fisioterapi kota damansara

Fisioterapi Kota Damansara: Pilihan Rawatan Fisioterapi Terbaru

Sedang mencari pusat fisioterapi di sekitar Kota Damansara? Kini, Physiomobile telah membuka cawangan terbaru pusat fisioterapi Kota Damansara.

Terdapat banyak klinik dan pusat fisioterapi yang menawarkan rawatan di sekitar Selangor. Atas permintaan ramai, Physiomobile kini mempunyai cawangan terbaru fisioterapi Kota Damansara.

Dengan usaha untuk menjadi pusat rawatan fisioterapi terbaik di Malaysia, Physiomobile sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti rawatan dan perkhidmatan.

Pusat fisioterapi berhampiran boleh membantu pesakit mendapatkan rawatan.

Terdapat beberapa sebab kenapa anda perlu memilih Physiomobile, pusat fisioterapi Kota Damansara.

Waktu Rawatan yang Fleksibel

Physiomobile dibuka pada setiap hari, kecuali hari Jumaat, dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Anda boleh pilih masa rawatan mengikut keselesaan dan jadual harian anda.

Anda hanya datang ke klinik mengikut appointment yang telah dibuat. Anda juga boleh mendapatkan rawatan selepas waktu bekerja, jadi tidak perlu terkejar-kejar ke klinik.

Dua Pilihan Rawatan

fisioterapi kota damansara

Anda mempunyai dua pilihan samada mendapatkan rawatan di klinik atau di rumah anda. Jika anda menghadapi masalah untuk ke fisioterapi Kota Damansara, ahli terapi Physiomobile akan datang ke rumah anda.

Ini memudahkan anda mendapat rawatan seperti sakit belakang tanpa perlu menunggu lama di hospital.

Rawatan Menggunakan Kaedah Manual Technique Physiotherapy

fisioterapi kota damansara

Physiomobile menawarkan rawatan menggunakan kaedah manual technique physiotherapy.

Ia merupakan rawatan khas yang menggunakan teknik ‘hands-on’ ke atas pesakit. Ianya berbeza dengan terapi yang menggunakan alatan atau mesin.

Rawatan ini membantu mengembalikan had upaya pergerakan pesakit, meregangkan otot dan juga membaikpulih keadaan otot seperti sedia kala.

Ahli Terapi yang Terlatih dan Berkelulusan

https://scontent.fkul8-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/75210727_470193460273693_4044671879187791872_n.jpg?_nc_cat=109&_nc_ohc=NCqbc5BD_UgAX-l9_D0&_nc_ht=scontent.fkul8-1.fna&oh=4796a7ab51036ba9ef1f2d06cbfa45c1&oe=5E8DA594

Di Malaysia, hanya ahli terapi yang berkelulusan sahaja layak untuk memberikan rawatan fisioterapi.

Di Physiomobile, semua ahli fisioterapi kami mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi.

Rawatan 1-to-1

Seorang ahli terapi untuk seorang pesakit. Setiap kali rawatan, setiap satu pesakit akan dirawat oleh seorang ahli terapi.

Nisbah pesakit dan ahli terapi kekal 1-to-1 bagi memastikan rawatan yang diberi adalah berkualiti tinggi. Ia juga agar fokus utama dapat diberikan kepada pesakit sepanjang rawatan dijalankan.

Pesakit Wanita Hanya Dirawat oleh Ahli Terapi Wanita

physiomobile

Di pusat fisioterapi Kota Damansara Physiomobile, privasi pesakit sentiasa menjadi keutamaan. Pesakit wanita hanya akan dirawat oleh ahli fisioterapi wanita sahaja.

Begitu juga pesakit lelaki hanya dirawat oleh ahli fisioterapi lelaki. Ia bagi memastikan anda selesa sepanjang sesi rawatan berjalan.

Lokasi Fisioterapi Kota Damansara Yang Strategik

fisioterapi kota damansara

Lokasi pusat fisioterapi yang strategik dan mudah dicari oleh semua orang. Jika anda memerlukan bantuan GPS, anda hanya perlu search ‘Physiomobile Kota Damansara’.

Selain itu, klinik ini juga mempunyai pelbagai fasiliti yang lengkap dan selesa. Bilik rawatan yang selesa juga disediakan bagi memastikan keselesaan anda.

Servis Fisioterapi Korporat

physiomobile

Physiomobile juga menyediakan servis fisioterapi korporat. Ahli fisioterapi dari Physiomobile akan memberikan ceramah kesedaran tentang masalah ‘musculoskeletal’ yang sering berlaku disebabkan oleh rutin kerja.

Selain itu, rawatan terus ke tempat kerja juga ditawarkan. Ia bagi memastikan produktiviti kerja sentiasa baik dan meningkat.

Fisioterapi Kota Damansara oleh Physiomobile

Physiomobile Malaysia merupakan pusat fisioterapi yang menyediakan rawatan terapi fizikal berkualiti tinggi.

Selain di Kota Damansara, Physiomobile juga mempunyai cawangan berhampiran dengan anda:

Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Shah Alam, Selangor

Bangi, Selangor

Kuala Selangor, Selangor

Johor Bahru, Johor

Related Post

Kecederaan Sukan

Punca Sakit Tumit Kaki (Jangan Biar Melarat)

Sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas. Namun, ada faktor lain yang akan menyebabkan anda sakit tumit kaki.

Kecederaan Sukan

Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Slip Disc?

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah slip disc boleh menyebabkan lumpuh. Bagi anda yang tertanya-tanya tentang

rawatan kanak-kanak
Umum

Rawatan Kanak-Kanak Yang Lewat Perkembangan

Pernahkah anda lihat kanak-kanak yang merangkak masih belum dapat berjalan? Mungkin dia perlu dapatkan rawatan kanak-kanak dengan segera. Setiap kanak-kanak diciptakan berbeza. Tetapi anda tertanya-tanya, mengapa terlalu lama masa diambil

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top