kaki bengkak

Ouch! Kaki Terseliuh Dan Bengkak: Elakkan 4 Rawatan Ini

Pernah tak anda mengalami kaki terseliuh dan bengkak? 

Kaki terseliuh bukanlah sesuatu yang aneh tetapi selalu berlaku terutamanya bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal.

Tahukah anda, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kaki terseliuh merangkumi 25% daripada semua kecederaan berkaitan sukan.

Tapi bukan bersukan saja yang boleh berlaku kecederaan ini.

Malah, kalau tersilap pijak tanah pun boleh jadi terseliuh kakinya. 

Tapi, apabila perkara ini berlaku, apa yang anda perlu buat?

Teruskan membaca kalau nak tahu!

Kaki Terseliuh dan Bengkak

Sebelum itu, kita perlu tahu dulu apa yang sebenarnya terjadi kalau kaki anda terseliuh.

Apa yang berlaku apabila kaki anda terseliuh adalah ligamen pada sendi pergelangan kaki anda terkoyak atau tercedera. 

Kecederaan ini biasa berulang dan disebabkan anda mendarat di atas kaki dalam keadaan yang buku lali anda bengkok ke dalam.

Jika anda fikir orang yang bersukan saja yang selalunya terseliuh kaki, anda silap.

Risiko anda boleh meningkat jika anda kurang aktif secara fizikal, jarang bersukan dan jika berat badan anda berlebihan.

Antara tanda-tanda yang kaki anda mungkin terseliuh adalah kesakitan selepas sendi pergelangan kaki terpintal.

Kesakitan yang dialami adalah di bahagian luar pergelangan kaki dan kaki anda mungkin akan bengkak dan lebam.

Anda akan merasakan bertambah sakit apabila disentuh atau digerakkan.

Kadang kala ada yang sampai tak boleh pijak menggunakan kaki yang terseliuh dan itu bermakna tahap terseliuh kaki anda mungkin sudah parah.

4 Rawatan Yang Anda Perlu Elakkan 

Banyak yang cuba menawarkan cara rawatan yang cepat untuk orang yang kakinya terseliuh tetapi ada beberapa rawatan yang anda perlu elakkan.

Ada rawatan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan malah membuatkan anda bertambah sakit. 

  1. Jangan Tuam Guna Air Panas

Jika bahagian yang tercedera itu dituam dengan air panas akan menyebabkan salur darah berkembang. 

Kesannya, pendarahan di bawah kulit lebih banyak berlaku dan bengkak akan lebih membesar.

  1. Jangan Diurut

Mengurut bahagian yang bengkak hanya akan menyebabkan kecederaan semula pada kawasan yang terlibat.

Bengkak akan lebih membesar dan kecederaan akan menjadi lebih teruk.

  1. Elakkan Berjalan Tanpa Tongkat

Apabila kaki terseliuh, anda dinasihatkan untuk menggunakan tongkat.

Hal ini adalah supaya anda boleh mengelakkan daripada meletakkan tekanan dan beban yang terlebih terhadap kaki yang tercedera itu.

Kesannya, kaki anda akan lebih sakit dan kecederaan tidak akan pulih dengan baik.

  1. Elakkan Balut Dengan Ketat

Ada sesetengah orang suka membalut kawasan yang bengkak untuk memberikannya sedikit tekanan.

Walaupun kaedah ini dibenarkan, anda perlu elakkan daripada membalut terlalu ketat.

Balutan yang terlalu ketat boleh menyebabkan sekatan perjalanan darah ke kawasan tersebut.

Rawatan Fisioterapi Solusi Terbaik 

kaki bengkak

Jika kecederaan ini dirawat dengan betul, anda boleh mencegah daripada sakit yang lebih parah dan ketidakstabilan pada kecederaan tersebut. 

Solusi terbaik adalah dengan melakukan rawatan fisioterapi.

Menurut KKM, kesemua jenis terseliuh sama ada yang ringan hingga yang teruk memerlukan 3 fasa pemulihan.

  1. Rehat bagi mengurangkan bengkak 
  2. Pemulihan fleksibiliti, pergerakan sendi dan kekuatan otot
  3. Kembali ke aktiviti asal dan bersenam selalu

Selain daripada itu, anda boleh mengikut garis panduan P.R.I.C.E. jika anda mengalami kecederaan ini.

P (Protect) – Elakkan kaki yang tercedera daripada melakukan aktiviti berat.

R (Rest) – Rehatkan kaki dan hadkan pergerakkan.

I (Ice) – Letakkan ais untuk mengawal dan mengurangkan bengkak tetapi jangan membiarkan ais di kaki lebih daripada 20 minit dan alaskan ais dengan kain.

C (Compression) – Balutkan dengan bandage supaya dapat mengawal bengkak. 

E (Elevation) – Apabila baring, letakkan kaki di paras yang lebih tinggi daripada jantung anda seperti meletakkannya di atas bantal.

Terdapat juga senaman yang anda boleh lakukan. 

Mungkin ada yang tertanya, kenapa nak bersenam lagi kalau kaki dah terseliuh?

Senaman regangan dan kekuatan boleh memulihkan pergerakan dan mengekalkan kekuatan dan memberikan kestabilan pada buku lali anda.

Senaman perlu dilakukan secara berperingkat selepas bengkak telah surut, biasanya dalam 5-7 hari.

Antara senaman yang anda boleh lakukan adalah gerakkan kaki anda perlahan-lahan ke semua arah dan tahan untuk beberapa saat.

Anda juga boleh menggunakan getah elastik untuk senaman regangan. 

Dapatkan Rawatan Fisioterapi Dengan Physiomobile!

Namun, adalah lebih baik jika anda bertemu dengan ahli fisioterapi jika anda ingin memulihkan kecederaan kaki anda.

Physiomobile adalah antara pusat rawatan fisioterapi yang terbaik! 

Bukan kaki terseliuh sahaja, banyak lagi kesakitan yang kami rawat seperti slip disc, scoliosis, bulging disc, sakit otot, sakit di bahagian belikat dan banyak lagi!

Kami telah pun merawat beribu kes dengan rawatan kami yang berfokus dan berstruktur.

Impian kami hanyalah untuk membantu anda mendapatkan kehidupan yang selesa dan boleh melakukan aktiviti fizikal tanpa kesakitan yang mengganggu.

Physiomobile mempunyai 75 orang ahli fisioterapi yang pakar dalam pelbagai masalah seperti masalah neurologi, pediatrik, geriatrik, trauma akibat kecederaan dan kemalangan.

Jadi, anda tak perlu risau kerana anda berada dalam jagaan pakar-pakar yang hebat!

Jangan tunggu lagi. 

1 thought on “Ouch! Kaki Terseliuh Dan Bengkak: Elakkan 4 Rawatan Ini”

  1. Siti Aisah Muhammad

    Kaki saya dihentak oleh benda berat jatuh atas kaki saya. Dan rasa sakit dan berdenyut. Apa harus saya buat. Bila berjalan terasa sakit.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *