Rehabilitasi

KEPENTINGAN SENAMAN DAN REHABILITASI UNTUK SAKIT BELAKANG

Rehabilitasi (terapi fizikal) dan senaman memainkan peranan penting dalam membantu menyembuhkan sakit belakang dan menghalang masalah sakit belakang daripada berulang. Selain itu, senaman dan rehabilitasi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi proses penyembuhan.

1. Kurang aktiviti fizikal dan senaman boleh menyebabkan kesakitan menjadi bertambah teruk

Rasa sakit sering menghalang anda daripada melakukan senaman. Hal ini, akan menyebabkan berlakunya kekakuan sendi (stiffness), otot menjadi lemah dan kurang kecergasan fizikal.

Aktiviti fizikal membenarkan penyerapan nutrisi pada otot-otot belakang yang tercedera dan membantu mengekalkan kesihatan otot. Kehidupan seharian yang tidak aktif tidak dapat memberi nutrisi yang mencukupi kepada otot-otot belakang yang cedera dan ini mengakibatkan kesakitan yang lebih teruk.

Selain itu, aktiviti fizikal dan senaman dapat membantu mengekalkan pertukaran bendalir (mengandungi nutrisi) di dalam struktur tulang belakang dan mengurangkan bengkak atau radang yang terjadi secara semulajadi jika otot di sekitar belakang tubuh cedera.

2. Rehabilitasi dan senaman mempengaruhi penyembuhan

Satu-satunya cara yang dapat membantu menyembuhkan badan kita ialah senaman yang berterusan mengikut panduan yang jelas. Walaupun suntikan, ubat-ubatan dan rehat dapat melegakan rasa sakit, tetapi ia tidak dapat membantu proses penyembuhan. Senaman aktif dapat menjadi stimulasi semulajadi untuk proses penyembuhan dan ia memerlukan dedikasi yang tinggi dan program senaman yang menyeluruh.

Nak tahu apa itu ‘slip disc’ dan apa yang sebenarnya berlaku pada pesakit slip disc? Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut!

 

3. Kepentingan senaman regangan, senaman kekuatan dan aerobik

Program rehabilitasi yang menyeluruh untuk otot belakang merangkumi senaman regangan, kekuatan dan aerobik. Ketiga-tiga aktiviti ini penting dalam proses penyembuhan.

Senaman regangan penting kerana otot belakang yang cedera sering kali dikaitkan dengan pengurangan pergerakan secara berperingkat. Maka, senaman regangan dapat menambahkan pergerakan di mana ia memberi kelegaan pada sakit belakang.

Senaman kekuatan juga penting bagi menghalang sakit belakang berulang. Terutamanya kepada sakit belakang yang melebihi dua minggu atau lebih (kronik). Maka program senaman kekuatan penting untuk memberi penyembuhan jangka masa panjang.

Selain itu, senaman aerobik juga sangat penting kerana pesakit yang aktif dapat mengurangkan kadar sakit belakang yang berulang. Manakala pesakit yang mengalami sakit belakang yang tidak melakukan senaman aerobik, dari semasa ke semasa akan kehilangan upaya melakukan aktiviti harian.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *