facet joint syndrome

SINDROM SENDI FACET (FACET JOINT SYNDROME)

SINDROM SENDI FACET (FACET JOINT SYNDROME)

  • Sindrom sendi facet adalah keadaan di mana anda merasa sakit pada bahagian tengkuk atau tulang belakang anda akibat daripada penuaan yang berlaku di antara dua tulang vertebra (tulang belakang).
  • Ia juga dikenali sebagai osteoarthritis (OA).
  • Sendi facet berfungsi membenarkan tulang belakang anda bergerak dengan fleksibel dan memudahkan pergerakan membongkok dan berpusing.
  • Sendi facet juga menjadi laluan saraf-saraf yang berasal daripada saraf tunjang (spinal cord).
  • Sendi facet yang sihat mempunyai tulang rawan yang membenarkan tulang belakang anda bergerak dengan lancar tanpa ada geseran.
  • Setiap sendi mempunyai cecair yang melancarkan pergerakan dan melindungi tulang rawan daripada menjadi haus.
  • Apabila sendi facet mengalami keradangan dan sakit disebabkan OA, ia dipanggil sebagai sindrom sendi facet.
facet joint syndrome

Penyebab/ Punca

  • Sindrom sendi facet boleh berlaku disebabkan oleh penuaan, tekanan yang berlebihan pada sendi facet dan trauma.
  • Tekanan yang berlebihan mungkin berlaku disebabkan degenerasi tulang rawan di antara tulang belakang anda.
  • Oleh itu, tulang rawan anda mula menjadi haus dan menipis.
  • Ini akan menyebabkan ruang di antara tulang belakang anda menjadi sempit.
  • Ruang yang sempit ini akan memberi kesan kepada sendi facet anda.
  • Apabila ia berlaku, ia akan memberi tekanan kepada permukaan sendi facet dan tekanan yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan padanya.
  • Apabila arthritis sendi facet bertambah teruk, tulang rawan dan cecair di dalam sendi facet ini juga akan mula rosak, tulang akan mula bergeser dan tulang lebihan (bone spur) akan mula membentuk di sekitar sendi facet.
  • Apabila tulang lebihan terbentuk, ia akan mengganggu laluan saraf tadi dan akan menghimpit saraf-saraf tersebut.
  • Tulang lebihan ini juga boleh membesar dan mengganggu salur saraf tunjang.
  • Keadaan ini akan mengecilkan salur saraf tunjang, ia dipanggil sebagai spinal stenosis.
rawatan sakit belakang shah alam

Simptom-simptom

  • Pesakit sindrom sendi facet akan mengalami kesukaran memusing dan membengkokkan badan.
  • Jika masalah sendi facet anda melibatkan tulang cervical (tulang leher), anda mungkin mengalami kesukaran untuk menoleh ke kiri atau kanan dan anda mungkin perlu memusingkan badan untuk menoleh.
  • Manakala masalah sendi facet pada tulang lumbar (tulang belakang) ia mungkin akan menyebabkan anda mengalami kesukaran meluruskan belakang anda atau bangun dari kerusi
  • Pesakit sindrom sendi facet juga akan mengalami sakit, kebas-kebas dan lemah otot bergantung pada saraf yang terlibat.
  • Jika saraf yang terlibat di bahagian tulang cervical (leher) anda mungkin akan mengalami simptom-simptom tersebut di leher, bahu, lengan dan tangan.
  • Jika saraf yang terlibat berlaku di bahagian tulang lumbar (tulang belakang) anda mungkin akan mengalami simptom tersebut di punggung, kaki dan tapak kaki.
rawatan sakit belakang shah alam

PILIHAN RAWATAN

Rawatan konservatif

  • Selepas diagnosis sindrom sendi facet disahkan, doktor akan mencadangkan anda mendapatkan rawatan daripada ahli fisioterapi bagi merawat simptom-simptom tersebut.
  • Program rehabilitasi akan membantu meredakan kesakitan dan keradangan, meningkatkan mobiliti sendi dan kekuatan otot, dan membantu anda menjalani aktiviti harian dengan lebih mudah.
  • Ahli fisioterapi juga akan menggunakan ais bagi mengurangkan peredaran darah di kawasan yang terlibat dan mengurangkan keradangan.
  • Ultrasound dan stimulasi electrik (electrostimulation) mungkin juga digunakan bagi merawat kekejangan otot.
  • Urutan tisu lembut (STM), mobilisasi sendi dan senaman regangan (stretching) serta senaman kekuatan otot juga dapat membantu.
  • Program rehabilitasi ini dapat membantu anda mendapatkan kembali mobiliti, fleksibiliti dan kekuatan sendi.
rawatan sakit leher shah alam

Suntikan spinal

  • Suntikan cortisone ke dalam sendi facet dapat membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan.
  • Suntikan ini akan memberi kelegaan sementara (beberapa minggu atau bulan).

Rawatan pembedahan

  • Pembedahan mungkin akan menjadi pilihan terakhir selepas semua rawatan konservatif gagal.
  • Pembedahan melibatkan sendi facet selalunya terdiri daripada pembedahan untuk mencantumkan dua sendi facet bersama (arthrodesis).
rawatan sakit belakang shah alam

ANDA MENGALAMI MASALAH SPONDYLOLISTHESIS? BACA TENTANG SPONDYLOLISTHESIS DI SINI. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *