kecederaan acl

Kecederaan ACL: Mimpi Ngeri Pemain Bola Sepak dan Futsal

Tengah seronok bersukan, tiba-tiba terdengar bunyi ‘pop’ di lutut. Kecederaan ACL sememangnya ditakuti oleh mereka yang aktif bermain bola sepak dan futsal.

Bersukan dan beriadah merupakan aktiviti yang sangat digalakkan. Ramai orang, terutama lelaki, gemar bersukan dengan bermain bola sepak atau futsal. Namun, tahukah anda tentang kecederaan ACL?

Dengar sahaja kecederaan ACL, sudah pasti mendatangkan perasaan gerun dan takut pada ahli sukan. Terutama sekali pemain bola sepak dan futsal.

Rata-rata mengetahui bahawa kecederaan ini merupakan musuh utama kaki futsal. Betapa peritnya kalau ACL terputus.

Mari ketahui lebih lanjut mengenai kecederaan ini.

Apa itu ACL

kecederaan acl

Lutut kita sebenarnya terdiri daripada 4 ligamen utama. ACL atau Anterior Cruciate Ligament merupakan salah satu dari 4 ligamen tersebut.

Ligamen adalah tisu fiber yang menghubungkan dua tulang. Apabila dua tulang dihubungkan dengan ligamen, ia akan membentuk sendi.

ACL merupakan sangat penting untuk kestabilan sendi lutut. Ia juga berfungsi untuk mengawal pergerakan sendi lutut yang melampau dengan menghadkan pergerakan tersebut.

Apabila berlaku kecederaan lutut, ia akan menyebabkan kelemahan pada sendi lutut yang ketara.

Punca Terjadinya Kecederaan ACL

kecederaan acl

Kecederaan ACL biasanya melibatkan aktiviti sukan. Walaupun ia boleh berlaku akibat dari dikasari oleh pihak lawan, namun 80% kes kecederaan berlaku tanpa sentuhan pihak lain.

Kecederaan sukan ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi, antaranya seperti:

  • Mengubah arah gerakan dengan pantas
  • Berhenti secara mengejut
  • Mengurangkan kelajuan semasa berlari
  • Landing yang tidak betul selepas melompat
  • Dilanggar (collision) atau bertembung seperti ‘football tackle’.

Simptom ACL

kecederaan acl

Apabila ACL mengalami kecederaan, anda mungkin akan terdengar bunyi ‘pop’ di bahagian lutut. Kemudian, anda akan rasa lutut menjadi longgar.

Antara simpton dan tanda-tanda lain:

  • Sakit dan bengkak di bahagian lutut
  • Kurang pergerakan sendi lutut
  • Rasa sakit keliling sendi lutut bila ditekan
  • Rasa sakit sesama berdiri
  • Rasa sakit dan tidak selesa semasa berjalan

Peringkat Kecederaan ACL

acl

Apabila berlaku kecederaan ACL, ia boleh dibahagikan kepada 3 peringkat yang berbeza. ia bergantung pada keadaan ACL yang cedera.

Gred I

Hanya kecederaan ringan. Ia melibatkan lebihan regangan (overstretch) pada ACL. Tetapi ACL tidak koyak dan sendi lutut masih stabil.

Gred II

Regangan pada ACL sehingga ia menjadi longgar. Biasanya disebut sebagai ‘partial tear’ pada ligamen atau separuh koyak.

Gred III

Kecederaan gred ini biasanya disebut ‘complete tear’ atau koyak sepenuhnya. Ligamen akan terbelah dua dan sendi lutut akan hilang kestabilan.

Rawatan Fisioterapi untuk ACL

Rawatan fisioterapi akan diberikan bergantung pada jenis gred kecederaan ACL. Bagi gred I, ia tidak memerlukan pembedahan. Jenis rawatan yang sesuai adalah terapi ais dan latihan kekuatan.

Antara rawatan fisioterapi untuk kecederaan ini ialah:

1. Rawatan untuk mengurangkan sakit

Rawatan haba atau sejuk akan diberikan untuk mengurangkan sakit. Rawatan ais digunakan setiap kali selepas melakukan senaman atau aktiviti yang membebankan.

Ia bagi mengawal keradangan dan melancarkan pengaliran darah.

2. Senaman

Senaman regangan dan kekuatan harus dilakukan secara berterusan. Ia bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot lutut.

3. Nasihat 

Ahli fisioterapi akan memberi nasihat mengenai pergerakan yang perlu dielakkan oleh pesakit. Pesakit juga akan diajar untuk melakukan senaman yang bersesuaian.

Selain itu, rawatan fisioterapi akan diberikan untuk membantu:

  • Mengurangkan rasa sakit dan inflamasi
  • Mengembalikan julat pergerakan
  • Menguatkan otot-otot bahagian pinggul, lutut dan kaki
  • Menambahbaik teknik dan fungsi seperti berjalan, berlari, melompat dan menapak
  • Mengurangkan risiko tercedera semula

Rawatan Kecederaan ACL oleh PhysioMobile

PhysioMobile menawarkan rawatan fisioterapi untuk kecederaan sukan. Ternyata, ramai atlet telah mendapatkan rawatan dari PhysioMobile dan kini telah kembali beraksi.

Di PhysioMobile, kesemua ahli fisioterapi adalah bertauliah dan mempunyai kelayakan dalam bidang Fisioterapi.

Dengan menggunakan teknik manual fisioterapi, rawatan yang diberikan fokus untuk mengurangkan sakit. Selain itu, membantu untuk meningkatkan pergerakan sendi lutut.

Dapatkan khidmat rawatan PhysioMobile Malaysia di cawangan-cawangan yang berhampiran dengan anda:

Shah Alam, Selangor

Bangi, Selangor

Kuala Selangor, Selangor

Kota Damansara, Selangor

Wangsa Melawati, Kuala Lumpur dan

Johor Bahru, Johor.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *