fisioterapi malaysia

Physiotherapy Malaysia, Pusat Rawatan Fisioterapi Terbesar

Adakah anda sedang mencari klinik Physiotherapy Malaysia untuk merawat sakit badan yang tiada kesudahan?

Jika ya, berita baik untuk anda kerana kami daripada Physiomobile sedia membantu!

Kami menawarkan rawatan untuk pelbagai jenis sakit kronik termasuklah kecederaan sukan, pemulihan dan macam-macam lagi. 

Sebelum anda hubungi kami untuk dapatkan rawatan yang berkesan, mari lihat info-info penting mengenai Physiomobile!

6 Info Penting Mengenai Physiomobile

  1. Tentang Kami

Perkara pertama yang anda perlu tahu mengenai kami adalah pusat fisioterapi Physiomobile diasaskan pada tahun 2016. 

Meskipun pada waktu itu kami baru sahaja mula beroperasi, kami mula meraih kepercayaan daripada pesakit-pesakit terutamanya golongan warga emas. 

Setelah beberapa tahun kami beroperasi, pusat rawatan fisioterapi kami kian disebut-sebut oleh orang ramai. 

Disebabkan itu, pihak kami bercadang untuk membuka beberapa lagi cawangan baharu di negeri-negeri lain serta menambah kuantiti pekerja. 

Kami percaya bahawa dengan adanya perkhidmatan yang menyeluruh dan pekerja yang mencukupi, ia mampu memberi kelegaan daripada masalah sakit-sakit badan. 

Ahli fisioterapi di Physiomobile juga mempunyai kelulusan dalam bidang fisioterapi. 

Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menawarkan rawatan fisioterapi secara manual kepada pesakit-pesakit. 

Lebih menariknya, kami kini membuat perkhidmatan rawatan fisioterapi di rumah pesakit dan juga tempat kerja. 

Adakah rawatan Physiomobile hanya terhad untuk warga emas sahaja? 

Jawapannya, tidak.  

Rawatan fisioterapi daripada Physiomobile juga merangkumi untuk masalah badan yang sering dihadapi oleh orang-orang muda dan kanak-kanak. 

Sebagai contoh, kecederaan akibat daripada aktiviti sukan, pediatrik, dan juga geriatrik. 

Artikel berkait:

Dapatkan Rawatan Fisioterapi Terbaik Di Physiomobile

  1. Kelebihan Kami (Kenapa Anda Perlu Memilih Kami?)

Pasti anda tertanya-tanya mengapa anda perlu memilih Physiomobile sebagai solusi kepada masalah fisio yang dihadapi. 

Ini kerana kami merupakan ahli fisioterapi yang mempunyai kelulusan dalam bidang fisioterapi. Kami amat berdedikasi untuk merawat kesakitan fizikal supaya anda kembali pulih seperti sedia-kala. 

Bukan itu sahaja, kami turut mengamalkan rawatan fisioterapi dengan menggunakan protokol saintifik terkini. 

Kesakitan fizikal ini termasuk juga gangguan musculoskeletal seperti sakit belakang, sakit leher, sakit bahu, sakit lutut dan juga masalah lain-lain. 

Dalam pada itu, kami juga menyediakan perkhidmatan pemulihan secara menyeluruh untuk pesakit yang menghidapi masalah saraf, kecederaan sukan, pediatrik, geriatrik dan juga cedera selepas pembedahan. 

  1. Visi & Misi Kami

Pusat rawatan Physiomobile mempunyai visi dan misi tertentu. Kedua-dua visi dan misi adalah untuk membantu orang ramai menjalani aktiviti harian seperti biasa. 

Berikut merupakan visi dan misi Physiomobile: 

Visi: 

  • Untuk Memperkaya Kualiti Hidup Manusia di Asia Tenggara.

Misi: 

  • Menginspirasikan orang ramai untuk menjalani kehidupan yang baik melalui pengalaman pelanggan yang cemerlang
  • Mewujudkan komuniti yang lebih sihat dengan menggunakan intervensi berasaskan bukti terkini
  • Menghubungkan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua orang
  1. Lokasi Kami

Adakah anda berminat untuk menerima perkhidmatan fisioterapi daripada Physiomobile? 

Seperti yang dinyatakan di atas, Physiomobile berkembang serta meraih kepercayaan daripada rakyat Malaysia. 

Maka, cawangan kami makin bertambah agar lebih ramai orang boleh mendapatkan rawatan fisioterapi yang terbaik.

Berikut adalah alamat HQ kami di Setia Alam: 

Pysiomobile Hq, No 67-1, Jalan Eco Ardence C U12/ 36c, Eco Ardence, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan fisioterapi di cawangan-cawangan kami yang lain seperti: 

1. Physiomobile Shah Alam

2. Physiomobile Wangsa Melawati

3. Physiomobile Johor Bahru

4. Physiomobile Kota Damansara

5. Physiomobile Bandar Baru Bangi

6. Physiomobile Kuala Selangor

7. Physiomobile Bandar Puteri Bangi

8. Physiomobile Eco Ardence

9. Physiomobile Krubong Melaka

10. Physiomobile Seri Kembangan

11. Physiomobile Bandar Tun Hussein Onn

12. Physiomobile Bandar Botanik Klang

Artikel berkait:

Physiomobile: The Best Physiotherapy in Malaysia

  1. Cara Nak Hubungi Kami

Buat anda yang memerlukan sebarang konsultasi mahupun pertanyaan mengenai fisioterapi, anda boleh hubungi kami melalui nombor telefon ini (019-2779642). 

Selain itu, anda juga boleh menghantarkan e-mel ke alamat (hq@physiomobilemy.com).

Jangan risau. Kami akan menjawab setiap pertanyaan anda secara berhemah dan jelas. 

  1. Waktu Operasi Kami

Secara ringkasnya, Physiomobile memiliki waktu operasi seperti berikut: 

Isnin – Jumaat: 9:00 pagi – 10:00 malam. 

Sabtu – Ahad: 9:00 pagi – 6:00 petang.

Manakala, servis housecall kami pula adalah daripada 9:00 pagi hingga 6:00 petang.

Usah tunggu sakit dan masalah berlarutan! Segera hubungi Physiomobile.

Pakar terapi kami akan menemubual anda dan bertanya sejarah kesihatan anda untuk mengetahui jenis kecederaan sebelum melakukan pemeriksaan. 

  1. Proses rawatan di Physiomobile

Proses rawatan di Pysiomobile terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

  • Pemeriksaan 

Pertama sekali, sebelum proses rawatan dijalankan, pakar therapist kami akan mengajukan anda beberapa soalan berkaitan latar belakang dan kesemua sejarah kesihatan bayi anda. 

Kami mengambil berat tentang punca kecederaan yang dialami untuk menentukan rawatan yang sesuai untuk anda.

Seterusnya, therapist kami akan melakukan pemerhatian dan ujian-ujian fizikal berdasarkan ‘outcome measure’ tertentu.

  • Rawatan

Salah satu kepakaran kami adalah mengamalkan kaedah rawatan manual.

Melalui teknik ini, kami telah berjaya merawat pelbagai masalah fisio antaranya slip disc, scoliosis, spondylosis, bulging disc, sakit-sakit otot, dan sakit pada bahagian belikat. 

Seterusnya, selain merawat ketegangan otot, rawatan kami juga boleh menghilangkan kesakitan anggota badan, meningkatkan keupayaan fizikal dan meningkatkan kadar pergerakan.

Setelah beberapa sesi rawatan bersama kami, tiada lagi masalah sakit leher atau kesakitan pada anggota badan lain seperti sakit lutut dan kecederaan lain.

  • Konsultasi

Seterusnya, berdasarkan ilmu anatomi dan fisioterapi, therapist akan menerangkan dengan mendalam tentang kondisi anda.

Punca terjadinya masalah dan cara mengelakkannya juga akan diberikan perhatian.

Antara rawatan-rawatan lain yang anda boleh dapatkan di Physiomobile adalah:

  • Sports Injuries Treatment
  • Children Treatment
  • Knee Pain Treatment
  • Stroke Treatment
  • Shoulder Pain Treatment
  • Back Pain Treatment
  • Neck Pain Treatment

Secara kesimpulannya, Physiomobile merupakan pusat rawatan fisioterapi yang terbaik di seluruh Malaysia. 

Adakah anda sedang menghadapi masalah-masalah fizikal seperti yang dinyatakan di dalam artikel ini?

Usah tangguh lagi! Segera dapatkan perkhidmatan fisioterapi yang efektif dari kami sekarang.

Ingin Mendapatkan Rawatan Untuk Sakit Anda?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *