Punca Sakit Tumit Kaki (Jangan Biar Melarat)

Sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas.

Namun, ada faktor lain yang akan menyebabkan anda sakit tumit kaki. Jadi, jangan ambil mudah tentang hal ini. 

Tak kiralah anda tidak aktif bersukan atau bukan dalam kalangan umur untuk sakit tumit, anda masih terdedah dengan faktor persekitaran yang akan menyebabkan anda sakit.

Ingin tahu lebih lanjut? Baca artikel ini untuk mengetahui puncanya dan mungkin anda boleh mendapat penyelesaian untuk merawat sakit tumit kaki.

Apa Itu Sakit Tumit?

sakit tumit kaki

Hari ini penyakit tidak lagi mengenal usia. Jika dahulu penyakit sinonim dikatakan menyerang golongan tua, kini golongan muda juga tidak terkecuali.

Cara pemakanan, gaya hidup tidak sihat dan sejarah penyakit keluarga boleh menyumbang kepada masalah kesihatan.

Siapa yang pernah merasai sakit tumit kaki memang akan terasa seksa untuk berjalan.

Setiap kali bangun tidur pasti kaki tak dapat memijak lantai dengan baik dan jalan pun terhencut-hencut.

Sakit tumit kaki terjadi oleh plantar fasciitis, iaitu satu keadaan sindrom bonjolan tulang.

Dalam Bahasa Inggeris, sakit tumit kaki dipanggil heel spur syndrome.

sakit tumit kaki

Bonjolan tulang pada tulang tumit iaitu pada bahagian bawah tulang mengakibatkan kepada rasa sakit tersebut.

Antara faktor yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki adalah fraktur tekanan, tendonitis, artritis, kerengsaan saraf dan cyst (paling jarang berlaku).

 

Punca Sakit Tumit

Terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan masalah ini berlaku.

1.Plantar Fasciitis

sakit tumit kaki

Plantar Fasciia merupakan tisu di bahagian tapak kaki yang berperanan menyamaratakan tekanan di bahagian kaki.

Tekanan dalam tempoh yang lama atau berlanjutan seperti berjalan terlalu jauh boleh mendatangkan kecederaan di kawasan tisu dan keradangan.

2.Pad Lemak Kaki Berkurang

Terjadi di kalangan mereka yang menghidap sakit autoimun, iaitu tisu lemak di bahagian tumit berkurangan dan menyebabkan fungsi lemak untuk menyerap hentakan di bahagian kaki berkurangan.

Ini menyebabkan bahagian bawah kaki mengalami kecederaan dan sakit tumit.

3.Calcaneal Spur

sakit tumit kaki

Ada wanita yang gemar memakai kasut tumit tinggi dalam tempoh yang lama. 

Keadaan ini akan menyebabkan tekanan di bahagian tumit dan tulang tumbuh secara tidak normal pada bahagian tulang tumit kaki.

4.Sindrom Terowong Tarsal

Saraf di bahagian kaki dihubungkan oleh satu terowong.

Jika saraf berkenaan dihimpit atas beberapa sebab maka ia akan mendatangkan kesakitkan pada tumit.

5.Keradangan Tisu Badan

Keadaan di mana sel darah putih akan menyerang sel badan sendiri dan akhirnya menyebabkan keradangan dan rasa sakit pada kawasan badan yang diserang.

Sakit tumit kaki boleh terjadi jika sel darah putih menyerang di bahagian kaki.

 

Petua Hilangkan Sakit Tumit Kaki

Ada pelbagai petua turun-temurun orang-orang terdahulu yang dikatakan mampu merawat sakit tumit kaki.

Antara yang paling terkenal adalah penggunaan buah betik muda.

sakit tumit kaki

Buah betik muda berkenaan dibakar di atas api dapur sehingga hangus.

Selepas dibakar, angkat dan alaskan dengan kain yang tebal.

Letak kaki di atas betik dan biarkan lama sehingga betik menjadi suam.

Buka kain dan tekan dengan kaki pada betik tersebut sehingga berlubang.

Rendam tumit ke dalam air betik tadi.

 

Rawatan Yang Boleh Anda Dapatkan

Ada beberapa kaedah rawatan yang anda boleh lakikan untuk mengurangkan dan menghilangkan sakit tumit kaki yang dialami.

1.Senaman Tapak Kaki

Amalkan regangan tapak kaki supaya aliran oksigen dan darah di kawasan kaki dan tumit lancar.

Caranya, duduk di atas kerusi dan silangkan kaki ke atas satu lagi lutut, bengkokkan pangkal jari dan tarik ke arah badan sehingga anda dapat rasa regangan yang selesa.

Tahan regangan sehingga 30 saat dan ulang sebanyak lima hingga 10 kali tanpa membuatkan ia berasa sakit.

 

2.Senaman Heel Spurs

sakit tumit kaki

Dalam keadaan berdiri dengan satu kaki lurus (kaki belakang) dan satu lagi bengkok (kaki hadapan), pastikan tapak kaki tidak terangkat.

Gerakkan badan ke hadapan sehingga tapak kaki dan otot betis terasa tegang.

Tahan kedudukan ini selama 10 saat, rehat dan luruskan kaki anda semula.

Lakukan sebanyak 20 kali untuk setiap tumit kaki.

Lebih lanjut, dapatkan cara senaman di sini.

 

3.Rendaman Kaki

sakit tumit kaki

Rutin ini amat elok untuk melegakan tekanan pada tapak kaki.

Sediakan air suam yang dicampur garam kasar dan rendam kaki sehingga setengah jam sehingga tumit kaki berasa lebih relaks.

 

4.Steroid

sakit tumit kaki

Ramai memilih rawatan ini selepas beberapa kaedah yang disebut seperti di atas tidak menampakkan kesan positif.

Cara ini akan memberi rasa selesa pada tumit kaki namun mempunyai kesan negatif lain seperti fat pad athropy.

 

Sekiranya anda sedang mencari rawatan fisioterapi sama ada untuk sakit belakang, sakit leher, sakit lutut, pemulihan strok atau kecederaan sukan, dapatkan khidmat tersebut di Physiomobile.

Physiomobile merupakan pusat fisioterapi terbaik dengan menggunakan Manual Terapi dan menyediakan rawatan dari rumah ke rumah yang berkualiti tinggi.

 

Mereka juga mempunyai rehab yang komprehensif dan intensif kepada pesakit yang mengalami masalah neurologi, kecederaan sukan, pediatrik, geriatrik dan juga pesakit yang telah menjalani pembedahan.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *