proses rawatan tisu lembut

PROSES PENYEMBUHAN TISU LEMBUT/OTOT

Fasa penyembuhan kecederaan tisu lembut

Kecederaan tisu lembut kebiasaannya dikategori berdasarkan jangka masa bermula sejak kecederaan terjadi dan proses penyembuhan yang berlaku dalam masa itu.

Akut- fasa perlindungan

Kecederaan tisu lembut dipanggil sebagai fasa akut bermula daripada masa mulanya kecederaan dan ketika sakit, pendarahan dan bengkak berada pada tahap paling teruk. Pada masa ini, badan anda akan berfungsi untuk melindungi kecederaan anda daripada menjadi lebih teruk. Jangka masa biasa untuk simptom akut ini akan berakhir dalam masa dua ke empat hari selepas kecederaan, tetapi perkara ini bergantung kepada bagaimana anda merawat kecederaan anda.

Sub-Akut – Fasa Pembaikan

Kecederaan tisu lembut dipanggil sebagai sub-akut apabila fasa permulaan akut bertukar kepada proses membaiki tisu yang cedera. Fasa ini kebiasaannya berlaku dalam masa 6 minggu selepas kecederaan apabila badan anda menghasilkan tisu yang baru dan tisu parut bertambah matang dan kuat.

Peringkat Akhir – Fasa Pembentukan Semula

Proses penyembuhan tisu lembut tidak berhenti pada minggu keenam sahaja. Penyembuhan adalah berterusan. Pada minggu keenam selepas kecederaan, tisu akan menjadi semakin matang tetapi apabila anda meregang, menguat dan memberi tekanan pada otot, tisu parut yang baru kadang kala tidak cukup kuat untuk mengatasi penambahan keperluan fizikal anda.

Apabila badan anda mengesan struktur yang dibaiki masih lemah, badan akan secara automatiknya merangsang penghasilan tisu baru untuk membantu menguatkan dan menyokong tisu yang sedang sembuh untuk mencapai keperluan normal senaman atau fungsi fizikal anda.

Jangka masa antara 6 minggu ke 3 bulan selepas kecederaan biasanya dipanggil sebagai fasa pembentukan semula.

Fasa Kronik – Pembaikan berterusan dan pembentukan semula

Lebih daripada 3 bulan dipanggil sebagai fasa kronik dan apabila sakit berlanjutan melebihi 3 bulan. Walaubagaimanapun, tisu lembut boleh tercedera berpunca daripada aktiviti harian dan bersenam apabila tisu belum betul-betul sembuh dan kuat.

Rawatan berbeza-beza bergantung kepada fasa.

Rawatan anda akan berubah-ubah bergantung kepada apa yang kecederaan anda perlukan. Ahli fisioterapi anda ialah orang yang paling tentang tentang diagnosis dan rawatan kecederaan tisu lembut serta teknik-teknik terbaik untuk kecederaan anda berdasarkan fasa penyembuhan.

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *