Heel spur

“HEEL SPUR”

“HEEL SPURS”

ANDA SERING MENGALAMI SAKIT DI BAHAGIAN TUMIT?

TAMBAH LAGI BILA TERLALU BANYAK BERJALAN ATAU BERDIRI?

RASA SEPERTI MENCUCUK DI BAHAGIAN TUMIT?

SAKIT HINGGA KE BETIS DAN TAPAK KAKI?

ANDA MUNGKIN MENGALAMI SUATU MASALAH YANG DIPANGGIL SEBAGAI ‘HEEL SPUR’.

APA ITU ‘HEEL SPUR’?

“Heel spur” adalah pemendapan kalsium yang menyebabkan benjolan tulang dapat dirasai dari bahagian bawah tulang tumit kaki. Berdasarkan imbasan sinar X, benjolan tulang tersebut boleh mencecah saiz setengah inci. Sekiranya benjolan tulang tidak kelihatan ketika imbasan sinar X dilakukan, keadaan ini dipangggil sebagai sindrom “heel spurs”.

“Heel spurs” boleh mendatangkan kesakitan pada tumit kaki. Heel spurs lazimnya dikaitkan dengan penyakit plantar fasciitis iaitu penyakit yang disebabkan oleh keradangan pada tisu konektif di sekitar kawasan tapak kaki. Antara rawatan bagi menangani heel spurs adalah melalui rawatan fisioterapi, senaman, pemakaian orthotics, ubat anti keradangan dan suntikan kortison. Sekiranya rawatan konservatif gagal, pesakit mungkin perlu menjalani pembedahan.

 

APAKAH PUNCA KEPADA MASALAH INI?

“Heel spurs” berlaku disebabkan oleh pemendapan kalsium pada bahagian bawah tulang tumit. Proses pemendapan tersebut kebiasaannya mengambil masa beberapa bulan lamanya. “Heel spurs” juga berpunca daripada tekanan berlebihan pada otot dan ligamen tapak kaki dan koyakan berulang yang berlaku di bahagian lapisan tisu yang membalut tulang tumit. “Heel spurs” kerap dihadapi oleh para atlet yang terlibat dengan banyak aktiviti berlari dan melompat.

Mencari rawatan untuk masalah sakit tumit? Kami tawarkan rawatan terbaik untuk anda. Hubungi customer careline untuk maklumat lanjut: 018-9889642 / 03-55693549

FAKTOR RISIKO YANG BOLEH MENYUMBANG KEPADA MASALAH INI

  • Ketidaknormalan dalam cara berjalan, yang mana memberikan tekanan berlebihan pada tapak kaki.

  • Berlari atau berjoging, lebih-lebih lagi dipermukaan yang keras

  • Keadaan kasut yang tidak sesuai dan haus, boleh mengurangkan sokong pada lengkungan tapak kaki

  • Berat badan berlebihan dan obesiti

  • Peningkatan umur

  • Diabetes

APAKAH TANDA ATAU SIMPTOM YANG MENUNJUKKAN KITA MENGALAMI MASALAH ‘HEEL SPUR’?

“Heel spurs” kebiasaannya tidak mempunyai simptom namun pesakit “heel spurs” kerap dikaitkn dengan kesakitan ketika berjalan, berjoging atau berlari akibat kesan keradangan di kawasan benjolan tulang tersebut. Kebanyakan pesakit “heel spurs” dan “plantar fasciitis” menyamakan kesakitan yang mereka hadapi seperti sakit yang mencucuk lebih-lebih lagi ketika mereka mula-mula berdiri pada waktu pagi. Mereka turut merasai kesakitan yang sama apabila mereka cuba untuk berdiri setelah duduk untuk tempoh yang lama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *