fisioterapi kanak-kanak

KEPENTINGAN FISIOTERAPI PEDIATRIK/ KANAK-KANAK

Tahukah anda, kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan fizikal atau lambat perkembangan fizikal boleh dirawat dengan fisioterapi?

Dalam bidang fisioterapi terdapat satu cadang ilmu yang berfokus hanya kepada pemulihan kanak-kanak yang dikenali sebagai fisioterapi pediatrik (kanak-kanak).

  • Fisioterapi pediatrik adalah berperanan untuk membantu memperbaiki kehidupan dan fungsi harian kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecederaan dan penyakit kongenital.

  • Selain itu, ia juga bermatlamat untuk membantu setiap kanak-kanak tersebut dapat mencapai potensi maksimum untuk berdikari dan menggalakkan penyertaan aktif di rumah, sekolah dan dalam kalangan masyarakat.

  • Pesakit yang dikategorikan sebagai pesakit pediatrik ialah bayi di unit rawatan rapi neonatal berusia 0 hingga 18 tahun dan golongan dewasa dengan penyakit kanak-kanak.

  • Manfaat utama fisioterapi pediatrik adalah untuk membantu kanak-kanak dan keluarga mereka bagi memudahkan kehidupan harian mereka.

Masalah/penyakit pediatrik yang boleh dirawat dengan fisioterapi?

  • Terdapat banyak penyakit yang dialami kanak-kanak melibatkan masalah pergerakan dan perkembangan kemahiran motor seperti Cerebral palsy, Autism, Down Syndrome, Muscular Dystrophy, Spina Bifida, Juvenile RA, Arthrogyposis, Cardio-Pulmonary Disorders, Cystic Fibrosis, kanser dan kecederaan otak.

  • Terdapat juga ramai kanak-kanak yang mempunyai masalah hypotonia (keadaan kurang tona otot) dan gangguan perkembangan koordinasi.

  • Selain itu, keadaan ortopedik termasuklah scoliosis, sakit belakang, kecederaan sukan dan pembedahan ortopedik juga boleh dirawat dengan fisioterapi pediatrik.

Peranan fisioterapi pediatrik

Peranan ahli fisioterapi pediatrik adalah untuk:

  • Menilai dan memberi rawatan bagi masalah kelewatan perkembangan kemahiran kanak-kanak dengan membina kekuatan dan julat pergerakan yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk bergerak dengan lebih mudah dan berkesan.

  • Melakukan penilaian fleksibiliti, kekuatan, postur, cara jalan, pemprosesan deria rasa, keseimbangan, koordinasi dan kemahiran,

Ahli fisioterapi pediatrik di latih untuk menilai perkembangan motor menggunakan ujian mengikut piawaian yang bersesuian dengan umur pesakit.

Matlamat jangka panjang termasuklah pembentukan kemahiran motor kasar (gross motor skill) yang bersesuaian dengan umur dan seimbang dengan badan.

Perbezaan fisioterapi pediatrik dengan fisioterapi biasa?

  • Faktor keseronokan dan motivasi dimasukkan ke dalam aktiviti mereka untuk menjadikan terapi satu sesi yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.

  • Mengintegrasikan penjagaan termasuklah mencadangkan dan melatih penggunaan ortotik, prostetik, peralatan adaptif, kerusi roda dan teknologi bantuan lain.

  • Di samping itu, fisioterapi juga berperanan memberi sokongan kepada ahli keluarga termasuk penyelarasan perkhidmatan, advokasi dan bantuan meningkatkan perkembangan kanak-kanak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *