PENYAKIT PARKINSON

PENYAKIT PARKINSON

PENYAKIT PARKINSON Pengenalan Penyakit Parkinson adalah penyakit yang disebabkan oleh gangguan pada sistem saraf yang memberi kesan kepadakeupayaan individu untuk bergerak. Simptom penyakit Parkinson akan merosot dari semasa ke semasa dan selalunya bermula dengan sebelah tangan menggigil tanpa sebab. Selain mengalami simptom tersebut, pesakit Parkinson juga mengalami kekakuan pada otot (muscle tightness).
Pada peringkat awal penyakit Parkinson, pesakit kebiasaannya kelihatan kurang menunjukkan ekspresi wajah. Selain itu, pemerhatian ketika pesakit berjalan juga akan mendapati pesakit Parkinson kurang menghayunkan tangan mereka ketika berjalan. Pertuturan pesakit akan menjadi tidak jelas dan perlahan. Simptom-simptom tersebut akan beransur-ansur bertambah teruk dari semasa ke semasa.   Walaupun penyakit Parkinson tidak boleh diubati, pengambilan ubat-ubatan boleh menangani simptom-simptom yang pesakit hadapi. Hanya dalam sesetengah kes, doktor akan mencadangkan pesakit untuk menjalani pembedahan bagi mengatasi simptom-simptom yang dihadapi oleh mereka.   Penyebab Penyakit Parkinson adalah disebabkan oleh sesetengah sel-sel saraf atau neuron tidak berfungsi dengan baik ataupun mati. Kebanyakan simptom yang dialami oleh pesakit adalah berkaitan dengan kekurangan dopamine. Dopamine adalah bahan kimia penghantar yang menghantar maklumat ke otak. Apabila paras dopamine menurun, aktiviti-aktiviti di dalam otak akan menjadi tidak normal dan seterusnya menimbulkan tanda-tanda penyakit Parkinson. Penyebab sebenar penyakit Parkinson masih belum diketahui namun beberapa faktor telah dikenalpasti memainkan peranan penting dalam berlakunya penyakit Parkinson iaitu:
  1. Unsur genetik
Para penyelidik mendapati mutasi yang berlaku pada unsur genetik yang tertentu boleh menyebabkan penyakit Parkinson berlaku namun ianya jarang sekali berlaku.
  1. Faktor persekitaran
Terdedah kepada bahan toksik adalah antara faktor persekitaran yang boleh meningkatkan risiko penyakit Parkinson. Simptom-simptom Simptom yang dihadapi oleh pesakit Parkinson adalah tidak sama antara satu pesakit dengan pesakit yang lain. Terdapat kemungkinan simptom-simptom awal penyakit Parkinson tidak disedari oleh penghidapnya. Antara tanda-tanda dan simptom penyakit Parkinson adalah:
  1. Menggigil tanpa sebab
Lazimnya bermula pada tangan atau jari
  1. Pergerakan menjadi perlahan (bradykinesia)
Pesakit Parkinson akan hilang keupayaan untuk bergerak normal dan pergerakan menjadi perlahan.
  1. Kekakuan otot
Kekakuan pada otot boleh memberi kesan kepada pergerakan anggota badan pesakit selain menimbulkan kesakitan dan ketidakselesaan.
  1. Masalah postur dan ketidakseimbangan
Pesakit Parkinson mempunyai kemungkinan untuk mengalami masalah yang melibatkan postur tubuh dan keseimbangan.
  1. Hilang keupayaan untuk bergerak secara automatik
Pesakit Parkinson lazimnya mengalami kesukaran bagi melakukan pergerakan automatik seperti mengelipkan mata, senyum ataupun menghayun tangan ketika berjalan.
  1. Perubahan pertuturan
Pesakit Parkinson akan bertutur dengan suara yang perlahan tetapi laju, butir percakapan kedengaran tidak jelas dan teragak-agak sebelum memulakan percakapan. Nada percakapan juga lebih kepada monotone berbanding dengan nada percakapan orang normal.
  1. Perubahan penulisan
Mereka akan mengalami kesukaran untuk menulis.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *