carpal tunnel syndrome

CARPAL TUNNEL SYNDROME

Apa itu ‘carpal tunnel syndrome’?

Carpal tunnel syndrome’ ialah suatu keadaan di mana kita akan merasa kebas, kesemutan, dan rasa lemah di bahagian tangan disebabkan tekanan pada saraf median di pergelangan tangan.

Saraf median dan beberapa tendon terdapat di bahagian lengan kita yang melalui satu ruang kecil di pergelangan tangan yang dipanggil sebagai ‘carpal tunnel’. Saraf median ini mengawal pergerakan dan deria rasa di ibu jari dan tiga jari yang pertama (jari telunjuk, jari tengah dan jari manis).

Apa yang menyebabkan berlakunya ‘carpal tunnel syndrome’?

Tekanan pada saraf median menyebabkan berlakunya ‘carpal tunnel syndrome’. Tekanan ini boleh berpunca daripada bengkak atau apa-apa yang boleh menyebabkan ‘carpal tunnel’ menjadi bertambah sempit. Banyak perkara yang boleh menyebabkan pembengkakan ini, antaranya ialah:

  • Penyakit lain seperti hypothyroidism, rheumatoid arthritis, dan diabetes.
  • Membuat pergerakan tangan secara berulang, terutamanya apabila pergelangan tangan dibengkokkan ke bawah (tangan lebih rendah daripada pergelangan tangan), atau menggerakkan pergelangan tangan secara berulang
  • Hamil

Simptom-simptom

Carpal tunnel syndrome boleh menyebabkan kebas, kesemutan, rasa lemah dan sakit di bahagian jari dan telapak tangan. Sesetengah orang mungkin merasai kesakitan di bahagian lengan dan siku mereka.

Simptom-simptom ini selalunya berlaku di bahagian ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian daripada jari manis. Jika anda mempunyai masalah dengan jari-jari anda kecuali jari kelingking, ini mungkin merupakan tanda yang anda mengalami masalah ‘carpal tunnel syndrome’.

Pada permulaannya, anda mungkin akan mengalami simptom-simptom ini pada waktu malam dan simptom akan berkurang jika anda menggoyangkan tangan.

 

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *