rawatan sakit belakang di pejabat

Kelebihan Rawatan Sakit Belakang di Pejabat

Ramai yang mengalami lenguh-lenguh dan sakit di bahagian belakang selepas pulang dari pejabat. Namun, tidak ada masa untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Tahukah anda, 90% dari pekerja pejabat akan mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup?

70% daripadanya tidak dapat rawatan yang betul dan berisiko mengalami sakit belakang yang kronik seperti slip disc.

Kebanyakan pekerja pejabat menghabiskan masa lapan jam sehari di hadapan komputer.

Duduk dengan posisi yang sama setiap hari tanpa melakukan senaman boleh menyebabkan sakit belakang. Ini kerana tulang belakang berada dalam keadaan tertekan.

Keadaan yang sakit dan tidak selesa ini pasti mengganggu fokus dan produktiviti semasa bekerja. Jadi, bagaimana nak atasi masalah ini?

Sebelum itu, mari ketahui lebih lanjut mengenai produktiviti kerja.

Maksud Produktiviti Kerja

sakit belakang

Apakah yang dimaksudkan dengan produktiviti kerja?

Bekerja secara produktif bukan bermaksud menyiapkan kerja sebanyak mungkin atau bekerja lebih jam dari biasa.

Kadangkala, kurang produktiviti kerja menyebabkan pekerja terpaksa stay back di pejabat.

Produktiviti kerja bermaksud menyiapkan kerja dan urusan secara efektif, dalam jangka masa yang singkat.

Ia melibatkan cara kerja yang bijak, bukan kerja keras semata-mata.

Punca Produktiviti Menurun

sakit belakang

Produktiviti kerja boleh menurun disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya seperti:

  • Pekerja kurang faham kehendak dan keperluan tugasan
  • Pekerja kurang motivasi
  • Pengurusan company yang kurang efektif
  • Deadline yang tidak realistik
  • Masalah kesihatan seperti sakit belakang yang menyebabkan pekerja kerap MC
  • Gangguan lain seperti pejabat yang tidak selesa

Cara Meningkatkan Produktiviti Kerja

Produktiviti kerja adalah sangat penting bagi meningkatkan lagi kemahiran pekerja. Selain itu, ia juga bagi mengekalkan kedudukan serta mendapatkan kenaikan pangkat.

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan produktiviti kerja, iaitu:

1. Buat to-do list

sakit belakang

Sebelum mula bekerja, buat senarai kerja yang anda perlu siapkan pada hari itu.

Ini dapat memastikan anda on track. List ini juga membantu bagi mengelakkan anda terlupa atau tertinggal perkara yang penting.

2. Dahulukan kerja mengikut turutan deadline

Selepas anda buat list, kenalpasti tugasan yang penting dan urgent. Pastikan anda menyiapkan kerja mengikut deadline, supaya tidak terlepas.

3. Fokus pada satu tugas sahaja

Fokus pada satu tugas sahaja membantu anda jadi lebih cekap dan mahir dengan skop pekerjaan.

Ia amat penting bagi menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti kerja.

4. Elakkan dari buat dua kerja dalam satu masa

Bukan semua orang mempunyai kelebihan untuk membuat dua kerja atau lebih dalam satu masa. Elakkan dari perkara ini kerana ia boleh memberi tekanan pada diri anda.

5. Kurangkan dari tengok handphone

Salah satu punca utama yang boleh mengganggu produktiviti adalah handphone.

Semasa waktu kerja, set handphone anda dalam mod senyap agar anda tidak terganggu dengan bunyi notifikasi yang masuk.

6. Rehat seketika dan bersenam

sakit belakang

Berehat seketika semasa bekerja boleh mengekalkan produktiviti.

Bekerja di hadapan komputer untuk masa yang terlalu adalah tidak baik untuk kesihatan. Lakukan regangan ringan selama 1-2 minit untuk kembali segar.

7. Rawatan sakit belakang di pejabat

Untuk mendapatkan rawatan fisioterapi di hospital, pekerja perlu mengambil cuti. Ini akan mengurangkan produktiviti seseorang pekerja tersebut dan prestasi syarikat.

Dengan ada nya in-house fisioterapi untuk sakit belakang, ia boleh meningkatkan produktiviti syarikat, kurangkan MC rate dan pekerja tidak perlu keluar untuk dapatkan rawatan.

Rawatan Sakit Belakang Oleh Physiomobile

Physiomobile Malaysia menawarkan servis fisioterapi korporat mengenai penjagaan tulang belakang di tempat kerja berdasarkan rutin kerja yang berkaitan.

Antara servis fisioterapi yang ditawarkan:

  • In-house rawatan fisioterapi oleh Physiomobile sebanyak 2 kali sebulan, full day session
  • Ceramah tentang ergonomic dan penjagaan tulang belakang di tempat kerja
  • Pameran kesihatan

Tingkatkan produktiviti kerja dengan rawatan sakit belakang di pejabat oleh Physiomobile.

Related Post

Muskuloskeletal

Punca Sakit Tumit Kaki (Jangan Biar Melarat)

Sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas. Namun, ada faktor lain yang akan menyebabkan anda sakit tumit kaki.

Kecederaan Sukan

Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Slip Disc?

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah slip disc boleh menyebabkan lumpuh. Bagi anda yang tertanya-tanya tentang

rawatan kanak-kanak
Umum

Rawatan Kanak-Kanak Yang Lewat Perkembangan

Pernahkah anda lihat kanak-kanak yang merangkak masih belum dapat berjalan? Mungkin dia perlu dapatkan rawatan kanak-kanak dengan segera. Setiap kanak-kanak diciptakan berbeza. Tetapi anda tertanya-tanya, mengapa terlalu lama masa diambil

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top