DEGENERASI DISC TULANG BELAKANG

  • Degenerasi tulang rawan ialah perubahan normal pada rawan tulang belakang (vertebral disc) seiring dengan peningkatan usia.

  • Semakin berusia, disc tulang belakang akan mengalami penuaan yang menyebabkan penyakit degenerasi tulang rawan terjadi.

  • Disc tulang belakang adalah lembut, boleh dimampatkan dan ia memisahkan segmen-segmen tulang belakang kita.

  • Disc tulang belakang bertindak sebagai penyerap hentakan dan membenarkan pergerakan badan ke depan, belakang dan memusingkan badan ke kiri dan kanan.

  • Penyakit degenerasi disc tulang belakang sering berlaku pada bahagian bawah tulang belakang (lumbar) dan bahagian leher (cervical).

Perubahan ini menyebabkan bahagian belakang dan leher anda mengalami:

  • Osteoarthritis

  • Herniated disc/ slip disc

  • Spinal stenosis/ penyempitan pada tulang belakang

PUNCA PENYAKIT DEGENERASI DISC TULANG BELAKANG:

  • Kehilangan kelembapannya mengurangkan keupayaan disc tulang belakang untuk menyerap hentakan dan mengurangkan fleksibilitinya.

  • Koyakan kecil atau retak pada lapisan luar disc tulang belakang akan menybabkan kandungan disc terkeluar daripada kapsulnya dan disc akan menonjol (bulge), pecah (rupture) atau pecah kepada beberapa serpihan (sequestration).

  • Individu yang melakukan kerja berat.

  • Proses degenerasi disebabkan kecederaan akut (acute) seperti jatuh dan slip disc.

  • Ruang antara segmen-segmen tulang belakang semakin sempit menyebabkan semakin berkurang penyerapan dan tulang belakang menjadi kurang seimbang.

  • Penumbuhan serpihan tulang baru (bone spurs) atau osteophytes yang memberi tekanan kepada saraf tunjang menyebabkan rasa sakit dan mengganggu fungsi saraf.

SIMPTOM-SIMPTOM DEGENERASI DISC TULANG BELAKANG:

  • Rasa sakit pada belakang atau leher.

  • Rasa sakit yang membatasi aktiviti harian.

  • Rasa sakit pada leher atau lengan

  • Rasa sakit di bahagian belakang, pinggul atau kaki.

  • Rasa sakit sering bertambah buruk dengan pergerakan.

  • Rasa sakit bermula selepas kemalangan jalan raya atau jatuh dari tempat yang sederhana tinggi

  • Rasa sakit ketika melakukan pergerakan biasa seperti membongkok semasa mengangkat barang.

  • Rasa sakit bermula secara berperingkat tanpa sebab dan bertambah buruk.

  • Merasa kebas atau mencucuk pada bahagian kaki dan tangan.

RAWATAN DEGENERASI DISC TULANG BELAKANG:

  • Menggunakan ais atau tuam (panas) pada tempat yang terlibat.

  • Ubat tahan sakit (NSAIDs) seperti ibuprofen atau naproxen.

  • Rawatan manual fisioterapi dan senaman untuk menguatkan dan meregangkan otot belakang anda.

  • Pembedahan:

    • Pembedahan pembuangan tulang rawan/ disc tulang belakang yang rosak.

    • Pembedahan menggabungkan segmen tulang belakang selamanya untuk melindungi saraf tunjang daripada kecederaan.

    • Pembedahan menggantikan tulang rawan yang dibuang dengan tulang rawan tiruan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *