rawatan sakit bahu

4 Punca Utama Anda Menghidap Masalah Sakit Bahu

Semakin kita meningkat usia, semakin banyak kesakitan yang alami seperti sakit bahu yang biasanya akan dialami oleh ramai orang di Malaysia.

Ia merupakan perkara yang sering berlaku dalam kalangan rakyat. Oleh itu, perkara ini perlu diambil dengan serius kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain juga.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda punca sakit bahu dan juga rawatan sakit bahu di Physiomobile jika anda mengalaminya.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

4 Punca Anda Mengalami Sakit Bahu

Ini adalah beberapa sebab yang mungkin menjadi penyebab anda mengalami kesakitan ini.

  1. Kecederaan Di Rotator Cuff

sakit bahu

Untuk pengetahuan anda, otot ini merupakan otot yang penting di dalam badan manusia. Ia berfungsi untuk menstabilkan sendi bahu anda.

Jika terdapat kecederaan kepadanya, ia akan memberi kesan yang buruk kepada bahu anda dan seterusnya akan menyebabkan kesakitan kepada anda.

Kecederaan otot Rotator Cuff terbahagi kepada 3 kumpulan:

Otot-otot Rotator Cuff koyak – Jika terdapat masalah seperti regangan yang selalu berlaku kepada otot ini, ia boleh menyebabkan ia terkoyak.

Keradangan tendon – Keradangan tendon iaitu tendinitis juga merupakan satu kecederaan yang boleh berlaku kepada anda terutamanya bagi mereka yang suka bermain sukan seperti tenis.

Keradangan bursa – Bursa iaitu kantung berisi cecair yang berada di tendon dan tulang bawah Rotator Cuff, juga menyebabkan kecederaan otot berlaku di bahu anda.

  1. Tulang Terkehel

Sekiranya berlaku kecederaan yang menyebabkan impak yang kuat kepada bahu anda, ia boleh menyebabkan tulang di bahu anda terkeluar dari soket bahu .

Jika bahu anda terkehel, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain berlaku seperti kecederaan kepada saraf dan tisu anda.

Ini boleh menyebabkan masalah yang berpanjangan berlaku kepada anda.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa tanda yang anda boleh lihat untuk tahu jika anda mengalami bahu yang terkehel. Antaranya adalah:

  • Tidak boleh gerak bahu
  • Kesakitan yang teruk pada bahu
  • Bahu mempunyai bengkak
  1. Frozen Shoulder

sakit bahu

Frozen shoulder iaitu kekakuan bahu juga merupakan punca anda mengalami kesakitan pada bahu. Ini biasanya akan berlaku kepada mereka yang berusia pada umur 50 hingga 60-an.

Antara tanda yang boleh menunjukkan bahawa anda sedang mengalami masalah ini adalah seperti berikut:

  • Bahu tidak boleh bergerak dengan banyak
  • Kesakitan yang teruk pada bahu

Bagi mereka yang mengalami masalah ini dengan kadar teruk, ia boleh mengganggu waktu tidur dan penyakit ini boleh mengambil masa untuk proses selama 3 tahun.

  1. Penyakit Osteoartritis

Osteoartritis merupakan masalah tulang yang sering berlaku kepada mereka yang sudah berusia. Selain daripada sendi lain, ia juga boleh berlaku kepada bahu anda.

Ia akan menyebabkan kesakitan pada bahu anda dan akan memberi kesan yang buruk setiap kali anda melakukan sesuatu kerana bahu anda tidak mampu berfungsi dengan baik.

Antara faktor yang menyebabkan anda mengalami masalah ini adalah seperti faktor genetik, usia, kecederaan dan lain lain. Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa.

Artikel berkait:

Rawatan Sakit Bahu Paling Berkesan Di Malaysia

Dapatkan Rawatan Sakit Bahu di Physiomobile

Jika anda mengalami masalah kesakitan pada bahu dan ingin merawatnya, anda boleh mencuba untuk mendapatkan rawatan bersama Physiomobile!

Untuk memastikan proses berjalan dengan lancar dan berjaya dilakukan, proses rawatan dibahagikan kepada beberapa bahagian:

  • Pemeriksaan

Sebelum anda menjalani proses rawatan, proses pemeriksaan bersama pakar therapist akan dijalankan dahulu untuk memastikan anda sudah bersedia.

Soalan-soalan serta ujian fizikal akan berlaku supaya dapat tahu jika anda berada dalam keadaan yang sesuai untuk proses rawatan.

  • Rawatan

Selepas anda berjaya melalui proses pemeriksaan, anda akan terus dibawa untuk proses rawatan pula. 

Kami di Physiomobile bangga bahawa salah satu kepakaran kami adalah mengamalkan kaedah rawatan manual!

Selain dari merawat sakit bahu, kami juga boleh merawat kasakitan lain yang anda mungkin mengalami seperti slip disc, scoliosis, spondylosis, bulging disc, dan sakit-sakit otot.

Anda akan berasa lebih tenang dan bebas dari kesakitan setelah beberapa sesi rawatan bersama kami!

  • Konsultasi

Proses yang terakhir setelah anda siap proses rawatan adalah konsultasi bersama therapist kami. Dia bertanggungjawab untuk menerangkan dengan mendalam tentang kondisi anda.

Ini diadakan supaya anda dapat nasihat serta langkah-langkah untuk mengelakkan anda mengalami masalah yang lain pada masa hadapan.

Selain dari rawatan untuk bahu anda, terdapat juga rawatan yang lain seperti:

  • Sports Injuries Treatment
  • Children Treatment
  • Knee Pain Treatment
  • Stroke Treatment
  • Back Pain Treatment
  • Neck Pain Treatment

Artikel berkait:

Kisah Rawatan Sakit Bahu di PHYSIOMOBILE

Kesimpulannya, sakit bahu merupakan satu jenis kesakitan yang tidak boleh ambil dengan mudah kerana ia boleh menyebabkan masalah yang lebih besar berlaku kepada anda.

Jika anda mencari pusat rawatan fisioterapi yang terbaik di Malaysia, anda disarankan untuk memilih kami di Physiomobile!

Kami berjanji untuk memberi anda servis yang terbaik untuk membantu anda bebas dari segala kesakitan yang anda mengalami.

Usah tangguh lagi! Segera dapatkan perkhidmatan fisioterapi yang efektif dari kami sekarang. 

Ingin Mendapatkan Rawatan Untuk Sakit Anda?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *