fisioterapi

Fisioterapi Rawatan Terbaik Untuk Merawat Kecederaan Tubuh Badan

Apakah itu rawatan fisioterapi?          

Pernahkah anda mendengar mengenai rawatan fisioterapi? Ramai yang memandang ringan mengenai keberkesanan fisioterapi fizikal dalam merawat kesakitan dan kecederaan.

Fisioterapi fizikal merupakan satu rawatan menyeluruh bagi penjagaan kesihatan untuk membantu mengembalikan fungsi fizikal pesakit.

Tujuan utama adalah untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit melalui pemeriksaan, diagnosis dan intervensi fizikal.

Rawatan fisioterapi berfungsi untuk mencegah, mengenalpasti, membetulkan dan melegakan masalah pergerakan akut atau berpanjangan.

Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan keupayaan fungsi diri seseorang yang kurang upaya atau mempunyai masalah pergerakan.

Objektif fisioterapi

Menurut MyHealth, fisioterapi mempunyai beberapa objektif:

  1. Membantu dalam perawatan dan penjagaan pesakit yang terlantar di rumah bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit
  2. Memberi panduan kepada pesakit dan keluarga bagi meningkatkan penjagaan kendiri
  3. Membantu pesakit meneruskan rawatan dan penjagaan di rumah sebagai kesinambungan rawatan selepas discaj dari hospital
  4. Untuk menggalakkan penyertaan keluarga dalam mengendalikan pesakit terlantar bagi mengurangkan kemasukan semula ke hospital

Keadaan yang memerlukan rawatan

Beberapa keadaan pesakit yang boleh dirawat dengan kaedah ini. Antaranya:

  1. Masalah sistem saraf

Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem saraf seperti strok, multiple sclerosis.

Parkinson boleh mengganggu fungsi tubuh anda. sebagai contoh, susah bertutur, pergerakan terhad dan keupayaan tangan makin berkurang.

2. Gangguan pada otot tubuh

Otot tubuh sering terdedah pada kecederaan kesan dari aktiviti harian.

Dengan fisioterapi mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan keupayaan badan. Pemulihan selepas pembedahan juga memerlukan rawatan fisioterapi.

3. Penyakit kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular mengganggu jantung dan pembuluh darah, yang akhirnya menyebabkan berlakunya sakit jantung.

Pesakit yang mengalami serangan jantung boleh dibantu melalui terapi fizikal ini.

4. Gangguan pernafasan

Penyakit yang berkaitan dengan gangguan pernafasan seperti asthma, penyakit paru-paru dan cystic fibrosis.

Rawatan iberikan untuk membantu pesakit bernafas dengan lebih mudah.

5. Masalah ortopedik

Membantu pesakit mencegah atau menguruskan keadaan ortopedik akut atau kronik seperti osteoarthritis, arthritis dan amputasi.

6. Pediatrik (bayi dan kanak-kanak)

fisioterapi kanak-kanak

Fisioterapi fizikal dapat membantu perkembangan kanak-kanak seperti menangani kelewatan duduk dan berjalan, kelenturan atau hiperaktif.

Ia juga bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini seperti kepala misshapen.

7. Merawat orang tua

terapi golongan emas
Elderly patients in rehabilitation center. Physiotherapy concept

Terapi fizikal boleh menggalakkan kesihatan yang sihat dan aktif di kalangan warga emas.

Ia boleh menguruskan dan mencegah risiko seperti osteoporosis, hilang kawalan pundi kencing dan kejatuhan.

8. Kesihatan pekerjaan

Bertujuan untuk menghalang dan menguruskan kecederaan dan penyakit. Fisioterapi juga boleh memberi sokongan kepada pekerja yang cedera atau sakit untuk kembli bekerja.

9. Sukan

Menghalang dan merawat kecederaan yang disebabkan oleh aktiviti sukan.

10. Sakit

Fisioterapi boleh mengurus atau menghalang kesakitan dan kesannya terhadap aktiviti harian pesakit.

Ia boleh menguruskan kesakitan pada peringkat awal atau kronik dengan mengenalpasti faktor risiko yang boleh menyebabkan kesakitan kronik.

Bentuk rawatan fisioterapi

Female physiotherapy helping young male amputee to walk. Patient wearing prosthesis using rehabilitation equipment. Man learning to walk again. Rehabilitation, recovery, determination, physiotherapy.

Terdapat pelbagai bentuk rawatan fisioterapi, seperti:

  • Senaman lembut
  • Teknik urut tisu lembut
  • Fisioterapi pembalutan
  • Terapi magnet
  • Teknik manual
  • Teknik menggerakkan sendi
  • Teknik manipulasi sendi
  • Elektroterapi
  • Occupational therapy

Siapakah yang boleh memberikan rawatan ini?

Bukan calang-calang orang boleh memberikan rawatan. Rawatan hanya boleh diberikan oleh ahli fisioterapi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja.

Di PhysioMobile, pesakit akan dirawat oleh ahli fisioterapi yang berkemahiran tinggi, berkelulusan serta berpengalaman dalam bidang ini.

PhysioMobile Malaysia juga menyediakan rawatan ke rumah bagi memudahkan pesakit.

Dengan menggunakan teknik manual, PhysioMobile juga menyediakan rawatan komprehensif dan intensif untuk pelbagai jenis keadaan dan kecederaan.

Jika anda memerlukan bantuan dan rawatan fisioterapi, PhysioMobile adalah pilihan terbaik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *