MULTIPLE SCLEROSIS - PHYSIOMOBILE.MY

MULTIPLE SCLEROSIS

PENGENALAN

  • Multiple sclerosis (MS) adalah penyakit kronik yang menyerang sistem saraf pusat (central nervous system/CNS).

  • Ia akan menjejaskan fungsi otak, saraf tunjang dan saraf optik.

  • Gejala-gejala MS bergantung pada tahap ia berlaku. Untuk kes yang lebih ringan, anda mungkin berasa kebas pada anggota badan.

  • Manakala untuk kes yang lebih teruk, anda mungkin mengalami kelumpuhan atau hilang penglihatan.

  • Diagnosis sering terdapat pada mereka yang berumur 20-50 tahun.

  • Sukar untuk menganggar bagaimana ia berkembang.

  • Tiada rawatan yang boleh menyembuhkan MS setakat ini, tetapi rawatan diberikan untuk melegakan gejala-gejalanya dan membantu mereka menguruskan kehidupan seharian.

  • Walaupun MS memberi kesan kepada sistem saraf pusat (CNS) tetapi penyebabnya masih tidak jelas.

  • MS membawa maksud “tisu parut di beberapa bahagian”

  • Memandangkan MS menyerang sistem saraf pusat, maka ia adalah tisu parut yang terdapat pada saraf fiber.

  • Sistem saraf pusat berfungsi menghantar impuls (maklumat ke otak dan anggota badan lain).

  • Tetapi jika MS terjadi ia akan menganggu fungsi sistem saraf untuk menghantar impuls dengan lancar ke otak dan ke anggota badan lain.

  • Ini akan menyebabkan anda berasa kebas atau semut-semut dan ia juga boleh menyebabkan kelumpuhan.

  • Manakala untuk keadaan yang lebih teruk MS akan menganggu saraf optik di mana akan menyebabkan hilang penglihatan.

  • Multiple sclerosis adalah penyakit yang tidak dapat dijangka dan ia boleh memberi kesan yang berbeza untuk setiap individu.

JENIS-JENIS MS

Terdapat empat jenis multiple sclerosis
  • Clinically isolated syndrome (CIS): Ini adalah satu, episod pertama, dengan gejala yang berlangsung sekurang-kurangnya 24 jam.

  • Relapse-remitting MS (RRMS): MS yang biasa dialami, 85% individu mengalami MS jenis ini dan mendapat serangan baru atau peningkatan gejala-gejala MS

  • Primary progressive MS (PPMS): Gejala-gejala MS bertambah buruk secara berperingkat, tanpa petanda awal. Lebih kurang 15% individu mengalami MS jenis ini.

  • Secondary progressive MS (SPMS): MS selepas episod awal atau serangan, penyakit ini akan terus meningkat

SIMPTOM-SIMPTOM MS

MS memberi kesan kepada sistem saraf pusat yang berfungsi mengawal pergerakan badan. Apabila saraf fiber pada sistem saraf pusat yang membawa maklumat dari dan kepada otot rosak, gejala-gejala MS akan berlaku pada bahagian badan yang terlibat.

  • otot-otot menjadi lemah

  • gangguan penglihatan

  • kesukaran untuk mengawal keseimbangan dan koordinasi badan

  • rasa semut-semut dan kebas

  • mempunyai masalah dengan ingatan

  • Sakit kepala

  • Hilang pendengaran

  • Gatal-gatal

  • masalah pernafasan

  • kekejangan

  • gangguan percakapan

  • masalah menelan

  • Diperingkat seterusnya, mungkin terdapat perubahan dalam pemikiran dan kepekaan haba.

KESAN-KESAN MS

  • Masalah pundi kencing: sukar untuk mengosongkan pundi kencing sepenuhnya, kerap membuang air kecil

  • Masalah usus: menyebabkan sembelit dan gangguan usus

  • Keletihan: 90% pesakit akan mengalami keletihan dan menganggu aktiviti harian mereka.

  • Pening dan vertigo: sukar mengekalkan keseimbangan.

  • Masalah seksual disfungsi: hilang minat dalam hubungan intim

  • Spastik dan kekejangan otot: saraf fiber yang rosak dalam saraf tunjang dan otak boleh mnyebabkan kekejangan otot yang menyakitkan. Otot mungkin menjadi kaku dan menghalang pergerakan.

  • Tremor: menghasilkan pergerakan menggigil

  • Masalah penglihatan: mungkin ada penglihatan berganda atau kabur, kehilangan penglihatan separa atau penuh, tidak dapat membezakan warna merah-hijau. Ini biasanya menjejaskan satu mata pada satu masa. Ia juga boleh menyebabkan keradangan saraf optik dimana mata akan berasa sakit apabila bergerak.

  • Perubahan pada gait dan pergerakan: MS boleh mengubah cara seseorang berjalan disebabkan kelemahan otot dan masalah keseimbangan, pening dan keletihan.

  • Perubahan emosi dan kemurungan: kerosakan pada saraf otak boleh memberi kesan kepada emosi, kesukaran menyesuaikan diri dengan diagnosis MS, gangguan yang tidak dapat diramalkan dan masalah kelumpuhan. Penyelidik telah menghubungkan MS dengan 50% masalah kemurungan.

PENYEBAB DAN RISIKO MS

Penyebab sebenar MS masih tidak diketahui, tetapi ia dipercayai berlaku disebabkan masalah imunisasi (autoimmune disorder).

  • Umur: 20-50 tahun

  • Jantina: lebih ramai wanita mendapat MS berbanding lelaki

  • Etnik: lebih banyak berlaku dikalangan Eropah

  • Faktor genetik

Kadar MS berlaku tinggi pada mereka yang terdedah dengan cahaya matahari yang banyak kerana ia boleh kesan pada mereka yang mempunyai MS.

TANDA-TANDA AWAL

  • penglihatan kabur dan berganda

  • optic neuritis (jangkitan mata), menyebabkan sakit dan hilang penglihatan

  • otot menjadi kaku dan lemah

  • kekejangan otot yang sakit

  • rasa semut-semut dan kebas pada anggota badan

  • sukar mengawal keseimbangan ketikaa berjalan

  • hilang kawalan pada pundi kencing atau kerap berasa ingin membuang air kecil

  • rasa pening yang berterusan

Jika gejala-gejala ini berlaku, anda perlu berjumpa dengan doktor.

RAWATAN MS

Tiada rawatan yang dapat menyembuhkan MS sepenuhnya, tetapi rawatan diberi untuk mengawal gejala-gejalanya.

Ubat-ubatan dan rehabilitasi dapat membantu mengawal gejala-gejala multiple sclerosis. Ubat-ubatan ini digunakan bagi membantu mengawal gejala-gejala MS daripada menjadi bertambah buruk, tetapi mempunyai kesan sampinganya untuk jangka masa panjang.

Manakala rehabilitasi bertujuan membantu pesakit meningkatkan atau mengekalkan kemampuan mereka untuk melakukan aktiviti harian.

REHABILITASI

  • Terapi fizikal: untuk mengekalkan atau mengembalikan pergerakan maksimum dan kemampuan melakukan aktiviti harian.

  • Terapi pekerjaan (occupational therapy): terapi ini digunakan untuk membantu pesakit dalam pekerjaan, penjagaan diri dan aktiviti harian.

  • Terapi pertuturan dan menelan (speech and swallowing therapy): ahli terapi pertuturan dan Bahasa akan melakukan latihan khas buat pesakit.

  • Pemulihan kognitif (cognitive rehabilitation): membantu pesakit menguruskan masalah dalam pemikiran dan persepsi.

  • Pemulihan vokasional (vocational rehabilitation): membantu pesakit yang kurang upaya membuat dalam kerjaya, mempelajari kemahiran dan mendapatkan pekerjaan.

1 thought on “MULTIPLE SCLEROSIS”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *