rawatan sakit belakang

Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit atau rasa kurang selesa di bahagian belakang badan. Ia merupakan salah satu masalah yang kerap berlaku dalam kalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Hampir 80% orang dewasa akan mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.

Masalah ini lebih kerap berlaku dalam golongan dewasa yang berumur antara 30 hingga 50 tahun. Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah sakit belakang. Kondisi-kondisi tulang belakang seperti scoliosis, slipped disc, spondylosis, spondylolisthesis, ankylosing spondylitis dan sebagainya. Diagnosis tepat harus dilakukan untuk mengenalpasti punca sakit belakang seseorang pesakit.

  • Rasa sakit seperti menarik di bahagian otot belakang badan
  • Tidak boleh menundukkan badan seperti biasa (posisi ruku’) kerana rasa tegang di bahagian belakang badan, punggung dan belakang peha
  • Rasa mencucuk di bahagian belakang badan
  • Rasa sengal atau lenguh apabila duduk atau berdiri dalam jangka masa yang lama
  • Rasa kebas ke kaki
  • Rasa tegang di bahagian punggung

Ada pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada masalah sakit belakang, antaranya ialah :

  • Amalan postur yang kurang betul dalam kehidupan seharian
  • Lebih guna otot belakang
  • Trauma atau jatuh
  • Faktor usia
  • Idiopatik (tidak diketahui punca sebenar)
  • Hamil

Pemeriksaan:
Pertama sekali, therapist akan bertanya beberapa soalan yang berkaitan dan merekodkan kesemua sejarah kesihatan anda dan bagaimana kecederaan yang anda alami boleh berlaku. Seterusnya, therapist akan memeriksa anda secara objektif melalui pemerhatian dan ujian-ujian fizikal berdasarkan ‘outcome measure’ tertentu

Rawatan:
Rawatan untuk masalah sakit belakang akan berfokus pada mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan sendi tulang belakang anda dengan menggunakan kaedah rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan program senaman yang berstruktur dan berfokus. Selain itu, sesi rawatan juga akan berfokus pada menambahbaik postur badan pesakit sekaligus mengajar anda untuk mengubahsuai cara hidup bersesuaian dengan keadaan anda. 

Konsultasi:
Dalam sesi konsultasi pula, therapist akan menerangkan kepada pesakit dan penjaga tentang kondisi pesakit termasuk punca masalah yang dialami pesakit berdasarkan ilmu anatomi dan fisiologi, cara mengelakkan masalah tersebut berulang dan preskripsi senaman di rumah

Waktu rawatan yang fleksibel, 9 pagi hingga 10 malam

Rawatan bergerak ke rumah anda atau ke klinik kami

Rawatan berkesan serta merta dengan menggunakan manual technique physiotherapy

Therapist yang terlatih & berkelulusan ijazah Sarjana Muda dalam fisioterapi

Rawatan 1-to-1, satu therapist untuk satu pesakit
Pesakit wanita hanya dirawat oleh therapist wanita & sebaliknya
Lokasi klinik yang strategik dan mudah dicari oleh semua
Mendapat 4.9/5 ratings daripada lebih 10, 000 pesakit

“Saya telah mengalami Slip Disc hampir setahun. Alhamdulillah, dengan bantuan team Physiomobile, saya dah tahu teknik-teknik fiso yang membantu mengurangkan Slip Disc. Sekarang saya dah boleh bawa kereta. Alhamdulillah”

“Alhamdulillah, kali pertama buat fiso disini saya dah nampak ada perbezaan sebanyak 70%”

PHYSIOMOBILEMY adalah pilihan terbaik anda!! Kami menawarkan rawatan fisioterapi terbaik untuk masalah sakit belakang anda menggunakan ‘manual technique physiotherapy’ yang digunakan secara meluas di Negara-negara maju dan dijamin berkesan! 

Kami akan bantu kurangkan sakit belakang anda, mengurangkan rasa tegang di bahagian belakang, mengurangkan rasa kebas yang anda alami dan membantu anda untuk kembali ke tahap aktiviti harian yang optimum! 

Dapatkan Rawatan Segera Untuk Kesan Yang Terbaik!! Lebih cepat anda mendapatkan rawatan, lebih tinggi harapan anda untuk pulih sepenuhnya!