upper cross syndrome

Pernahkah anda dengar tentang Upper Cross Syndrome?

Apakah itu Upper Cross Syndrome?

Pernahkah anda mendengar mengenai Upper Cross Syndrome. Anda mungkin jarang mendengar mengenainya tapi mungkin anda sering melihatnya atau anda juga mungkin mengalaminya simptom-simptomnya.

  • Upper Cross Syndrome adalah gejala yang berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan otot.
  • Ia dipanggil “Upper” kerana melibatkan otot dibahagian atas badan anda iaitu otot sekitar dada, bahu, leher dan 1/3 daripada otot belakang anda.
  • Manakala ia di panggil “Cross” kerana ketidaseimbangan antara otot yang lemah dan ketat yang membentuk ‘X’.
  • Terjadi disebabkan postur badan yang tidak bagus iaitu postur kepala ke depan dan bahu membongkok.

  • Keadaan postur ini sering kelihatan pada mereka yang kerap menggunakan gadjet, membaca dan memandu.
  • Penggunaan gadjet seperti komputer, telefon bimbit atau menonton TV dalam keadaan postur kepala ke depan dan dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan otot leher dan otot 1/3 belakang (kawasan “thoracic”) meregang dan menjadi lemah.
  • Manakala otot dada dan bahu anda memendek dan menjadi ketat.

Tanda-tanda Upper Cross Syndrome

  • Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan menyebabkan perubahan pada struktur tulang belakang leher dan “thoracic” anda. 
  • Perubahan ini akan memberi tekanan pada otot, tulang dan sendi sekitarnya.
  • Selain itu, anda juga mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti sakit kepala, leher, bahu dan kawasan tulang belikat (scapula).
  • Seterusnya, sukar duduk, memandu, menonton TV dan membaca disebabkan oleh rasa sakit, kebas atau kaku pada leher atau lengan ketika berada dalam postur yang sama untuk satu jangka masa yang lama.
  • Jangan risau jika anda mempunyai masalah Upper Cross Syndrome kerana terdapat pelbagai senaman regangan dan kekuatan yang boleh membantu megurangkan simptom-simptomnya. 

Fakta-fakta ringkas mengenai Upper Cross Syndrome:

  • Biasanya ia berlaku disebabkan oleh keadaan postur kepala yang tidak betul ketika melakukan pekerjaan yang menggunakan komputer, duduk atau berdiri yang lama.
  • Simptomnya termasuklah kekakuan atau sakit pada bahagian leher dan 1/3 belakang badan (kawasan “thoracic”).
  • Ketidakseimbangan otot yang terlibat selalunya disebabkan otot yang ketat dan lemah dan rawatan utamanya adalah dengan menguatkan otot yang lemah dan meregangkan otot yang ketat.

ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA UPPER CROSS SYNDROME?? KLIK SINI UNTUK MENGETAHUI CARA MUDAH BAGI MENGATASI MASALAH INI!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *