rawatan upper cross syndrome

Cara Terbaik Untuk Merawat Masalah Upper Cross Syndrome

Apakah cara yang terbaik untuk Masalah Upper Cross Syndrome?

Cara terbaik untuk merawat masalah ini adalah dengan senaman dan pembetulan postur.

  • Walaupun, sesetengah orang akan merasa kurang selesa ketika melakukan regangan, mulakan senaman secara perlahan-lahan dapat mengurangkan kekakuan dan kesakitan.
  • Pastikan anda memanaskan otot-otot yang terlibat sebelum memulakan senaman dengan melakukan pergerakan yang perlahan atau menggunakan “hot pack”.
  • Tujuannya ialah untuk mengurangkan kecederaan pada otot ketika melakukan senaman.
  • Mulakan senaman anda pada intensiti yang rendah dan perlahan-lahan tingkatkannya.
  • Mulakan senaman anda pada intensiti yang rendah dan perlahan-lahan tingkatkannya.
  • Bagi mendapatkan kesan yang efektif, dapatkan nasihat ahli fizikal terapi mengenai senaman yang sesuai di lakukan.

Antara senaman ringkas yang anda boleh lakukan:

Regangan otot dada:

  1. Berdiri di sudut dinding, buka kedua-dua lengan anda dalam 90˚ dan tolak badan anda kehadapan.
  2. Tahan posisi ini selama 15 saat dan ulangi sebanyak 5 kali.

Chin tuck:

  1. Dalam posisi berdiri sambil menyandar di dinding, gunakan tangan anda dan tolak dagu anda ke belakang.
  2. Tahan posisi ini selama 5 saat. Ulangi senaman ini sebanyak 5 kali.
exercise

Regangan otot bahu:

  1. Dalam posisi duduk, bawa telinga kiri anda ke arah bahu kiri dan guna tangan kiri anda untuk menahan kepala anda manakala tangan kanan anda pegang hujung kerusi yang anda duduk.
  2. Tahan posisi ini selama 15 saat dan ulangi senaman sebanyak 5 kali di sebelah kanan dan kiri.

Superman:

  1. Dalam posisi baring meniarap bawa tangan anda kebelakang.
  2. Tahan posisi ini selama 5 saat dan ulangi sebanyak 5 kali.

Langkah-langkah pencegahan

  • Sentiasa sedar dengan postur badan anda.
  • Elakkan kekal dalam satu posisi terlalu lama dengan mengambil rehat setiap 30 minit dan lakukan regangan ringkas.
  • Pastikan ketika duduk, mata anda berada pada parasnya sebagai contoh ketika memandu, membaca, mengguna komputer atau menonton TV.
  • Letakkan bantal kecil di belakang anda ketika anda duduk supaya anda dapat mengekalkan postur tulang belakang yang baik.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Upper Crossed Syndrome , Sila klik sini

Related Post

sakit belakang di tempat kerja
Uncategorized

Sakit Belakang di Tempat Kerja: Punca dan Cara Rawatan

Sibuk bekerja di pejabat, seharian menghabiskan masa di hadapan komputer sehingga sakit badan dan lenguh-lenguh. Sakit belakang di tempat kerja boleh mengganggu produktiviti anda. Ramai yang mengalami sakit belakang di

kecederaan acl
Kecederaan Sukan

Kecederaan ACL: Mimpi Ngeri Pemain Bola Sepak dan Futsal

Tengah seronok bersukan, tiba-tiba terdengar bunyi ‘pop’ di lutut. Kecederaan ACL sememangnya ditakuti oleh mereka yang aktif bermain bola sepak dan futsal. Bersukan dan beriadah merupakan aktiviti yang sangat digalakkan.

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top