
Antara punca berlakunya slip disc:
-
Amalan postur badan yang salah
-
Teknik mengangkat barang yang salah
-
Kurang/tidak melakukan senaman
-
Obesiti
-
Postur tidur yang salah atau tilam yang tidak sesuai

ANTARA CARA UNTUK MENGELAKKAN SLIP DISC:
Menjaga postur badan ketika berdiri dan duduk:
-
Apabila anda duduk atau memandu dalam jangka masa yang panjang, pastikan tempat duduk anda selesa dan mempunyai sokongan untuk tulang belakang anda seperti meletakkan bantal di belakang anda.
-
Jika boleh selangkan posisi duduk atau memandu dengan rehat setiap 30 minit atau 1 jam bagi meregangkan otot-otot belakang badan anda dan anda digalakkan berjalan pada waktu rehat.
-
Jika anda banyak bekerja menggunakan komputer, ambil rehat yang kerap daripada skrin komputer anda.
-
Pastikan skrin komputer anda separa dengan mata anda agar anda tidak perlu membongkokkan badan dan menyebabkan sakit belakang atau leher.
-
Duduk dengan selesa dan pastikan anda tidak duduk dalam posisi yang sama terlalu lama.
-
Ketika duduk juga pastikan meja dan kerusi anda pada ketinggian yang betul.
-
Kaki anda perlulah mencecah lantai dan lutut anda boleh di bengkokkan pada 90 darjah.

Cara mengangkat barang yang betul:
-
Jika anda mengangkat objek berat pastikan anda fikir dahulu dan yakin anda boleh menampung berat tersebut.
-
Semasa hendak mengangkat barang mulakan posisi badan seperti mencangkung.
-
Pastikan beban atau barang yang hendak diangkat dekat dengan badan anda.
-
Elakkan memusingkan badan atau menyandar ke sisi ketika mengangkat beban/barang.
-
Pastikan kepala anda pandang ke atas dan ke depan ketika mengangkat beban/barang.
Senaman yang kerap:
-
Mulakan senaman dengan memanaskan badan untuk mengelakkan kecederaan dengan berbasikal, berlari (jogging) atau berjalan selama 5-10 minit.
-
Lakukan senaman kekuatan seperti hip bridge, lunges dan side plank untuk menguatkan otot belakang anda.
-
Lakukan senaman regangan bagi meningkatkan fleksibiliti otot belakang badan anda.
-
Selepas melakukan senaman pastikan anda menyejukkan badan (cooling down).

Mengekalkan berat badan ideal
-
Membantu mengelakkan risiko slip disc kerana ia dapat mengurangkan tekanan pada struktur tulang belakang anda.
-
Berat badan yang berlebihan memberi tekanan kepada tulang rawan anda menyebabkan ia hilang keanjalan dan keluar dari tempat asalnya.
Postur tidur yang betul
-
Tidur mengiring dengan meletakkan bantal di antara lutut anda.
-
Tidur terlentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda untuk meneutralkan tulang belakang anda.
-
Gunakan tilam yang sederhana keras atau tegap mungkin dapat membantu mengekalkan struktur tulang belakang yang normal.
