RAWATAN HIDROTERAPI

RAWATAN HIDROTERAPI UNTUK PESAKIT NEURO

  • Pergerakan atau mobiliti untuk pesakit neuro boleh bertambah baik dengan melakukan senaman hidroterapi.

  • Hal ini kerana, anda dapat melakukan aktiviti yang anda tidak dapat lakukan di darat dengan melakukannya di dalam kolam renang.

  • Air dapat memberi sokongan dan mengurangkan risiko jatuh dan membantu melakukan latihan mobiliti.

  • Air juga mempunyai ciri-ciri rintangan yang dapat meningkatkan kekuatan otot, keseimbangan dan koordinasi jika melakukan senaman di dalam air.

Hidroterapi sangat bagus untuk merawat pelbagai masalah neuromuskular seperti –

  • strok

  • kecederaan otak

  • kecederaan tulang belakang

  • masalah Parkinson’s

  • Multiple Sclerosis (MS)

  • Muscular Dystrophy

  • Cerebral Palsy (CP)

  • Guillain-BarrĂ© syndrome (GBS)

  • Fibromyalgia

  • Myalgic Encephalopathy (ME)

  • Motor Neuron disease (MND)

  • Chronic Fatigue syndrome

  • Pesakit lebih berminat untuk melakukan rawatan hidro kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit, kekejangan otot, pergerakan sendi yang terhad, otot lemah, peredaran darah yang tidak bagus, ketidakstabilan dan lumpuh.

  • Kebanyakan prinsip umum senaman darat juga digunakan untuk senaman di dalam air, seperti memanaskan badan dan menyejukkan badan dan rehat yang mencukupi antara sesi (contohnya satu hari).

  • Paling penting, senaman haruslah berfokus kepada mencapai matlamat yang diingini oleh pesakit, bermakna dan relevan kepada individu tersebut.

  • Jenis senaman yang sering digunakan dalam air termasuklah senaman kekuatan, kecergasan, keseimbangan, regangan dan relaksasi.

 
RAWATAN HIDROTERAPI
RAWATAN HIDROTERAPI

Regangan dan relaksasi (senaman hidroterapi untuk rehabilitasi neuro)

  • Ramai pesakit yang menghadapi masalah muskuloskeletal mengikuti senaman regangan dan relaksasi seperti pergerakan pasif atau urutan.

  • Senaman ini juga boleh dimasukkan dalam program senaman dalam air (hidro), bagi individu yang mempunyai pergerakan terhad disebabkan rasa sakit ketika melakukan aktiviti di darat.

  • Latihan akuatik ini dapat menggerakkan otot dan sendi pesakit melebihi kemampuan mereka di darat.

Pengubahsuaian latihan

  • Aktiviti regangan mungkin sukar bagi individu yang mengalami masalah kekejangan yang teruk atau spastik.

  • Adalah penting untuk fisioterapi memastikan posisi pesakit barada dalam keadaan yang betul bagi mengelakkan ketegangan yang berlebihan pada badan pesakit itu sendiri.

  • Posisi yang betul akan memberi keselesaan kepada fisioterapi dan pesakit ketika melakukan senaman regangan.

  • Pesakit yang mempunyai masalah spastik dan kawalan otot yang aktif boleh mendapat manfaat daripada teknik regangan.

  • Hal ini kerana, pengecutan dan regangan otot yang berulang akan meningkatkan relaksasi otot dan meningkatkan keselesaan dan keupayaan pesakit untuk terlibat dalam sesi latihan senaman akuatik/hidroterapi.

1 thought on “RAWATAN HIDROTERAPI UNTUK PESAKIT NEURO”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *