rawatan sakit belakang

FAHAMI DAN RAWAT KEKEJANGAN OTOT BELAKANG ANDA (LOWER BACK SPASMS)

Kekejangan otot (spasm) belakang adalah disebabkan ‘contraction’ secara sukarela yang tidak dapat dikawal atau tekanan pada otot belakang anda.

Keadaan ini boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa pada peringkat awalnya disebabkan kesakitan yang teruk dan menyukarkan pergerakan.

Kekejangan otot (spasm) belakang boleh dirawat tanpa pembedahan. Sesetengah rawatan mungkin diperlukan jika rasa sakit itu berkait dengan masalah saraf pada tulang belakang.

Penyebab kekejangan otot belakang (spasm)

Kekejangan otot (spasm) belakang boleh terjadi disebabkan kecederaan pada otot, tendon dan ligament atau boleh disebabkan masalah serius.

  • Mengangkat barang berat. Aktiviti yang memberi tekanan berlebihan pada otot dan ligament belakang boleh menyebabkan kecederaan.

  • Sukan seperti bola sepak dan golf. Sukan seperti ini boleh membawa kepada kekejangan otot (spasm) kerana banyak melakukan pergerakan berpusing secara tiba-tiba dan berulang.

  • Otot belakang yang lemah dan kaku. Otot yang lemah lebih mudah mengalami kecederaan berbanding otot yang kuat dan mudah lentur.

  • Arthritis atau disk hernia (slip disc). Keadaan ini boleh memberi tekanan pada saraf tunjang anda dan menyebabkan sakit belakang dan mungkin menjalar hingga ke kaki.

Rawatan kekejangan otot belakang (spasm)

  • Terapi ais dan haba. Jika kekejangan otot (spasm) anda disebabkan kecederaan atau aktiviti yang memberi tekanan pada otot anda, terapi ais dapat membantu mengurangkan keradangan manakala terapi haba dapat melancarkan peredaran darah.

  • Ubat tahan sakit. NSAIDs dan muscle relaxants mungkin dapat membantu melegakan simptom-simptomnya sementara otot anda dalam proses penyembuhan.

  • Suntikan anti-keradangan. Suntikan cortisone juga boleh membantu, tetapi mempunyai kesan sampingan. Bincang dengan doktor anda mengenai risiko dan kebaikan suntikan tersebut.

  • Rawatan fisioterapi dapat membantu melembutkan otot belakang yang mengeras, melepaskan saraf yang terhimpit oleh otot yang mengeras dan seterusnya menguatkan otot belakang dan otot perut anda.

Langkah pencegahan kekejangan otot belakang

  • Turunkan berat badan bagi mereka yang obesiti dapat membantu mengurangkan tekanan pada sendi dan tulang belakang anda.

  • Berdiri tegak dan memakai kasut bertumit rendah akan membantu memberi kestabilan dan kekuatan pada otot belakang anda.

  • Kerap melakukan aktiviti fizikal seperti melakukan senaman kekuatan untuk otot belakang dan otot perut anda.

  • Kurangkan masa duduk dan baring kerana ia boleh memburukkan masalah belakang anda.

  • Jumpa dengan doktor atau ahli fisioterapi jika anda mempunyai masalah kekejangan otot (spasm) belakang.

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *