physiomobile johor bahru

Dapatkan Rawatan Fisioterapi Terbaik di PhysioMobile Johor Bahru

Sekiranya anda berada di Johor dan kawasan sekitarnya, anda boleh dapatkan rawatan fisioterapi di PhysioMobile Johor Bahru.

Bagi penduduk Johor Bahru, ada berita baik untuk anda. Kini, anda boleh mendapatkan rawatan di PhysioMobile Johor Bahru.

Sebelum itu, mari ketahui lebih lanjut mengenai rawatan fisioterapi.

 

Apa itu rawatan fisioterapi?

Fisioterapi fizikal merupakan satu rawatan secara menyeluruh penjagaan kesihatan.

Ia bertujuan untuk mengembalikan fungsi fizikal pesakit selepas menghadapi masalah kesihatan kronik mahupun kecederaan.

Rawatan fisioterapi juga dikenali sebagai pemulihan fizikal.

Pesakit akan diajar untuk melakukan pergerakan pada bahagian anggota yang bermasalah.

Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit melalui diagnosis, pemeriksaan dan rawatan fizikal.

Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan sebagai rawatan. Antaranya seperti terapi manual, terapi senaman dan elektroloterapi.

 

Objektif rawatan fisioterapi

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, rawatan terapi fizikal dijalankan untuk mencapai beberapa objektif:

  1. Membantu dalam merawat dan penjagaan pesakit yang terlantar di rumah ke arah meningkatkan kualiti hidup pesakit.
  2. Memberi panduan dan tunjuk ajar kepada pesakit dan keluarga bagi meningkatkan penjagaan diri.
  3. Membantu pesakit meneruskan rawatan (continuity of care) dan penjagaan di rumah sebagai kesinambungan rawatan selepas discaj dari hospital.
  4. Untuk menggalakkan penyertaan keluarga dan masyarakat dalam pengendalian pesakit terlantar bagi mengurangkan risiko kemasukan semula ke hospital.
  5. Meningkatkan dan mengekalkan julat pergerakan sendi.

 

Pusat fisioterapi PhysioMobile

physiomobile johor bahru

 

Anda boleh mendapatkan rawatan terapi fizikal di pusat fisioterapi atau di hospital.

Kebiasaannya, pesakit akan dirujuk oleh doktor pakar ke bahagian fisioterapi dan rehabilitasi di hospital.

Namun di hospital, pasti ramai pesakit lain yang ingin dapatkan rawatan. Anda mungkin terpaksa menunggu giliran dan mengambil masa yang lama.

Anda juga boleh dapatkan rawatan di pusat fisioterapi yang terletak berdekatan dengan rumah anda.

Pastikan rawatan diberikan oleh ahli fisioterapi yang mempunyai kelulusan.

Jika anda menetap di sekitar Johor Bahru, anda boleh segera dapatkan rawatan di PhysioMobile Johor Bahru.

 

Servis yang ditawarkan

physiomobile johor bahru

 

Pelbagai servis dan rawatan yang ditawarkan di PhysioMobile Johor Bahru.

Antaranya seperti:

  1. Rawatan sakit tulang belakang dan pinggang
  2. Rawatan sakit leher
  3. Rawatan sakit lutut
  4. Rawatan sakit bahu
  5. Rawatan untuk strok
  6. Rawatan kecederaan sukan
  7. Rawatan sakit kepala (tension headache)
  8. Servis fisioterapi ke rumah
  9. Servis fisioterapi korporat

 

PhysioMobile di Johor Bahru

PhysioMobile Malaysia merupakan pusat fisioterapi yang menyediakan rawatan terapi fizikal berkualiti tinggi.

Selain di Johor Bahru, pusat terapi fizikal ini juga telah membuka cawangan lain di Shah Alam dan Wangsa Melawati.

Rawatan yang diberikan adalah berpandukan manual technique physiotherapy.

Ia merupakan satu teknik yang berkesan dan disokong oleh bukti saintifik yang kukuh. Ia juga telah terbukti sebagai salah satu teknik fisioterapi yang berkesan.

Selain itu, semua ahli fisioterapi di PhysioMobile merupakan therapist terlatih dan berkelulusan. Kesemua mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi.

Di PhysioMobile Johor Bahru, anda boleh membuat pilihan samada ingin mendapatkan rawatan di klinik atau di rumah anda sendiri.

Sekiranya anda sukar untuk bergerak, pasukan PhysioMobile akan ke rumah anda.

Oleh itu, anda boleh dapatkan rawatan berkualiti tinggi dengan selesa di rumah anda sendiri.

Dapatkan rawatan fisioterapi terbaik di PhysioMobile Johor Bahru.

 

 

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *