ROTATOR CUFF

KECEDERAAN OTOT BAHU (ROTATOR CUFF)

  • Kumpulan otot rotator cuff terdiri daripada otot-otot dan tendon-tendon yang berfungsi untuk memastikan tulang lengan anda (humerus) terletak di dalam soketnya.

  • Otot-otot ini melindungi sendi bahu dan membenarkan anda menggerakkan tangan melebihi paras kepala anda.

  • Ia amat penting untuk aktiviti dalam sukan seperti besbol, berenang atau tenis yang banyak menggunakan pergerakan bahu.

  • Otot-otot ini juga membantu bahu untuk melakukan pergerakan seperti mengambil barang dari rak yang tinggi, menyikat rambut, atau menangkap bola.

  • Ia juga membantu anda mengangkat dan memusingkan tangan anda.

Terdapat 4 otot yang membentuk kumpulan otot rotator cuff. Setiap otot dalam rotator cuff memainkan peranan yang penting untuk fungsi bahu:

  • Otot Supraspinatus. Berfungsi memegang tulang lengan pada tempatnya dan memastikan ia stabil. Membantu mengangkat lengan anda.

  • Otot Infraspinatus. Ia adalah otot  utama yang membenarkan anda memusingkan bahu dan meluruskan lengan ke belakang

  • Otot Teres Minor. Ia adalah otot yang paling kecil dalam kumpulan otot rotator cuff. Tugas utamanya ialah untuk membantu memusing lengan ke luar (external rotation).

  • Otot Subscapularis. Ia membantu memegang tulang lengan (humerus) dan tulang kipas (scapula).

KECEDERAAN BIASA

  • Rotator cuff terkoyak (rotator cuff tear)

    • Kesan dari penggunaan harian dan sering terjadi kepada mereka yang sering melakukan pergerakkan yang sama berulang kali seperti pelukis atau tukang kayu, atau pemain tenis dan besbol.

    • Ia juga boleh terjadi jika anda terjatuh pada bahu anda

    • Mengangkat barang yang berat.

    • Boleh dirawat dengan terapi fizikal dan ubat-ubatan.

    • Dalam keadaan kronik anda perlu menjalani pembedahan.

  • Tendinitis

    • Keradangan pada tendon yang melekat pada tulang.

    • Menyebabkan anda merasa sakit pada bahagian luar sendi.

    • Jenis tendinitis yang biasa terjadi adalah bahu pelontar (pitcher’s shoulder) dan bahu perenang (swimmer’s shoulder).

  • Bursitis

    • Terjadi apabila bursa (struktur kecil yang mengandungi cecair yang melindungi otot rotator cuff anda) mengalami keradangan.

    • Ia terjadi apabila anda melakukan pergerakan yang sama berulang kali, seperti melontar bola besbol atau mengangkat barang melebihi kepala anda.

    • Ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan  kuman (infection).

Tendinitis dan bursitis boleh pulih dengan rawatan berikut:

  • Elakkan pergerakan berulang atau sukan yang melibatkan pergerakan mengangkat tangan melebihi paras kepala (tenis, besbol, bola tampar, perenang dan lain-lain)

  • Dapatkan rehat yang cukup.

  • Kombinasi rawatan sejuk dan panas (hot pack/cold pack).

  • Ubat tahan sakit seperti aspirin, naproxen dan ibuprofen

  • Senaman regangan untuk meningkatkan mobiliti

Hubungi doktor jika rasa sakit anda lebih daripada beberapa minggu atau menghalang anda daripada melakukan aktiviti harian.





KECEDERAAN OTOT BAHU (ROTATOR CUFF)

18/11/2017
No Comments

Kumpulan otot rotator cuff terdiri daripada otot-otot dan tendon-tendon yang berfungsi untuk memastikan tulang lengan anda (humerus) terletak di dalam soketnya. Otot-otot ini melindungi sendi bahu dan membenarkan anda menggerakkan tangan melebihi paras kepala anda. Ia amat penting untuk aktiviti dalam sukan seperti besbol, berenang atau tenis yang banyak menggunakan pergerakan bahu. Otot-otot ini juga


Read More »




HERNIA CAKERA TULANG BELAKANG (HERNIATED DISC)

15/11/2017
No Comments

Hernia cakera tulang belakang (herniated disc) atau hernia nukleus palposus (herniation of nucleus palposus) atau singkatannya HNP ialah keadaan di mana cakera tulang belakang tergelincir dari tempatnya atau ia pecah yang menyebabkan kandungannya terkeluar. Masalah ini sering terjadi di bahagian bawah tulang belakang terutamanya L4-L5 dan L5-S1 (L= lumbar, S = sacral). Hal ini kerana


Read More »




DEGENERASI DISC TULANG BELAKANG

10/11/2017
No Comments

Degenerasi tulang rawan ialah perubahan normal pada rawan tulang belakang (vertebral disc) seiring dengan peningkatan usia. Semakin berusia, disc tulang belakang akan mengalami penuaan yang menyebabkan penyakit degenerasi tulang rawan terjadi. Disc tulang belakang adalah lembut, boleh dimampatkan dan ia memisahkan segmen-segmen tulang belakang kita. Disc tulang belakang bertindak sebagai penyerap hentakan dan membenarkan pergerakan


Read More »




SENAMAN KEKUATAN

09/11/2017
No Comments

Otot tanpa lemak (lean muscle) Jisim otot tanpa lemak secara semulajadi akan berkurang dengan peningkatan umur. Anda akan meningkatkan peratusan lemak di dalam badan jika anda tidak melakukan sesuatu bagi mengganti jisim otot tanpa lemak yang hilang dari semasa ke semasa. Latihan kekuatan dapat membantu anda mengekalkan dan meningkatkan jisim otot anda untuk pelbagai peringkat


Read More »




KETAHUI 3 JENIS OTOT DALAM BADAN MANUSIA

02/11/2017
No Comments

Tahukah anda, di dalam badan kita terdapat tiga jenis otot yang berbeza yang membolehkan badan kita berfungsi dengan baik? Jom kenali 3 jenis otot yang terdapat di dalam badan manusia. 3 JENIS OTOT: Otot rangka (skeletal muscle), Otot kardiak/jantung (cardiac muscle) Otot lembut (smooth muscle) Hampir 50% daripada berat badan manusia terdiri daripada otot. Otot


Read More »




SENAMAN VS MASALAH SUKAR TIDUR

24/10/2017
No Comments

SENAMAN DAPAT MENGURANGKAN MASALAH SUKAR TIDUR?? BAGAIMANAKAH SENAMAN DAPAT MEMBANTU ANDA YANG MENGALAMI MASALAH SUKAR TIDUR?? Insomnia kronik ialah kesukaran untuk tidur atau mengekalkan tidur, tidur yang tidak berkualiti atau terlalu singkat. Berdasarkan kajian, senaman didapati dapat membantu meningkatkan kualiti tidur. Hal ini kerana, satu sesi senaman aerobik tahap sederhana seperti berjalan dapat memudahkan seseorang


Read More »

Related Post

Muskuloskeletal

Punca Sakit Tumit Kaki (Jangan Biar Melarat)

Sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas. Namun, ada faktor lain yang akan menyebabkan anda sakit tumit kaki.

Kecederaan Sukan

Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Slip Disc?

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah slip disc boleh menyebabkan lumpuh. Bagi anda yang tertanya-tanya tentang

rawatan kanak-kanak
Umum

Rawatan Kanak-Kanak Yang Lewat Perkembangan

Pernahkah anda lihat kanak-kanak yang merangkak masih belum dapat berjalan? Mungkin dia perlu dapatkan rawatan kanak-kanak dengan segera. Setiap kanak-kanak diciptakan berbeza. Tetapi anda tertanya-tanya, mengapa terlalu lama masa diambil

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top