rawatan kanak-kanak

Rawatan Kanak-Kanak Yang Lewat Perkembangan

Pernahkah anda lihat kanak-kanak yang merangkak masih belum dapat berjalan? Mungkin dia perlu dapatkan rawatan kanak-kanak dengan segera.

Setiap kanak-kanak diciptakan berbeza. Tetapi anda tertanya-tanya, mengapa terlalu lama masa diambil untuk berjalan? Apakah rawatan kanak-kanak yang sesuai?

Jangan tak tau, mungkin anak itu mengalami masalah Global Developmental Delay (GDD).

Baca dengan lebih lanjut untuk mengetahui simptom dan puncanya. Mungkin anda akan jumpa cara rawatan yang sesuai.

Apa Itu Global Developmental Delay (GDD)

syndrome down

Globat Developmental Delay atau GDD secara ringkasnya bermaksud perkembangan kanak-kanak yang lewat dari usia yang sepatutnya. Ia merangkumi sosial, emosi, perkembangan motor, kognitif, bahasa dan pertuturan.

Kanak-kanak GDD ini dikategorikan sebagai kanak-kanak yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah berbanding kanak-kanak normal yang sebaya dengannya. GDD boleh berlaku seawal usia bayi beberapa bulan hingga berumur 18 tahun.

Kanak-kanak tersebut akan di diagnos sebagai GDD apabila terdapat lewat perkembangan yang lebih dari 2 kategori kebolehan berikut:

  • Perkembangan motor kasar
  • Perkembangan motor halus
  • Penglihatan
  • Komunikasi
  • Kebolehan sosial

Punca GDD

kanak-kanak

Masalah GDD ini tiada punca yang khusus. Namun, terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang pada keadaan ini. Ia termasuk:

  • Faktor genetik seperti syndrome down
  • Kromosom dan perkembangan otak yang tidak normal
  • Komplikasi semasa mengandung atau kelahiran – bayi kelahiran pramatang lebih berisiko
  • Keracunan plumbum
  • Penyakit berbahaya seperti congenital rubella dan meningitis

Ciri-Ciri Masalah GDD

Image result for baby sit

Sebagai ibu bapa, anda boleh lihat dan kesan jika anak anda mengalami GDD. Kanak-kanak yang mengalami masalah GDD akan menunjukkan ciri-ciri berikut:

  • Bayi berumur 6 bulan tidak mampu untuk berguling
  • Bayi berumur 8 bulan tidak mampu untuk duduk tanpa sokongan
  • Bayi berumur 12 bulan tidak mampu merangkak
  • Bayi berumur 15 bulan belum mampu berjalan
  • Mempunyai masalah komunikasi dan sosial
  • Mempunyai masalah untuk menggerakkan tangan dan kaki

Tidak semua anak akan menunjukkan simptom yang sama. Anda boleh rujuk kepada pakar untuk dapatkan rawatan kanak-kanak.

Kategori Masalah Lewat Perkembangan

Terdapat 4 kategori masalah lewat perkembangan yang boleh berlaku di kalangan kanak-kanak dengan GDD:

1. Perkembangan pergerakan dan motor yang lambat

rawatan kanak-kanak

Kelewatan perkembangan kanak-kanak mungkin disebabkan oleh masalah motor kasar, seperti bermain bola, atau masalah motor halus, seperti mewarna. Simptom yang boleh dilihat adalah:

  • Bayi berusia 6 bulan tidak boleh berguling
  • Bayi berusia 8 bulan tidak boleh duduk tanpa sokongan
  • Bayi berusia 12 bulan tidak boleh merangkak
  • Bayi berusia 15 bulan belum mampu untuk berjalan

2. Perkembangan bahasa dan pertuturan yang lambat

rawatan kanak-kanak

Kelewatan pertuturan kanak-kanak mungkin disebabkan oleh:

  • Kecelaruan bahasa
  • Mengalami kesulitan untuk memahami arahan

Simptom yang boleh dilihat adalah:

  • Anak berumur 3 tahun masih gagal untuk bertutur dalam frasa pendek
  • Anak berumur 4 tahun gagal menggunakan perkataan lebih dari 3 suku kata pada ayat sempurna.
  • Anak berumur 5 tahun mengalami masalah untuk memahami dua arahan pada masa yang sama. Selain itu, mengalami masalah kekeliruan untuk memberikan nama sendiri dengan lengkap.

3. Perkembangan sosial dan emosi yang lambat

rawatan kanak-kanak

Kelewatan perkembangan sosial dan emosi akan menyebabkan mereka mengalami masalah komunikasi dengan rakan-rakan lain yang sebaya.

Masalah ini boleh dilihat melalui ciri-ciri berikut:

  • Anak berumur 3 tahun tidak menunjukkan minat terhadap orang lain. Mereka juga mengalami masalah sukar untuk berpisah dengan penjaga
  • Anak berumur 4 tahun menunjukkan sifat yang ingin menyendiri, sehingga mengabaikan ahli keluarga yang lain
  • Anak berumur 5 tahun tidak menunjukkan perasaan minat terhadap kanak-kanak lain. Mereka juga gemar menunjukkan perasaan takut, malu, sedih, bertindak agresif dan tidak menunjukkan emosi yang sebenar.

4. Perkembangan berfikir dan kognitif yang lambat

rawatan kanak-kanak

Masalah perkembangan kognitif boleh berlaku disebabkan oleh genetik tidak normal, anak kelahiran pramatang, sistem saraf tidak normal dan masalah yang terjadi semasa proses bersalin.

GDD dapat dikesan melalui ciri-ciri berikut:

  • Anak berusia 3 tahun – masalah untuk memahami arahan yang diberikan
  • Anak berumur 4 tahun – tidak menunjukkan minat terhadap permainan yang aktif
  • Anak berumur 5 tahun – mudah hilang tumpuan dan tidak fokus

Cara Rawatan Kanak-Kanak

rawatan kanak-kanak

Terdapat beberapa rawatan kanak-kanak untuk GDD. Antaranya ialah:

1. Terapi pertuturan

Terapi ini bertujuan bagi melatih kemahiran komunikasi dan bahasa di kalangan kanak-kanak dengan GDD

2. Terapi cara kerja

Terapi ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak melakukan aktiviti harian

3. Rawatan fisioterapi

Rawatan fisioterapi untuk kanak-kanak ini melatih kemahiran fizikal dan mengurangkan komplikasi fizikal. Senaman dan latihan fizikal yang bersesuaian dengan keadaan kanak-kanak akan diberikan oleh ahli fisioterapi.

Rawatan Kanak-Kanak di PhysioMobile

Risau anak anda mengalami masalah pergerakan dan lambat pergerakan? Segera dapatkan rawatan kanak-kanak di PhysioMobile.

Di PhysioMobile, terdapat pelbagai rawatan fisioterapi untuk kanak-kanak yang boleh dilakukan bagi proses pemulihan. Ia termasuk

  • Bobath method
  • Play therapy
  • Neurodevelopmental technique
  • Constraint induce therapy

Jangan biarkan GDD berlarutan. Segera dapatkan rawatan dan nasihat dari pakar.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *