Kekejangan otot

KETAHUI INFO MENGENAI KEKEJANGAN OTOT

  • Kekejangan otot adalah pengecutan secara tiba-tiba dan suka rela oleh satu atau lebih otot.

  • Menyebabkan rasa sakit yang teruk. Secara amnya, kekejangan otot boleh menyebabkan anda sukar menggunakan otot yang kejang buat sementara waktu.

  • Senaman atau aktiviti fizikal yang berjangka masa panjang, terutamanya dalam cuaca panas boleh menyebabkan kekejangan otot.

  • Sesetengah ubat-ubatan dan keadaan tertentu juga boleh menyebabkan kekejangan otot.

Simptom-simptom

Kebanyakan kekejangan otot terjadi pada otot kaki, terutamanya otot betis. Selain daripada pengecutan otot secara tiba-tiba, rasa sakit yang tajam, anda juga akan dapat merasa ketulan keras pada tisu otot anda.

Kekejangan otot selalunya akan hilang dengan sendirinya dan jarang sekali memerlukan rawatan perubatan. Bagaimanapun, anda digalakan berjumpa doktor jika kejang otot anda:

  • Menyebabkan ketidakselesaan yang teruk.

  • Berkait dengan bengkak pada kaki, kemerahan atau perubahan warna pada kulit.

  • Melibatkan kelemahan otot

  • Kekejangan otot yang terlalu kerap berlaku

  • Tidak lega atau hilang dengan rawatan sendiri.

  • Tidak berkait dengan punca yang jelas seperti melakukan senaman lasak

Penyebab/ punca kekejangan

Penggunaan otot yang berlebihan, dehidrasi, ketegangan otot atau duduk di satu posisi untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kekejangan otot. Dalam kebanyakan kes, puncanya tidak diketahui.

Walaupun kebanyakan kekejangan otot tidak berbahaya, sesetengahnya mungkin berkait dengan keadaan seperti:

  • Bekalan darah yang tidak mencukupi. Penyempitan saluran arteri yang berfungsi menghantar darah ke kaki boleh menghasilkan kekejangan otot ketika anda bersenam atau bersukan. Kekejangan otot seperti ini selalunya akan hilang selepas anda berhenti bersenam.

  • Himpitan pada saraf. Himpitan pada saraf dalam tulang belakang anda juga boleh menyebabkan kekejangan di kaki. Selalunya, rasa sakit akan bertambah teruk jika semakin lama anda berjalan.

  • Kurang mineral dalam badan. Jika terlalu sedikit kalium, kalsium atau magnesium dalam diet anda, ia boleh menyumbang kepada kekejangan otot. Ubat-ubatan seperti Diuretics yang selalu diberi kepada mereka yang mempunyai masalah darah tinggi juga boleh menyebabkan kekurangan mineral.

Faktor risiko

Risiko untuk anda mendapat kekejangan otot termasuklah:

  • Mereka yang lebih berusia cenderung untuk kehilangan jisim otot, maka otot yang tinggal mudah mendapat tekanan.

  • Atlet yang letih dan dehidrasi ketika melakukan aktiviti sukan dalam cuaca panas sering mendapat kekejangan otot.

  • Kekejangan otot adalah perkara biasa ketika kehamilan.

  • Masalah perubatan. Mereka yang mempunyai masalah diabetes, saraf, hati atau tiroid mempunyai risiko tinggi mendapat kekejangan otot.

Langkah pencegahan.

  • Elakkan daripada dehidrasi. Minum banyak air setiap hari. Jumlahnya bergantung pada apa yang anda makan, jantina, tahap aktiviti, cuaca, tahap kesihatan, umur dan ubat-ubatan yang anda ambil. Cecair (air) membantu otot anda untuk mengecut dan rehat dan mengekalkan sel otot anda sentiasa hidrat.

  • Lakukan regangan otot. Regangkan otot anda sebelum dan selepas anda menggunakan sesuatu otot untuk melakukan aktiviti yang mengambil masa lama. Jika anda mudah mendapat kekejangan otot pada waktu malam, lakukan regangan sebelum tidur. Senaman ringan, seperti mengayuh basikal statik untuk beberapa minit sebelum tidur juga dapat membantu menghalang kekejangan berlaku ketika anda tidur.

Rawatan

  • Selalunya anda boleh merawat kekejangan otot dengan menggunakan langkah penjagaan diri.

  • Ahli fisioterapi anda boleh menunjukkan beberapa cara melakukan senaman regangan yang dapat membantu mengurangkan peluang anda mendapat kekejangan otot. Dengan memastikan anda kekal terhidrat juga dapat membantu.

  • Untuk kekejangan otot yang berulang yang menganggu tidur anda, doktor anda mungkin akan memberi ubat untuk merehatkan otot-otot anda.

Gaya hidup dan rawatan di rumah

Jika anda mempunyai masalah kekejangan, perkara ini mungkin dapat memberi kelegaan:

  • Regangan dan urutan. Otot yang mengalami regangan boleh diregangkan dan dengan perlahan urutnya bagi membantu ia kembali rehat. Untuk betis yang kejang, cuba berdiri menggunakan kaki yang kejang dan bengkokkan lutut anda perlahan-lahan. Jika anda tidak dapat berdiri, duduk di atas lantai atau kerusi dengan kaki anda lurus. Cuba tarik kaki anda kearah badan anda sambil mengekalkan lutut anda lurus. Ini dapat membantu melegakan kekejangan otot paha belakang (hamstring) anda. Untuk kekejangan otot paha depan (quadriceps) anda gunakan kerusi bagi menstabilkan diri anda sambil anda membengkokkan lutut kaki yang kejang dengan menggunakan tangan yang satu lagi bagi memberi kesan regangan.

  • Haba atau sejuk. Gunakan tuala panas atau pad haba pada otot yang kejang. Basahkan otot yang kejang dengan air suam. Kemudian, apabila kekejangan berkurang, urut otot yang kejang dengan ais ia mungkin dapat melegakan rasa sakit.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *