slip disc

CARA MENJAGA TULANG BELAKANG DARIPADA TERKENA SLIP DISC KETIKA BEKERJA SEHARIAN

Sakit belakang adalah salah satu penyakit yang sering dialami oleh masyarakat tanpa mengira latar belakang sama ada anda seorang suri rumah, pelajar atau pekerja. Salah satu punca yang menyumbang kepada sakit belakang adalah slip disc.

Slip disc ialah keadaan di mana tulang rawan yang terletak di antara tulang belakang anda terkeluar daripada tempat asalnya dan menyebabkan ia memberi tekanan pada saraf tunjang. Saraf tunjang yang dihimpit dengan tulang rawan yang terkeluar akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian belakang badan dan mungkin menjalar ke pinggul dan belakang paha. Hal ini akan mengganggu aktiviti harian anda dan menyebabkan anda sukar melakukan kerja.

Antara punca berlakunya slip disc:

  • Amalan postur badan yang salah

  • Teknik mengangkat barang yang salah

  • Kurang/tidak melakukan senaman

  • Obesiti

  • Postur tidur yang salah atau tilam yang tidak sesuai

ANTARA CARA UNTUK MENGELAKKAN SLIP DISC:

Menjaga postur badan ketika berdiri dan duduk:

  • Apabila anda duduk atau memandu dalam jangka masa yang panjang, pastikan tempat duduk anda selesa dan mempunyai sokongan untuk tulang belakang anda seperti meletakkan bantal di belakang anda.

  • Jika boleh selangkan posisi duduk atau memandu dengan rehat setiap 30 minit atau 1 jam bagi meregangkan otot-otot belakang badan anda dan anda digalakkan berjalan pada waktu rehat.

  • Jika anda banyak bekerja menggunakan komputer, ambil rehat yang kerap daripada skrin komputer anda.

  • Pastikan skrin komputer anda separa dengan mata anda agar anda tidak perlu membongkokkan badan dan menyebabkan sakit belakang atau leher.

  • Duduk dengan selesa dan pastikan anda tidak duduk dalam posisi yang sama terlalu lama.

  • Ketika duduk juga pastikan meja dan kerusi anda pada ketinggian yang betul.

  • Kaki anda perlulah mencecah lantai dan lutut anda boleh di bengkokkan pada 90 darjah.

Cara mengangkat barang yang betul:

  • Jika anda mengangkat objek berat pastikan anda fikir dahulu dan yakin anda boleh menampung berat tersebut.

  • Semasa hendak mengangkat barang mulakan posisi badan seperti mencangkung.

  • Pastikan beban atau barang yang hendak diangkat dekat dengan badan anda.

  • Elakkan memusingkan badan atau menyandar ke sisi ketika mengangkat beban/barang.

  • Pastikan kepala anda pandang ke atas dan ke depan ketika mengangkat beban/barang.

Senaman yang kerap:

  • Mulakan senaman dengan memanaskan badan untuk mengelakkan kecederaan dengan berbasikal, berlari (jogging) atau berjalan selama 5-10 minit.

  • Lakukan senaman kekuatan seperti hip bridge, lunges dan side plank untuk menguatkan otot belakang anda.

  • Lakukan senaman regangan bagi meningkatkan fleksibiliti otot belakang badan anda.

  • Selepas melakukan senaman pastikan anda menyejukkan badan (cooling down).

Mengekalkan berat badan ideal

  • Membantu mengelakkan risiko slip disc kerana ia dapat mengurangkan tekanan pada struktur tulang belakang anda.

  • Berat badan yang berlebihan memberi tekanan kepada tulang rawan anda menyebabkan ia hilang keanjalan dan keluar dari tempat asalnya.

Postur tidur yang betul

  • Tidur mengiring dengan meletakkan bantal di antara lutut anda.

  • Tidur terlentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda untuk meneutralkan tulang belakang anda.

  • Gunakan tilam yang sederhana keras atau tegap mungkin dapat membantu mengekalkan struktur tulang belakang yang normal.

Related Post

Muskuloskeletal

Punca Sakit Tumit Kaki (Jangan Biar Melarat)

Sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas. Namun, ada faktor lain yang akan menyebabkan anda sakit tumit kaki.

Kecederaan Sukan

Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Slip Disc?

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah slip disc boleh menyebabkan lumpuh. Bagi anda yang tertanya-tanya tentang

rawatan kanak-kanak
Umum

Rawatan Kanak-Kanak Yang Lewat Perkembangan

Pernahkah anda lihat kanak-kanak yang merangkak masih belum dapat berjalan? Mungkin dia perlu dapatkan rawatan kanak-kanak dengan segera. Setiap kanak-kanak diciptakan berbeza. Tetapi anda tertanya-tanya, mengapa terlalu lama masa diambil

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top