proses penyembuhan tulang

PROSES PENYEMBUHAN TULANG

PENYEMBUHAN TULANG

Tahukah anda, apabila anda mengalami patah tulang akibat kecederaan atau trauma, tulang anda akan melalui proses penyembuhan selepas daripada kecederaan berlaku. Proses ini akan berlaku dalam suatu had masa bergantung kepada jenis tulang yang patah.

Persoalannya bagaimanakah proses penyembuhan tulang berlaku?

Tulang yang mengalami kepatahan atau retak akibat kecederaan akan melalui proses penyembuhan tulang. Proses penyembuhan tulang patah ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat: keradangan, penghasilan sel tulang baharu dan pembentukan tulang

Image result for fracture repair

Peringkat keradangan

Peringkat keradangan bermula sejurus berlakunya kecederaan yang melibatkan patah tulang. Peringkat ini lazimnya mengambil masa sehingga seberapa hari selepas kecederaan.

Keradangan di bahagian tulang yang patah atau retak terjadi apabila pendarahan berlaku di kawasan tersebut, menyebabkan proses pembekuan darah berlaku di kawasan yang terjejas. Proses ini menyediakan struktur primer yang stabil bagi penghasilan sel tulang baharu kelak.

Peringkat penghasilan sel tulang baharu (bone production)

Peringkat kedua ini bermula apabila darah yang membeku tadi digantikan dengan tisu berserat (fibrous tissues) dan tisu rawan yang juga dikenali sebagai kalus lembut (soft callus).

Sepanjang proses penyembuhan, kalus lembut akan beransur-ansur menjadi kalus keras (hard callus). Kalus keras akan terlihat dalam imbasan sinaran X selepas beberapa minggu.

Pembentukan tulang (bone remodeling)

Peringkat akhir proses penyembuhan tulang akan mengambil masa beberapa bulan. Tisu tulang akan berterusan terbentuk dan menjadi padat sehingga mencapai komposisi tulang normal.

Peredaran darah di sekitar kawasan tulang juga akan meningkat menjadi lebih baik. ‘Weightbearing’ seperti berdiri atau berjalan boleh meningkatkan lagi proses  pembentukan tulang.

Berapa lama masa diambil untuk tulang benar-benar sembuh?

Image result for fracture repair

Tulang secara amnya mengambil masa enam hingga 12 minggu untuk benar-benar sembuh. Adalah menjadi kelaziman bagi kanak-kanak untuk sembuh lebih cepat berbanding orang dewasa.

Pakar bedah tulang kaki akan menentukan bila masanya pesakit boleh melakukan weightbearing di kawasan yang patah.

Hal ini bergantung kepada lokasi dan keparahan kecederaan yang dialami oleh pesakit selain mengambil kira jenis pembedahan yang dilakukan keatas pesakit dan faktor-faktor lain.

 

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *