rawatan rumah

PANDUAN RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK PESAKIT STROK DI RUMAH

1.   Nasihat daripada ahli fisioterapi anda.

  • Jadualkan waktu rawatan atau senaman supaya anda dapat melakukannya dengan konsisten.

  • Pastikan anda melakukan senaman yang diajarkan oleh ahli fisioterapi anda sebaiknya bagi mendapatkan kesan yang positif.

2.   Jangan biarkan plateau menghalang anda.

  • Plateau adalah keadaan sementara di mana tiada perubahan atau kemajuan berlaku dalam tempoh rehabilitasi.

  • Selepas anda menamatkan sesi rehabilitasi di klinik dan menyambung sesi berikutnya di rumah, anda mungkin mendapati kesan yang perlahan atau lambat.

  • Jangan berputus asa dengan kesan tersebut.

  • Proses penyembuhan akan berhenti jika anda berhenti melakukan senaman atau rawatan.

  • Cara yang terbaik untuk anda mengatasi plateau ini adalah dengan menambah variasi jenis senaman atau latihan dalam sesi rawatan anda, hal ini akan merangsang otak anda untuk kembali berfungsi

   3. Jangan biarkan kelumpuhan menghalang anda.

  • Lumpuh disebabkan strok boleh melemahkan anda, tetapi jangan biarkan ia menghalang anda.

  • Terdapat ramai pesakit strok yang pulih daripada kelumpuhan walaupun doktor mengatakan mereka tidak ada harapan untuk sembuh.

  • Paling penting, jangan pernah berputus asa.

4.   Ketahui perbezaan.

  • Bagi mereka yang dapat menggerakkan anggota badan yang lumpuh dengan bantuan anggota badan yang tidak lumpuh, rehabilitasi senaman pasif mungkin dapat membantu memulihkan pergerakan.

  • Hal ini kerana senaman pasif akan merangsang otak anda untuk melakukan pergerakan.

  • Dalam keadaan normal, otak yang akan menghasilkan input supaya anda dapat melakukan pergerakan.

  • Tetapi di kalangan pesakit strok anda akan melakukan pergerakan secara pasif untuk merangsang otak anda kembali.

5.   Jangan terkesan dengan perkara negatif.

  • Jangan biarkan pendapat seseorang mempengaruhi usaha anda untuk kembali pulih.

  • Abaikan kata-kata masyarakat sekeliling anda yang mengatakan anda tidak punya harapan sembuh, anda lebih tahu kemampuan anda.

6.   Anda lebih tahu keperluan anda sendiri.

  • Proses penyembuhan untuk setiap pesakit strok adalah berbeza, anda lebih tahu kemampuan diri anda.

7.   Rawat otot spastik dengan cara yang betul.

  • Spastik adalah keadaan di mana otot anda mengalami keketatan, kekakuan atau tertarik disebabkan kelumpuhan.

  • Ia sering menghalang pesakit strok daripada memperolehi kesembuhan di rumah.

  • Walaupun otot anda lumpuh disebabkan spastik, terdapat beberapa cara untuk mengembalikan pergerakan dengan menggunakan 3 langkah iaitu:

  1. Latihan mental

  2. Senaman pasif

  3. Kreativiti

  • Walaupun kesannya perlahan, ia tetap akan memberi impak yang positif jika anda lakukannya secara berterusan dan tidak berputus asa.

8.   Pastikan anda melakukan ulangan latihan yang berterusan.

  • Anda perlu melakukan pengulangan senaman atau latihan yang banyak bagi mendapatkan keputusan yang memberangsangkan.

  • Pengulangan yang banyak diperlukan bagi melatih otak anda untuk kembali berfungsi.

  • Pengulangan yang banyak dapat membantu otak anda membentuk jaringan neural yang baru dan mempercepatkan proses penyembuhan pesakit strok.

1 thought on “PANDUAN RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK PESAKIT STROK DI RUMAH”

  1. Pingback: Strok: Punca dan Rawatan Yang Ramai Orang Tidak Mengetahuinya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *