleh penyakit lain. Antaranya seperti jangkitan pada buang pinggang dan penyakit batu karang.

Cara menghilangkan sakit belakang

Jika anda menghadapi keadaan ini, jangan bimbang. Terdapat petua untuk menghilangkan sakit belakang dengan berkesan. Antaranya ialah:

1.Bersenam dan membuat regangan

Senaman dan regangan boleh membantu melegakan ketegangan pada tubuh badan. Lakukan senaman yang melibatkan bahagian belakang badan.

Senaman dapat membantu mengurangkan kesakitan dan juga mengelakkan dari masalah berulang semula. Selain itu, ia juga mampu menguatkan kembali otot belakang.

2. Menjaga postur badan

Elakkan dari membongkok kerana ia memberi kesan buruk pada badan anda. Jika anda duduk terlalu lama, biasakan untuk bersandar dengan tegak.

Anda juga boleh letakkan bantal lembut di belakang badan. Ia berfungsi sebagai sokongan pada tulang belakang dan punggung.

3. Tidur dengan posisi yang betul

Tidur yang cukup dengan posisi yang betul adalah penting untuk menjaga kesihatan anda.

Posisi tidur yang salah boleh menyebabkan anda kurang tidur dan sakit pada bahagian belakang.

Untuk mendapatkan posisi tidur yang betul dan selesa, anda boleh cuba:

  • Tidur mengiring dengan meletakkan bantal di antara kedua-dua lutut
  • Tidur dalam keadaan baring, dan letakkan bantal di bawah lutut
  • Elakkan dari tidur meniarap kerana ia memberi tekanan pada belakang

4. Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang

Berat badan yang berlebihan boleh memberi tekanan pada tulang belakang. Lalu, menyebabkan kesakitan.

Cara pemakanan yang sihat dan seimbang membantu untuk mengekalkan berat badan ideal.

5. Tuam dengan ais atau haba

Jika anda rasa sakit pada bahagian belakang, pek ais atau panas boleh meredakan kesakitan.

Letakkan pek ais atau haba di bahagian yang sakit.

Rehat dan biarkan selama 20 minit. Ia berfungsi untuk meredakan ketegangan pada otot.

Pek panas membantu mengendurkan otot dan meningkatkan pengaliran darah.

6. Rawatan fisioterapi

Melalui fisioterapi, rawatan akan diberikan untuk meredakan kesakitan. Antaranya seperti rawatan haba, ais, ultrasound dan elektrik.

Ahli terapi fizikal juga akan mengajar cara untuk memperbaiki postur badan. Selain itu, mereka juga menunjukkan cara untuk memperbaiki cara hidup dan aktiviti seharian pesakit.

Rawatan sakit belakang di PhysioMobile

Rawati sakit belakang dengan mendapatkan rawatan fisioterapi di PhysioMobile.

Dengan ahli terapi fizikal yang bertauliah, anda boleh dapatkan rawatan di klinik atau di rumah anda sendiri.

Menggunakan teknik manual fisioterapi, rawatan yang diberikan fokus untuk mengurangkan sakit. Selain itu, membantu untuk meningkatkan pergerakan sendi tulang belakang.

Klik sini untuk menghubungi PhysioMobile sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top