Physiomobile HERNIA CAKERA TULANG BELAKANG (HERNIATED DISC)

HERNIA CAKERA TULANG BELAKANG (HERNIATED DISC)

  • Hernia cakera tulang belakang (herniated disc) atau hernia nukleus palposus (herniation of nucleus palposus) atau singkatannya HNP ialah keadaan di mana cakera tulang belakang tergelincir dari tempatnya atau ia pecah yang menyebabkan kandungannya terkeluar.

  • Masalah ini sering terjadi di bahagian bawah tulang belakang terutamanya L4-L5 dan L5-S1 (L= lumbar, S = sacral).

  • Hal ini kerana tulang lumbar menanggung hampir keseluruhan berat badan.

  • Mereka yang berumur 30-50 tahun adalah golongan yang sering terdedah dengan masalah ini disebabkan oleh cakera tulang belakang telah hilang keanjalan dan kelembapannya seiring dengan peningkatan usia.

SIMPTOM-SIMPTOM HERNIA CAKERA TULANG BELAKANG (HERNIATED DISC)

  • Masalah hernia cakera tulang belakang atau slip disc boleh terjadi dengan pelbagai cara sama ada ia berlaku secara perlahan-lahan atau secara tiba-tiba.

  • Terdapat empat peringkat hernia cakera tulang belakang iaitu:

    • Benjolan cakera tulang belakang (disc protrusion)

    • Cakera tulang belakang tergelincir (prolapsed disc)

    • ‘Disc extrusion’

    • ‘Disc sequestration’

  • Rasa sakit

  • Mungkin melibatkan gangguan fungsi saraf (radiculopathy).

  • Melibatkan perubahan deria rasa (kebas, mencucuk-cucuk)

  • Perubahan pada fungsi otot (lemah, otot hilang reflek).

  • Hal ini disebabkan saraf yang terhimpit atau terkepit oleh tekanan daripada tulang rawan yang tergelincir daripada tempat asalnya.

    Bahagian badan yang terkesan bergantung pada peringkat vertebra/ tulang belakang yang terlibat:

  • Cervical – rasa sakit pada leher, bahu dan lengan.

  • Thoracic – rasa sakit menjalar sehingga ke dada.

  • Lumbar – rasa sakit menjalar ke pinggul, paha, dan kaki

  • Sindrom Cauda Equina juga boleh terjadi

    • Rasa sakit pada bahagian kaki (bilateral leg pain)

    • hilang deria rasa pada bahagian dubur (anus)

    • lumpuh pundi kencing

    • anal sphincter atau otot dubur menjadi lemah

RAWATAN UNTUK HERNIA CAKERA TULANG BELAKANG

KONSERVATIF

  • Mengubah posisi tidur/rehat yang betul (alternate bed rest)

  • Mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan keradangan dan sakit seperti NSAIDs.

  • Fisioterapi:

    • Senaman

    • Teknik manual fisioterapi

    • Terapi haba

    • Peralatan yang direka khas untuk memberi sokongan pada tulang belakang – korset/ lumbar support

PEMBEDAHAN

  • Pembedahan akan dilakukan apabila tiada perubahan walaupun selepas mendapatkan rawatan konservatif.

    • Discectomy ialah pembedahan untuk membuang sebahagian cakera tulang belakang yang terlibat.

    • Microdiscectomy ialah penggunaan mikroskop untuk memberi penglihatan yang jelas pada bahagian pembedahan ketika proses pembuangan cakera tulang belakang.

PROSES PENYEMBUHAN HERNIA CAKERA TULANG BELAKANG

Proses penyembuhan hernia cakera tulang belakang akan menjadi lebih cepat apabila pesakit:

  • Mengikut arahan dan nasihat doktor atau ahli fisioterapi anda.

  • Mengekalkan berat badan yang ideal atau hampir dengan berat badan ideal.

  • Konsisten melakukan senaman atau program rehabilitasi yang direka oleh ahli fisioterapi anda di rumah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *