2 tahun yang paling seksa dalam hidup saya adalah tahun 2016 dan 2017. Ini adalah kerana saya mengalami sakit leher yang teruk. Tanpa tahu apa puncanya, tiba-tiba suatu hari saya merasakan leher saya sakit hingga tak mampu toleh kiri dan kanan seepenuhnya.
Tidur tak lena itu perkara biasa. Hanya mampu tidur terlentang untuk pastikan leher sentiasa tegak.
Bagi salam sesudah solat pun tak sempurna. Setiap kali solat saya rasa tidak puas.
Nak tengok kereta kiri kanan semasa memandu pun sakit, inikan pula nak toleh ke belakang.
Kebas jari dan tangan itu perkara biasa.
kepala berdenyut dan pening boleh dikatakan makanan harian.
Rasa leher tegang, kadang-kadang rasa macam leher robot pun ada, tidak selesa yang reramat sangat
Ubat tahan sakit menjadi menu harian saya, sebab dah tak tahu nak buat apa lagi
Dah cuba bermacam-macam rawatan, sakit tetap berulang, sampai buntu. Hujung 2017 saya kira, saya dah berhabis rm13,000 untuk sakit leher saya. namum saya masih hampa.