cerebral palsy

CEREBRAL PALSY

CEREBRAL PALSY

Pernah dengar tentang cerebral palsy?

Cerebral palsy ialah satu masalah yang dialami oleh pesakit untuk sepanjang hayat yang melibatkan masalah pada pergerakan dan koordinasi, berpunca daripada masalah pada bahagian otak yang berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran.

 

SIMPTOM-SIMPTOM:

Simptom-simptom cerebral palsy biasanya tidak terlihat jelas selepas bayi lahir. Simptom-simptom tersebut hanya akan muncul apabila bayi berumur dua hingga tiga tahun.

Simptom-simptom tersebut termasuk:

  • Lambat tumbesaran- sebagai contoh, anak yang berumur 8 bulan masih tidak boleh duduk atau tidak boleh berjalan walaupun usia mencecah 18 bulan.

  • Anak kelihatan terlalu keras atau lembik.

  • Lemah otot tangan dan kaki.

  • Pergerakan anak sering gelisah, tersentak-sentak dan kekok.

  • Pergerakan yang rawak dan tidak terkawal.

  • Berjalan secara menjengket.

  • Masalah-masalah lain seperti masalah untuk menelan, masalah bercakap, masalah untuk melihat dan masalah pembelajaran.

Keparahan simptom ini boleh berubah-ubah mengikut keadaan seseorang pesakit. Sesetengah pesakit mungkin mengalami masalah yang minimum, sementara yang lainnya mungkin akan menjadi kurang upaya.

 

PUNCA CEREBRAL PALSY:

Cerebral palsy boleh berlaku sekiranya otak bayi tidak terjadi secara normal ketika di dalam kandungan, atau otak bayi tercedera semasa atau selepas lahir.

Punca-punca cerebral palsy termasuk:

  • Pendarahan di dalam otak bayi atau kekurangan darah atau oksigen yang salur kepada otak

  • Jangkitan kuman yang terjadi kepada ibu semasa bayi dalam kandungan

  • Bayi lemas semasa lahir

  • Meningitis (jangkitan pada otak)

  • Kecederaan otak yang teruk

Tetapi dalam kebanyakan keadaan, punca sebenar kepada masalah cerebral palsy tidak dapat dikenalpasti.

INGIN DAPATKAN RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK PESAKIT CEREBRAL PALSY?? TEMPAH SLOT ANDA SEKARANG DENGAN MENGISI BORANG TEMPAHAN

RAWATAN:

Buat masa ini, tiada penyembuh yang ditemui untuk masalah cerebral palsy, namun begitu terdapat rawatan yang sesuai untuk membantu pesakit untuk menjalani kehidupan yang paling optimum dan tidak bergantung pada orang lain.

Rawatan termasuk:

  • Fisioterapi- teknik-teknik seperti senaman dan regangan untuk membantu mengekalkan kemampuan fizikal dan menambahbaik masalah pergerakan.

  • ‘Speech therapy’ untuk membantu pesakit yang mengalami masalah untuk bercakap dan komunikasi serta masalah menelan.

  • Terapi cara kerja – terapis akan mengenalpasti masalah-masalah yang anda dan anak anda hadapi ketika menjalani kehidupan seharian dan mengubah cara terbaik untuk memudahkan aktiviti harian anda.

  • Ubat-ubatan untuk mengurangkan otot yang keras dan maslaah-masalah lain.

  • Dalam sesetengah keadaan, pembedahan diperlukan untuk merawat masalah pergerakan atau masalah tumbesaran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *