Kecederaan otak

KECEDERAAN OTAK (TRAUMATIC BRAIN INJURY)

  • Kecederaan otak disebabkan trauma selalunya berlaku disebabkan pukulan yang kuat pada kepala atau badan.

  • Selain itu, objek yang masuk ke dalam tisu otak seperti peluru atau serpihan tengkorak juga boleh menyebabkan trauma kecederaan otak.

  • Trauma kecederaan otak yang ringan (mild) mungkin memberi kesan sementara pada sel-sel otak anda.

  • Manakala untuk kecederaan yang lebih serius ia boleh menyebabkan bengkak, tisu koyak, pendarahan dan kecederaan fizikal lain pada otak anda.

  • Kecederaan ini boleh memberi kesan jangka masa panjang atau menyebabkan kematian.

  • Istilah “ringan”, “sederhana” dan “teruk” digunakan bagi menggambarkan kesan kecederaan pada fungsi otak anda.

  • Kecederaan pada otak juga merupakan kecederaan yang serius yang memerlukan perhatian segera dan diagnosis yang tepat.

SIMPTOM-SIMPTOM

Trauma kecederaan otak boleh memberi kesan kepada fizikal dan psikologi seseorang. Sebahagian tanda-tanda dan simptom-simptom kecederaan otak mungkin muncul dengan segera selepas kejadian trauma, sementara yang lain mungkin akan muncul beberapa hari atau beberapa minggu kemudian.

TRAUMA KECEDERAAN OTAK RINGAN (MILD)

Tanda-tanda dan simptom-simptomnya termasuk:

Simptom fizikal :

  • Tidak sedarkan diri untuk beberapa saat hingga beberapa minit.

  • Pesakit dalam keadaan sedar tetapi merasa bingung atau keliru

  • Sakit kepala

  • Rasa mual atau muntah

  • Keletihan atau mengantuk

  • Mengalami kesukaran untuk bercakap

  • Kesukaran untuk tidur

  • Tidur lebih daripada kebiasaan

  • Pening atau hilang keseimbangan

Simptom deria :

  • Mengalami masalah deria, seperti penglihatan menjadi kabur, telinga berdengung, hilang deria rasa atau berlaku perubahan dalam deria bau.

  • Sensitif pada cahaya atau bunyi

Simptom kognitif atau mental :

  • Mengalami masalah pada ingatan dan konsentrasi

  • Perubahan mood

  • Murung atau cemas

TRAUMA KECEDERAAN OTAK PERINGKAT SEDERHANA KE PERINGKAT TERUK

Trauma kecederaan otak sederhana ke teruk termasuklah tanda-tanda dan simptom-simptom yang berlaku pada kecederaan ringan, simptom-simptom ini mungkin muncul dalam lingkungan masa beberapa jam hingga hari selepas berlaku kecederaan kepala.

Simptom fizikal:

  • Tidak sedarkan diri buat beberapa minit hingga beberapa jam

  • Sakit kepala yang kerap atau bertambah teruk

  • Berulang kali muntah atau merasa mual

  • Anak mata mengembang

  • Terdapat cecair jernih keluar daripada hidung atau telinga

  • Ketidakupayaan untuk bangun daripada tidur

  • Lemah atau kebas pada jari tangan dan jari kaki

Simptom kognitif atau mental

  • Mengalami kekeliruan yang teruk

  • Melakukan perbuatan luar daripada kebiasaan

  • Gangguan pada percakapan

  • Koma

SIMPTOM-SIMPTOM KECEDERAAN OTAK PADA KANAK-KANAK

Bayi dan kanak-kanak dengan kecederaan otak mungkin tidak dapat menyampaikan apa yang mereka rasa tetapi anda mungkin dapat melihat perubahan:

  • Perubahan tabiat makan

  • Cepat meragam

  • Kerap menangis dan tidak dapat dipujuk

  • Terdapat perubahan pada keupayaan untuk menumpukan perhatian

  • Terdapat perubahan pada tabiat tidur

  • Mengalami kekejangan otot

  • Kerap sedih atau murung

  • Mengantuk yang berpanjangan

  • Hilang minat untuk bermain atau melakukan aktiviti yang disukai

Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor

  • Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda atau anak anda mengalami kecederaan pada kepala atau badan yang menyebabkan berlaku perubahan pada tingkah laku.

  • Dapatkan rawatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda atau simptom-simptom kecederaan otak selepas kejadian berlaku.

RAWATAN FISIOTERAPI TERBAIK DAN BERKESAN MENGGUNAKAN ‘MANUAL TECHNIQUE PHYSIOTHERAPY’ DI SHAH ALAM DAN JOHOR BAHRU.

KLIK BOOKING NOW UNTUK MENEMPAH SLOT ANDA SEKARANG !!

PENYEBAB / PUNCA

Tahap kerosakan bergantung pada beberapa faktor, termasuklah jenis kecederaan dan daya yang dikenakan.

Kejadian yang boleh menyebabkan trauma kecederaan otak termasuk:

  • Jatuh. Jatuh daripada katil, tangga, dalam tandas adalah kecederaan yang biasa terjadi pada golongan dewasa dan kanak-kanak.

  • Kemalangan jalan raya. Pelanggaran yang melibatkan kenderaan dan pejalan kaki.

  • Keganasan. Luka tembakan, penderaan dan serangan lain seperti ‘shaken baby syndrome’ iaitu kecederaan yang berlaku pada bayi akibat goncangan pada kepala yang ganas.

  • Kecederaan sukan. Sukan yang melibatkan impak tinggi atau lasak yang selalu melibatkan golongan dewasa muda.

  • Letupan atau kecederaan pertempuran lain. Sering terjadi pada mereka yang terlibat dengan peperangan. Ramai penyelidik percaya gelombang tekanan daripada letupan boleh mengganggu fungsi otak.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO

Golongan yang mempunyai risiko mendapat trauma kecederaan otak:

  • Kanak-kanak, terutama bayi hingga kanak-kanak berusia 4 tahun.

  • Dewasa muda, terutama berusia antara 15 dan 24 tahun

  • Golongan dewasa yang berusia 60 tahun dan ke atas

  • Lelaki pada pelbagai peringkat umur.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *