pengenalan sciatica

Pengenalan Sciatica dan puncanya

Pengenalan Sciatica

Pengenalan Sciatica adalah masalah neurologi di bahagian belakang atau saraf yang tersangkut di panggul (“groin”) atau pinggul. Berdasarkan SPINE-Health, terms sciatica itu merujuk kepada simptom sakit kaki seperti kebas dan lemah

pengenalan sciatica
Terdapat satu set simptom neurologi seperti:
  • Sakit (sakit sengit di bahagian punggung)
  • Kesakitan kaki radikular di kawasan “lumbosacral”
  • Rasa kebas
  • Kelemahan otot
  • Disfungsi cara berjalan
  • Kerosakan sensori
  • Gangguan sensori
  • Panas dan sejuk atau kesemutan atau rasa sensasi terbakar di kaki
  • Kerosakan refleks
  • Paresthesia atau disesthesia dan edema di bahagian badan bawah yang boleh disebabkan oleh iritasi saraf sciatic (saraf lumbar L4 dan L5 dan saraf sakral S1, S2 dan S3).

Anatomi Berkaitan Klinikal

pengenalan scatica

Saraf-saraf yang terlibat dengan sciatica membentuk terminal plexus lumbosakral: L4-L5-S1-S2-S3 

Bagaimana Sciatica boleh terjadi ?

Sciatica boleh bermula dengan tiba-tiba dan simptom mungkin berselang atau berterusan. Gejala mungkin bertambah buruk dengan peningkatan tekanan “intra-abdominal” (contohnya batuk).

Penyebab yang paling biasa “sciatica” adalah mampatan saraf sciatic (akar saraf, L4, L5, S1, S2, S3) oleh herniasi cakera.

Punca Berlakunya Scatica

  • “Stenosis” tulang belakang
  • “Spondylosis”: osteoarthritis tulang belakang degeneratif
  • Pemerangkapan saraf: otot di pinggul boleh memampatkan saraf “sciatic” dan menyebabkan sakit. Sebagai contoh, sindrom “piriformis”.
  • Keradangan dan bengkak dari arthritis, terseliuh, sendi tergelincir atau jangkitan. Jangkitan boleh disebabkan oleh abses “iliopsoas”, “pelvis” dan “gluteal”.
  • Masalah vaskular: disebabkan peningkatan jumlah darah di tulang belakang semasa tahap akhir kehamilan, ruang tetap di dalam saraf tunjang mungkin sempit dan menyebabkan mampatan pada saraf.
  • Mekanisme pusat: strok, pendarahan otak atau sklerosis boleh menyebabkan kesakitan di kawasan “sciatic”.
  • Patologi traumatik:
    • Kecederaan hamstring proksimal/ “avulsions”
    • Mampatan saraf sciatic bersebelahan yang disebabkan oleh kesembapan (“edema”), keradangan dan “hematoma” yang terbentuk di sekitar tendon yang terkena.
  • Patologi ginekologi:
    • Endometriosis” ektopik, sista ovari dan kehamilan boleh menyebabkan “sciatica”. Sisi kanan lebih cenderung untuk terjejas.

Penyebab jarang “Sciatica”: 

  • Osteochondroma” boleh menjejaskan tulang belakang lumbar dan leher femoral, yang boleh mengakibatkan mampatan saraf “sciatic”.

Gejala - Gejala Sciatica

pengenalan sciatica

Gejala ciri “sciatica” adalah kesakitan. Jenis kesakitan boleh berbeza-beza: ia mungkin tajam, berasa seperti kejutan elektrik, ketidakselesaan atau kebas.

Sakit adalah akibat iritasi saraf sciatic. Seperti yang dinyatakan di atas, ia boleh jadi berterusan atau berselang. Kesakitan boleh menjadi lebih teruk disebabkan pergerakan tertentu seperti batuk atau bersin (pergerakan ini meningkatkan tekanan intra perut (“intra-abdominal”)). 

Duduk, membongkok, berdiri berpanjangan atau naik dari posisi duduk boleh memburukkan atau meningkatkan kesakitan. Dalam hal melegakan kesakitan, kedudukan terlentang menurunkan tekanan pada hernia cakera dan seterusnya akan menurunkan rasa sakit. 

Kesakitan terletak di sepanjang pengagihan saraf dan boleh dirasakan di belakang, pinggul, lutut dan kaki. Ia hanya merebak ke satu sisi kaki dan boleh menyebabkan kekurangan kuasa, refleks dan sensasi dalam akar saraf. 

Disfungsi cara berjalan (“toe walking”, “foot drop” dan “knee buckling”), paresthesia atau disesthesias adalah gejala neurologi yang kerap berlaku.

 “Sciatica” boleh disebabkan oleh mampatan atau iritasi saraf L4, L5, S1, S2 dan S3. 

  Gejala-gejala “sciatica” bergantung kepada saraf mana yang dimampatkan atau teriritasi.

  • L4: Apabila saraf L4 dimampatkan atau teriritasi, pesakit akan merasakan kesakitan, kesemutan dan kebas di paha. Pesakit juga terasa lemah apabila meluruskan kaki dan mungkin mengalami refleks lutut yang semakin berkurangan.
  • L5: Apabila saraf L5 dimampatkan atau teriritasi, kesakitan, kesemutan dan rasa kebas-kebas mungkin meluas ke kaki dan jari kaki.
  • S1: Apabila saraf S1 dimampatkan atau teriritasi, pesakit akan berasa sakit, kesemutan dan kebas pada bahagian luar kaki. Pesakit juga mengalami kelemahan apabila mengangkat tumit dari tanah dan berdiri di atas jari kaki (jengket kaki). Refleks pergelangan kaki mungkin berkurangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *