rawatan fisioterapi terbaik

Dapatkan Rawatan Fisioterapi Terbaik Di Physiomobile

Pernahkah anda mengalami kecederaan semasa melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan atau mempunyai keseimbangan yang rendah sehingga selalu jatuh?

Adakah anda selalu sakit-sakit di bahu, leher atau belakang badan tetapi menyangkakan ia akan pulih dengan sendirinya?

Sudah tiba masanya untuk anda dapatkan rawatan fisioterapi. 

Kenapa, anda tanya? 

Mari kami kongsikan kepentingan fisioterapi dan di manakah anda boleh dapatkan rawatan fisioterapi terbaik di Malaysia.

Kenapa Fisioterapi Penting Untuk Anda?

rawatan fisioterapi terbaik

Bagi menjawab persoalan mengapa fisioterapi penting untuk anda, kami senaraikan 10 kepentingan fisioterapi. 

  1. Menguruskan masalah kesihatan disebabkan faktor usia

Apabila kita meningkat usia, macam-macam masalah kesihatan yang muncul seperti arthritis, osteoporosis dan penggantian sendi. 

Keseimbangan turut terjejas dan risiko untuk jatuh akan semakin tinggi.

Fisioterapi boleh membantu anda pulih daripada penggantian sendi dan menangani isu-isu kesihatan menua seperti arthritis dan osteoporosis.

  1. Tingkatkan keseimbangan dan elakkan jatuh

Pada sesi awal fisioterapi, ahli fisioterapi akan menguji keseimbangan untuk melihat tahap risiko jatuh anda.

Jika risiko jatuh anda tinggi, ahli fisioterapi akan sediakan senaman untuk meningkatkan keseimbangan anda. 

Ahli fisioterapi juga akan bantu anda memperbaiki koordinasi dan penggunaan alat bantuan bagi memudahkan pergerakan seperti berjalan.

Selain itu, jika anda selalu menghidap pening atau vertigo, ahli fisioterapi boleh bantu anda lakukan gerakan tertentu yang boleh pulihkan fungsi vestibular anda dengan betul dan cepat. 

  1. Menguruskan diabetes 

Bagi tangani diabetes, fisioterapi membantu dalam bentuk menyediakan senaman yang berkesan untuk mengawal gula dalam darah. 

Selain itu, fisioterapi juga bantu mengajar pesakit diabetes cara penjagaan kaki bagi mengelakkan masalah hilang deria rasa pada kaki. 

  1. Kurangkan atau hilangkan kesakitan

Senaman terapeutik dan teknik terapi manual seperti mobilisasi sendi dan tisu lembut atau rawatan seperti ultrasound atau rangsangan elektrik boleh membantu melegakan kesakitan. 

Selain itu, senaman-senaman ini juga boleh memulihkan fungsi otot dan sendi untuk mengurangkan kesakitan.

Terapi sedemikian juga boleh menghalang kesakitan daripada kembali.

  1. Tingkatkan mobiliti

Jika anda mempunyai masalah pergerakan, tidak mengira usia, fisioterapi boleh bantu dengan senaman yang meregang dan menguatkan otot anda.

Ahli fisioterapi juga boleh mendapatkan alat bantuan dan preskripsi jika anda perlukannya. 

  1. Elakkan pembedahan 

Jika fisioterapi membantu anda menghilangkan kesakitan atau sembuh daripada kecederaan, pembedahan mungkin tidak diperlukan.

Jika perlu pembedahan, anda boleh dapatkan fisioterapi pra-pembedahan bagi menguatkan badan anda supaya dapat pulih dengan cepat. 

  1. Pulih daripada strok

Jika anda menghidapi strok, anda boleh kehilangan fungsi dan pergerakan bagi sesetengah bahagian badan anda.

Fisioterapi dapat bantu anda perkuatkan semula otot dan sendi anda serta membantu anda perbaiki cara jalan dan keseimbangan anda.

Anda juga boleh kurang bergantung dengan pihak lain dengan melakukan senaman yang membolehkan anda lakukan aktiviti harian seperti ke tandas dan memakai baju sendiri. 

  1. Pulih dan elak daripada kecederaan sukan 

Ahli fisioterapi memahami risiko yang datang dengan sukan yang berbeza dan boleh merangka pelan senaman yang boleh mengurangkan risiko tersebut.

Selain itu, fisioterapi juga boleh bantu anda pulih jika anda mengalami kecederaan semasa bersukan. 

  1. Menguruskan masalah kesihatan wanita

Wanita mempunyai isu-isu kesihatan yang tersendiri seperti kehamilan dan penjagaan selepas bersalin. 

Ahli fisioterapi boleh menawarkan senaman spesifik bagi isu yang berkaitan dengan kesihatan wanita. 

Selain itu, fisioterapi boleh menyediakan rawatan khusus untuk masalah usus, kanser payudara, sembelit, fibromyalgia, lymphedema, sakit pelvis dan masalah kencing.

  1. Menguruskan sakit jantung dan paru-paru 

Jika anda mengalami serangan sakit jantung yang boleh mengganggu aktiviti harian anda, anda boleh dapatkan fisioterapi.

Fisioterapi membantu meningkatkan kualiti hidup melalui latihan pengukuhan dan pernafasan, serta membantu pesakit membersihkan cecair dalam paru-paru.

Physiomobile: Pusat Fisioterapi Terbaik di Malaysia

rawatan fisioterapi terbaik

Sekarang anda tahu betapa pentingnya fisioterapi, anda mesti mahu menempah temujanji dengan segera, bukan?

Tak perlu mencari tempat lain kerana kami membawakan kepada anda pusat fisioterapi terbaik di Malaysia– Physiomobile!

Physiomobile terdiri daripada pakar-pakar yang arif dalam merawat gangguan muskuloskeletal seperti sakit belakang, sakit leher, sakit lutut dan banyak lagi.

Physiomobile juga menyediakan pemulihan intensif untuk pesakit yang mempunyai masalah neurologi, kecederaan sukan, pediatrik, geriatrik dan terapi selepas pembedahan!

Tidak kira umur atau jantina anda, jika anda mengalami kesakitan yang menjejaskan pergerakan dan keseimbangan anda, dapatkan janji temu dengan Physiomobile!

Pakar fisioterapi kami disahkan berkelayakan untuk menilai, merancang dan menyediakan terapi fizikal yang anda perlukan.

Kami menggunakan fisioterapi teknik manual dan senaman berstruktur yang memfokuskan kepada masalah kesihatan anda untuk membantu anda pulih dengan baik.

Anda boleh mendapatkan konsultasi dengan ahli terapi kami untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.

Physiomobile memastikan anda mendapat rawatan fisioterapi yang berkesan berdasarkan keperluan kesihatan anda.

Jadi, apa tunggu lagi?

Ingin Mendapatkan Rawatan Untuk Sakit Anda?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *