Punca Sakit Leher

CERVICAL SPONDYLOSIS

  • Cervical spondylosis adalah keadaan yang sering berkait dengan usia yang boleh menyebabkan kekakuan, ketidakselesaan, sakit kepala yang berpunca daripada rasa sakit pada leher.

  • Cervical spondylosis sering memberi kesan pada sendi dan cakera tulang leher anda. Ia juga dikenali sebagai cervical osteoarthritis.

  • Ia terjadi disebabkan oleh tulang rawan dan tulang anda menjadi haus dengan peningkatan usia.

  • Berdasarkan Mayo Clinic, lebih kurang 85% individu yang berusia 60 tahun keatas mengalami masalah ini, walaupun sebahagian daripada mereka yang mengalami cervical spondylosis tidak pernah merasai symptom-simptomnya.

  • Cervical spondylosis boleh menjadi kronik, sakit yang teruk dan kekakuan leher. Walaubagaimanapun, mereka yang menghidapinya masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.

  • Risiko utama cervical spondylosis adalah penuaan. Cervical spondylosis sering terjadi disebabkan perubahan yang berlaku pada sendi leher anda seiring dengan peningkatan usia.

  • Hernia cakera tulang rawan, dehidrasi dan pertumbuhan tulang lebih (bone spurs) adalah hasil daripada penuaan.

PENYEBAB CERVICAL SPONDYLOSIS

Tulang dan tulang rawan pada leher anda cenderung menjadi haus menyebabkan berlakunya cervical spondylosis. Keadaan yang boleh menyebabkan ia terjadi termasuklah:

Tulang berlebihan (bone spurs)

Tulang berlebihan yang tumbuh pada tulang leher terhasil apabila tubuh anda cuba menghasilkan tulang berlebihan bagi menguatkan tulang leher anda. Bagaimanapun, tulang berlebihan ini memberi tekanan pada kawasan yang sensitif seperti saraf tunjang dan saraf-saraf lain dan menyebabkan anda merasa sakit.

Cakera (tulang rawan) tulang leher menjadi kering atau haus

Tulang leher anda mempuyai tulang rawan yang berbentuk cakera (disc) diantaranya, ianya berfungsi menyerap hentakan (shock) daripada aktiviti mengangkat, memusingkan kepala dan sebagainya. Tulang rawan ini mengandungi bahan seperti gel yang boleh menjadi kering dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan tulang anda bergeser antara satu sama lain dan menyebabkan anda merasa sakit. Berdasarkan Mayo Clinic, proses ini boleh bermula pada usia 40 tahun.

Hernia tulang rawan (cakera)

Cakera (discs) tulang rawan anda boleh menjadi retak menyebabkan kandungan didalamnya terkeluar. Isi kandungan cakera (disc) tulang rawan ini boleh memberi tekanan pada saraf tunjang dan saraf-saraf, menghasilkan simptom seperti kebas-kebas dan sakit yang menjalar sampai ke lengan atau jari anda.

Kecederaan lama

Jika anda pernah mengalami kecederaan pada leher, seperti jatuh atau kemalangan jalan raya, ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

Kekakuan ligamen

Ligamen adalah tisu penghubung yang menghubungkan tulang leher anda antara satu sama lain. Ia boleh menjadi bertambah kaku dari masa ke semasa, di mana ia boleh memberi kesan pada pergerakan leher anda dan menyebabkan leher anda merasa ketat.

Penggunaan berlebihan

Sesetengah pekerjaan atau hobi melibatkan pergerakan berulang atau mengangkat objek berat seperti pekerja binaan. Ini akan memberi tekanan yang lebih kepada tulang leher anda menyebabkan ia menjadi haus dengan lebih cepat.

SIMPTOM-SIMPTOM CERVICAL SPONDYLOSIS

Antara symptom-simptom yang sering terjadi adalah sakit di sekitar tulang belikat anda, rasa sakit sekitar lengan dan jari-jari anda. Rasa sakit mungkin meningkat jika anda:

  • berdiri

  • duduk

  • bersin

  • batuk

  • mendongakkan kepala

  • rasa lemah (kelemahan otot menyebabkan anda sukar mengangkat tangan anda atau menggenggam objek dengan kemas).

  • Leher anda bertambah kaku

  • Sakit kepala yang berpunca daripada belakang kepala

  • Merasa kebas atau semut-semut yang memberi kesan pada bahu dan lengan anda.

RAWATAN UNTUK CERVICAL SPONDYLOSIS

Fokus utama rawatan cervical spondylosis adalah untuk memberi kelegaan, mengurangkan risiko kerosakan kekal dan membantu menjalani kehidupan yang normal. Rawatan konservatif selalunya lebih efektif.

Terapi fizikal

Terapi fizikal akan membantu anda melembutkan semula otot-otot leher yang tegang dan melakukan regangan pada otot leher dan bahu. Anda juga mungkin memerlukan rawatan traction pada leher anda, bagi membuka ruang antara sendi dan tulang leher anda dan melegakan tekanan yang terdapat pada cakera tulang rawan dan saraf.

Ubat-ubatan

Doktor anda mungkin akan memberi ubat bagi melegakan kesakitan dan ketegangan yang terdapat pada leher anda.

Pembedahan

Jika keadaan anda bertambah teruk dan tidak memberi kesan positif terhadap rawatan konservatif, anda mungkin memerlukan pembedahan. Pembedahan jarang sekali diperlukan bagi penghidap cervical spondylosis.

Rawatan di rumah

Jika keadaan cervical spondylosis anda adalah ringan, anda boleh mencuba beberapa perkara ini di rumah:

  • Gunakan pad haba atau sejuk pada bahagian leher anda bagi memberi kelegaan pada otot-otot leher anda yang sakit.

  • Melakukan senaman dengan kerap dapat membantu anda dalam proses penyembuhan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *