rawatan fisioterapi

Rawatan Fisioterapi Bantu Pesakit Lawan Covid-19

Umum mengetahui wabak Covid-19 bukanlah sakit seperti demam dan batuk yang biasa.

Tahukah anda, anda boleh melawan kondisi tersebut dengan mendapatkan rawatan fisioterapi?

Anda mungkin pernah dengar, Covid datang dalam pelbagai varian dan setiap varian mempunyai simptom yang berbeza-beza.

Tetapi satu persamaan bagi setiap varian Covid ini adalah ia melemahkan badan sehinggakan membawa maut jika ia sampai tahap yang kritikal. 

Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana rawatan fisioterapi dapat membantu bekas pesakit Covid dalam kembalikan kesihatan seperti sedia kala.

Gejala Covid-19 Melemahkan Badan

rawatan fisioterapi

Covid boleh menyebabkan pelbagai gangguan kesihatan seperti gangguan sistem pernafasan, jangkitan paru-paru, kegagalan buah pinggang dan banyak lagi. 

Yang lebih menakutkan lagi, Covid melemahkan badan walaupun setelah anda sembuh daripada penyakit ini. 

Segelintir bekas pesakit Covid-19 terutamanya kategori empat dan lima melaporkan mengalami sindrom ‘Long Covid’ dan Sindrom Post Covid.

Menurut garis panduan British National Institute of Care Excellence, Long Covid merujuk kepada gejala berterusan melepasi tempoh empat minggu jangkitan.

Jika berterusan hingga melepasi 12 minggu jangkitan, ia adalah Sindrom Post Covid.

Antara gejala yang dialami adalah seperti sukar bernafas, sukar tidur nyenyak, cepat lesu, batuk berpanjangan masalah keresahan, kerap demam, lemah badan dan sakit kepala. 

Seperti yang dilaporkan oleh seorang bekas pesakit dalam Harian Metro, selepas dua bulan keluar dari wad, bekas pesakit ini terasa seperti hendak pengsan ketika bersenam dan joging.

Seorang lagi bekas pesakit mengatakan beliau sering cepat letih dan penat apabila ingin memulakan sesuatu pekerjaan.

Selain itu, ada juga bekas pesakit yang mengambil masa sehingga empat bulan sebelum badan beliau pulih sepenuhnya.  

Keadaan ini menyeksakan kerana ia boleh mengganggu aktiviti harian dan memberi impak kepada kualiti kehidupan seseorang. 

Sihat Dari Covid Tidak Bermakna Kembali Normal

rawatan fisioterapi

Ternyata, kesan Covid-19 boleh menjejaskan tubuh badan kita dalam jangka masa yang lama. 

Terdapat bekas pesakit Covid yang mengambil masa sebulan selepas keluar dari wad untuk pulih daripada batuk kesan penyakit ini.

Selain itu, terdapat juga laporan tentang suara dan deria rasa yang lambat pulih walaupun telah sembuh daripada Covid. 

Menurut Berita Harian yang menemu ramah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendapati tempoh pemulihan penyakit Covid beliau agak perlahan.

Beliau menyatakan menghidapi Sindrom Post Covid iaitu sakit anggota badan, lemah badan dan demam sehingga 38.9 darjah Celcius dalam laporan berita yang sama. 

Ternyatalah bahawa pulih daripada Covid-19 tidak bermakna keadaan akan kembali kepada asal terutamanya sistem imunisasi badan kita. 

Namun, terdapat pelbagai cara dan rawatan yang boleh bantu pesakit untuk mengatasi Covid-19 seperti rawatan fisioterapi seperti yang dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri kita.

Beliau telah mengambil langkah bijak untuk menjalani sesi fisioterapi untuk memulihkan kekuatan paru-paru dan kembalikan kesihatan beliau.

Rawatan Fisioterapi Bantu Pesakit Lawan Covid-19 

rawatan fisioterapi

Rawatan yang ada pada masa ini adalah untuk melegakan gejala atau dipanggil sebagai symptomatic relief.

Contohnya, jika seseorang menghidapi demam setelah pulih daripada Covid, rawatan bagi menurunkan suhu badan akan diberikan.

Jika kesakitan adalah pada sistem muskuloskeletal seperti kesakitan otot dan kelemahan anggota tubuh, bekas pesakit mungkin perlukan rawatan rehabilitasi seperti fisioterapi. 

Fisioterapi yang membantu dalam mobilisasi atau pergerakan bekas pesakit dapat bantu menguatkan sistem pernafasan dan membantu dalam mendapatkan semula mobilisasi mereka.

Seorang pesakit Covid mengesahkan bahawa fisioterapi telah membantu beliau mendapatkan pernapasan yang lebih lancar.

Antara usaha yang dilakukan oleh pesakit Covid dalam melawan penyakit ini adalah senaman ringan seperti berjalan dan terapi posisi iaitu posisi meniarap.

Posisi meniarap secara sedar atau teknik proning ini dapat membantu meningkatkan kadar saturasi oksigen yang berada di bawah 94 peratus. 

Bagi melakukan teknik ini, anda perlukan 3-5 bantal.

Semasa berada dalam posisi meniarap, letakkan satu bantal di bawah leher, dua di antara dada hingga peha atas dan dua lagi di bawah tulang kering.

Posisi baring boleh diubah menghadap ke kanan atau ke kiri dan jumlah bantal perlu disesuaikan mengikut keselesaan dan kawasan tekanan.

Pastikan anda menunggu setelah 1 jam selepas makan untuk melakukan teknik proning ini.

Mengikut kadar oksigen dalam darah, anda boleh lakukan sehingga 16 jam sehari atau jika kesulitan pernafasan tidak kritikal, boleh lakukan 2-8 jam sehari.

Namun, anda perlu pastikan anda tidak mengalami apa-apa kondisi kesakitan lain sebelum melakukan teknik proning ini.

Dapatkan nasihat ahli fisioterapi sebelum meneruskan dengan latihan fisioterapi ini. 

rawatan fisioterapi

Anda boleh dapatkan nasihat dan rawatan fisioterapi di Physiomobile Malaysia yang menawarkan rawatan fisioterapi yang berkesan secara manual, rawatan di rumah dan konsultasi.

Kini, anda boleh mendapatkan rawatan fisioterapi di Physiomobile dengan mengambil servis “Post Covid-19 Rehabilitation”

Rawatan pemulihan ini bertujuan membantu mereka yang pernah dijangkiti dengan Covid-19.

Pemulihan Fisioterapi merupakan elemen penting untuk pemulihan sepenuhnya bagi pesakit yang mengalami COVID-19.

Oleh itu, Physiomobile kini menawarkan pakej baru khas untuk mereka yang selamat dari Covid-19 dengan tawaran yang menarik.

Anda akan mendapatkan rawatan terbaik daripada ahli fisioterapi yang pakar dan berkelayakan di Physiomobile. 

Pakar fisioterapi kami mempunyai kepakaran dalam pelbagai masalah seperti pediatrik, geriatrik neurologi, trauma akibat kecederaan dan kemalangan. 

Bukan rawatan fisioterapi untuk bantu pesakit Long Covid dan Sindrom Post Covid sahaja yang ditawarkan, rawatan untuk sakit leher, bahu, belakang badan dan strok juga kami tawarkan.

Anda tak perlu risau kerana kami menyediakan sesi konsultasi di mana pakar terapi akan menerangkan dengan mendalam tentang kondisi anda berdasarkan ilmu anatomi dan fisioterapi.

Pemeriksaan juga didahului dengan soal jawab tentang latar belakang dan sejarah kesihatan untuk memahami kesakitan yang anda hadapi dengan lebih baik.

Rawatan pula akan menggunakan kaedah manual technique physiotherapy yang berstruktur dan berfokus.

Jadi, tunggu apa lagi?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *