rawatan gout

INFO DAN CARA MENGATASI MASALAH GOUT

DEFINISI

Gout adalah sejenis penyakit yang melibatkan metabolism, disebabkan asid urik berlebihan di dalam badan. Gout terjadi apabila asid urik berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi (selalunya sendi jari) dan kebanyakan kes, ia menjejaskan satu sendi (monoartritis). Penghidap gout akan mengalami sakit yang tiba-tiba, bengkak dan kemerahan.

CIRI-CIRI KLINIKAL

Empat peringkat gout:

  1. Asimptomatik
  2. Akut (Acute gouty arthritis)
  3. Interkritikal gout (Intercritical gout)
  4. Kronik (Chronic tophaceous gout)
rawatan gout shah alam

Peringkat asimptomatik merupakan peringkat serangan pertama gout, berlaku apabila tahap asid urik meningkat tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom.

Peringkat akut gout artritis merupakan peringkat yang paling biasa berlaku dan lebih kurang 90% dijumpai berlaku pada sendi ibu jari kaki.  

    • Simptomnya selalunya bermula dengan tiba-tiba, sakit yang melampau dan terjadi pada waktu malam.
    • Kemerahan, sakit apabila disentuh dan bengkak di sekitar sendi berlaku dalam beberapa jam pada permulaan sakit.
    • Hipersensitif, sejuk, jantung berdegup laju (tachycardia), merasa tidak selesa (malaise) dan demam mungkin berlaku.
    • Kulit mungkin menjadi kemerahan atau kebiruan, berkilat, tegang dan panas.
    • Gout juga boleh menyerang sendi lain seperti pergelangan tangan, siku, lutut, buku lali, tulang belakang, sendi bahu, sendi paha dan pinggul.
    • Serangan awal gout boleh berlaku selama beberapa hari ke 2 minggu, jika dibiarkan tanpa rawatan. Serangan gout boleh berulang dalam tempoh beberapa bulan atau tahun.  
    • Selalunya serangan gout yang berikutnya akan lebih sakit dan menyerang sendi lain.
    • Pesakit mungkin mengalami beberapa serangan dalam setahun.

Peringkat interkritikal berlaku selepas pulih daripada setiap episod serangan gout.

  • Fasa ini adalah asimptomatik dan mungkin bertahan selama beberapa bulan hingga beberapa tahun. Walaupun ia berada dalam fasa asimptomatik, tahap asid urik selalunya masih meningkat dan Kristal urate masih terbentuk.
  • Apabila serangan gout berterusan, tophi akan terbentuk di dalam sendi, tendon, bursa, tulang rawan.
  • Tophi adalah ketulan keras asid urik yang terkumpul sebagai contoh di dalam sendi.
  • Pembentukan tophi boleh menyebabkan tindak balas keradangan akut (acute inflammatory response) di dalam tisu.
  • Apabila tophi membesar ia akan menyebabkan kecacatan dan berpotensi ia akan membonjol dan mengeluarkan bahan seperti kapur putih (kristal urik)
  • Tempat yang selalu terjadi pembesaran tophi adalah lengan, lutut dan kaki.

Gout kronik mempunyai ciri-ciri seperti rasa sakit yang bertambah, kecacatan (disebabkan tophi), julat pergerakan berkurang dan kehilangan fungsi. Dengan rawatan yang ada sekarang, peringkat gout kronik adalah ganjil.

rawatan gout shah alam

UBAT-UBATAN

  • NSAIDS, Corticosteroids, atau COX-2 inhibitors: untuk mengurangkan rasa sakit dan keradangan ketika serangan gout akut.
  • Allopurinol: untuk memperlahankan kadar penghasilan asid urik dan menghalang serangan gout.
  • Cholchicine: digunakan sekali-sekala dalam peringkat akut.
  • Analgesik tambahan.
  • Probenecid and sulfinpyrazone mungkin digunakan bagi merendahkan tahap serum urik.
Ubat sakit gout

PUNCA/ PENYEBAB GOUT

Terdapat tiga jenis hiperurisemia (TINGGIKANDUNGAN ASID URIK DALAM BADAN) berdasarkan penyebabnya:

  1. Hiperurisemia utama (primary hyperuricemia) penyakit gout yang diwarisi.
  2. Hiperurisemia idiopatik ialah penyakit gout yang puncanya tidak diketahui.
  3. Hiperurisemia sekunder terhasil dariapada pelbagai sebab termasuklah:
  • Penyakit buah pinggang
  • leukemia, lymphomas, psoriasis
  • penyakit hematopoetik (seperti anemia)
  • agen kemoterapi
  • obesiti
  • Ubat-ubatan (diuretics, salicylates, levodopa, cyclosporine, low dose asprin, vitamin B12)
  • pengguna minuman keras tegar
  • hypertensi/ darah tinggi
  • masalah endokrin (hyperparathyroidism, hypoparathyroidism, hyperthyroidism, diabetes mellitus)
  • makanan tinggi purine (shellfish, organ meats, beans, spinach, etc.)
  • tekanan emosi

RAWATAN PERUBATAN

Tiga matlamat utama rawatan perubatan penyakit gout: 

  1. Menghentikan serangan akut gout
  2. Menghalang penyakit gout daripada berulang
  3. Membetulkan dan menghalang kerosakan kesan daripada hiperurisemia

Menghentikan serangan akut gout – NSAIDs adalah rawatan yang berkesan untuk peringkat akut. Suntikan intraarticular corticosteroid juga berkesan pada peringkat akut. Colchicine juga digunakan bagi mengurangkan rasa sakit dengan cepat selepas permulaan simptom. Analgesik tambahan juga disarankan.

Menghalang penyakit gout daripada berulang – penggunaan NSAIDs atau Cholcicine berdos rendah secara harian dapat menghalang ia berulang. 

Membetulkan dan menghalang kerosakan kesan daripada hiperurisemia – ubat uricosuric atau allopurinol boleh digunakan secara berasingan atau bersama. Terapi hipourisemik juga boleh digunakan untuk pesakit yang mengalami tophi dan mempunyai kadar serangan gout berulang tinggi. Mengurangkan pengambilan makanan tinggi purine dan juga karbohidrat. Minum air lebih daripada 3 liter sehari.

RAWATAN FISIOTERAPI VS PEMBEDAHAN..

YANG MANA LEBIH BAIK UNTUK MERAWAT OSTEOARTHRITIS LUTUT? KLIK SINI UNTUK PEMBACAAN PENUH

RAWATAN FIZIKAL TERAPI/ FISIOTERAPI

Terapi fizikal untuk pesakit gout melibatkan pergerakan sendi terjejas, fungsi motor, prestasi otot, dan pelbagai pergerakan yang berkaitan dengan keradangan setempat (localized inflammation).

Ahli fisioterapi perlu berwaspada dengan pesakit yang mempunyai sejarah penyakit gout, hiperurisemia dan/atau sendi septik. Mereka perlu merujuk doktor sebelum mendapatkan rawatan fizikal terapi.

Dalam peringkat akut, rawatan fizikal terapi perlu fokus kepada program mengurangkan sakit dan splinting, ortotik atau alat bantuan lain bagi melindungi sendi terlibat.

Dalam suatu kajian pada tahun 2002 di dalam Journal of Rheumatology, penggunaan cryotherapy/ rawatan ais berkesan bagi melegakan kesakitan akut gout.

Pada peringkat interkritikal, ahli fisioterapi boleh membantu mengekalkan julat pergerakan, kekuatan dan fungsi. Ahli fisioterapi boleh membentuk rutin senaman yang sesuai dan memastikan berat badan mereka dalam kawalan. 

Dalam satu eksperimen, elektro akupuntur dengan kombinasi cupping dan akupuntur darah menunjukan keputusan yang baik untuk rawatan gout. Rawatan ini berkesan kerana asid urik dalam darah berkurang dengan ketara selepas rawatan diberikan kepada pesakit.

Dalam suatu kajian lain penggunaan elektro akupuntur dengan kombinasi terapi local blocking pada pesakit akut gout artritis menunjukan peningkatan status kesihatan pesakit. Rawatan ini menunjukkan kesan positif dan mengurangkan tahap asid urik dalam darah.

rawatan gout
rawatan gout

INGIN MENDAPATKAN RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK MASALAH GOUT ANDA? HUBUNGI KAMI UNTUK MENEMPAH SLOT ANDA SEKARANG !!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *