“Jari saya tak boleh gerak doktor!”

Trigger Finger

Trigger finger adalah keadaan di mana anda merasa sakit, kaku atau ketat pada jari anda ketika membengkok atau meluruskan jari.

Keadaan ini juga dikenali sebagai “stenosing tenosynovitis” dan ia juga dikenali sebagai “trigger thumb” jika ia melibat ibu jari anda. 

trigger finger

Anatomi Jari

Setiap jari-jemari anda mempunyai tendon yang bersambung dengan otot-otot lengan dan membenarkan jari anda membengkok apabila otot-otot ini mengecut.

Setiap tendon ini akan melalui suatu lorong pada jari dan tapak tangan anda dan membenarkan ia bergerak dengan lancar ketika jari anda membengkok dan lurus. Lorong ini dikenali sebagai “tendon sheath.”

Anda yang mengalami masalah trigger finger, tendon sheath akan meradang atau menebal dan menyebabkan tendon pada jari anda sukar untuk bergerak ketika membengkok dan meluruskan jari. Lama-kelamaan tendon ini akan meradang dan membentuk nodul. Apabila anda membengkokkan jari nodul ini akan menyebabkan jari anda berbunyi ‘pop’ dan selalunya anda akan merasa sakit.

Dalam keaadaan yang teruk, jari anda mungkin akan keras dalam posisi membengkok dan anda perlu menggunakan tangan anda yang lain untuk meluruskannya kembali.

Penyebab Berlakunya Trigger Finger

Punca sebenar berlakunya trigger finger masih belum diketahui, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko terjadinya trigger finger.

  • Trigger finger biasa terjadi dikalangan mereka yang mempunyai masalah diabetes dan rheumatoid arthritis. 
  • Mereka yang banyak bekerja menggunakan jari juga berisiko mengalami masalah trigger finger.

Simptom-simptom trigger finger

  • Boleh terjadi tanpa berlakunya sebarang kecederaan.
  • Simptom-simptom trigger finger selepas satu jangka masa yang panjang pengunaan jari terutamanya bagi aktiviti memicit dan menggenggam

Simptom-simptom termasuklah:

  • Terdapat bonjolan yang sakit pada tapak tangan di kawasan sendi jari.
  • Rasa ketat atau bunyi “pop” ketika menggerakkan jari.
  • Rasa sakit ketika membengkokkan atau meluruskan jari.
  • Rasa ketat dan kaku pada jari bertambah teruk apabila tidak menggerakkan jari dalam jangka masa panjang seperti selepas bangun dari tidur.
  • Kadangkala jari yang terlibat terkunci dalam keadaan bengkok.

Senaman ringkas untuk trigger finger

Rawatan awal trigger finger selalunya adalah rawatan konservatif iaitu anda hanya perlu rehatkkan tangan yang terlibat, guna ‘splint’ pada waktu malam ketika tidur.

Ubat-ubatan seperti NSAIDs mungkin dapat mengurangkan rasa sakit dan keradangan.

Suntikan steroid (ada kesan sampingan) mungkin dapat melegakan simptom trigger finger ini untuk jangka masa beberapa hari dan mungkin minggu.

Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10-15 minit sehari bagi melakukan senaman ini.

Anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi bagi rawatan yang lebih berkesan.

  1. Senaman pergerakan jari
trigger finger

Dalam keadaan duduk, lakukan senaman pergerakan jari ini sebanyak 10 kali dan lakukan sebanyak 3 set.

2. Senaman regangan jari

Dalam keadaan duduk, regangkan jari anda seperti di dalam gambar.

Tahan posisi regangan ini selama 15 saat, ulangi senaman ini sebanyak 3-5 kali.

3. Finger spread

Dalam keadaan duduk, gunakan getah dan buka jari anda seperti di dalam gambar. Tahan posisi ini selama 10 saat, ulangi senaman ini sebanyak 10 kali dan lakukan sebanyak 3 set.

4. Senaman genggam menggunakan bola

Dalam keadaan duduk, gunakan bola lembut dan genggam bola tersebut selama 10 saat.

Ulangi senaman ini sebanyak 10 kali dan 3 set.

Selain daripada menggunakan bola anda juga boleh menggunakan tuala.

5. Senaman tendon 

Dalam keadaan duduk, lakukan senaman tendon ini sebanyak 10 kali dan 3 set.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *